Tuesday, July 20, 2021

SYAIR RAYA KECUNDANG

Dinihari ini takbir berkumandang,
hajat di hati ingin bertandang,
namun hampa tidak diundang,
di rumah saja sejadah dibentang.

Dinihari ini takbir ku dendang,
berteman keluarga dua tiga orang,
berdayu-dayu namun lantang,
itu tandanya kita dah menang.

Dinihari ini rendang dihidang,
berlawan dengan ketupat dan lemang,
suami isteri mata bertentang,
mengenang kampung mata berlinang.

Dinihari ini masih mengenang,
entah bila pandemik kan hilang,
buat semua anak-anak dagang,
bersabarlah, kemenangan pasti menjelang.

Dinihari ini berdoa dengan tenang,
agar covid segera pulang,
moga sinar gilang gemilang,
di masa depan kian mendatang.

Nukilan : FaiMamat
10 Zulhijjah 1442 / 20 Julai 2021





32 comments:

  1. Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  2. Selamat menyambut aidiladha dalam norma baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  3. Salam Aidiladha. Jangan sedih-sedih ye. Nanti anak-anak pun sedih. Semoga cepat kita dapat balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  4. Selamat meraikan Aidiladha. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  5. Salam Aidil Adha 2021..terbaik syairnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  6. Saya minta izin untuk melagukan syair ini di live fb saya.
    https://www.facebook.com/lyana.adam/

    ReplyDelete
  7. Salam aidiladha untuk encik fairus dan keluarga! :)
    Semoga ceria selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  8. Salam Aidil Adha 1442 H ^_^
    Terikut baca dalam nada bersyair

    ReplyDelete
  9. Salam aidiadha untuk tuan sekeluarga, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  10. Salam. InshaAllah masa depan kian cerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

      Delete
  11. Terkenang kampung yang tak tahan tu..Harap tahun depan dapat rasa bersama keluarga. Aaaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga-moga tahun hadapan lebih baik dari sekarang

      Delete
  12. Semoga setiap pengorbanan akan diberi ganjaran.

    ReplyDelete
  13. Mendayu-dayu sayu! Lama tak dengar orang bersyair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Saya menulis bolehlah, nak melagukan takut ada orang ketawa nanti..

      Delete
  14. inshaallah raya tahun depan boleh balik kampung dah :)

    ReplyDelete
  15. ckp lah 2 thn raya berjauhan... moga thn dpn tidak berlaku lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut perkembangan sekarang, harapan seperti malap je

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.