Dinihari ini takbir berkumandang,
hajat di hati ingin bertandang,
namun hampa tidak diundang,
di rumah saja sejadah dibentang.
Dinihari ini takbir ku dendang,
berteman keluarga dua tiga orang,
berdayu-dayu namun lantang,
itu tandanya kita dah menang.
Dinihari ini rendang dihidang,
berlawan dengan ketupat dan lemang,
suami isteri mata bertentang,
mengenang kampung mata berlinang.
Dinihari ini masih mengenang,
entah bila pandemik kan hilang,
buat semua anak-anak dagang,
bersabarlah, kemenangan pasti menjelang.
Dinihari ini berdoa dengan tenang,
agar covid segera pulang,
moga sinar gilang gemilang,
di masa depan kian mendatang.
Nukilan : FaiMamat
10 Zulhijjah 1442 / 20 Julai 2021
Salam Aidiladha ..
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
DeleteSelamat menyambut aidiladha dalam norma baharu
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
DeleteSalam Aidiladha. Jangan sedih-sedih ye. Nanti anak-anak pun sedih. Semoga cepat kita dapat balik kampung
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
DeleteSelamat meraikan Aidiladha. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
DeleteSalam Aidil Adha 2021..terbaik syairnya..
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
Saya minta izin untuk melagukan syair ini di live fb saya.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/lyana.adam/
Silakan..
DeleteSalam aidiladha untuk encik fairus dan keluarga! :)
ReplyDeleteSemoga ceria selalu.
Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
DeleteSalam Aidil Adha 1442 H ^_^
ReplyDeleteTerikut baca dalam nada bersyair
Terbaik..mesti mendayu-dayu kan?
DeleteSalam aidiadha untuk tuan sekeluarga, maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
DeleteSalam. InshaAllah masa depan kian cerah.
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.
DeleteTerkenang kampung yang tak tahan tu..Harap tahun depan dapat rasa bersama keluarga. Aaaminnn...
ReplyDeleteMoga-moga tahun hadapan lebih baik dari sekarang
DeleteSemoga setiap pengorbanan akan diberi ganjaran.
ReplyDeleteInsyallah. Amin.
DeleteSelamat hari raya haji
ReplyDeleteSama-samalah kita..
DeleteMendayu-dayu sayu! Lama tak dengar orang bersyair.
ReplyDeleteHaha.. Saya menulis bolehlah, nak melagukan takut ada orang ketawa nanti..
Deleteinshaallah raya tahun depan boleh balik kampung dah :)
ReplyDeleteInsyaallah.
Deleteckp lah 2 thn raya berjauhan... moga thn dpn tidak berlaku lg
ReplyDeleteIkut perkembangan sekarang, harapan seperti malap je
Delete