Buku Portuguese Documents On Malacca terbitan Arkib Negara Malaysia dan Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires merupakan salah satu bahan bacaan yang saya anggap sebagai kitab rujukan bagi menyelami dan mendapatkan fakta-fakta yang menarik perihal Melaka berdasarkan pandangan penulis Portugis. Walaupun ada yang beranggapan kemungkinan fakta-fakta tersebut berpihak kepada mereka yang menang iaitu Portugis, namun inilah antara dokumen bertulis yang ada bagi menyatakan perihal Melaka pada zaman penjajahan Portugis.
Saya mentelaah buku ini bagi mencari fakta-fakta yang menyatakan Melaka sebagai sebuah kuasa yang besar lagi hebat. Ya ada, walaupun dokumen-dokumen ini dicatat penjajah, namun masih terdapat fakta yang membuktikan Melaka merupakan sebuah empayar yang hebat pada suatu masa dahulu.
Buku-buku ini mengandungi catatan dan dokumen yang ditulis oleh penulis-penulis Portugis seperti Joao De Barros, Damiao De Goes, Diogo Do Couto, Fernao Lopes De Castanheda, Gaspar Correia dan beberapa nama lagi. Terlalu banyak fakta-fakta yang menarik mengenai Melaka, dan ini antara yang saya mahu kongsikan :
"Barang siapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher Venice."
Tome Pires
"Kota Melaka dihuni oleh pedagang-pedagang yang sangat kaya-raya yang menerima manfaat daripada aktiviti perdagangan."
Fernao Lopes De Castanheda
"Kota Melaka mempunyai pelabuhan yang terkaya dengan jumlah dagangan terbesar dengan kehadiran kapal-kapal dan perdagangan dari seluruh dunia."
Duarte Barbosa
"Melaka dikenali sebagai kota yang terkaya di dunia kerana para pedagang di sana adalah terdiri daripada orang-orang kaya. Kekayaan mereka diukur dalam bahar emas. Satu bahar emas bersamaan empat quintal. Sebahagian pedagang memiliki kekayaan mencecah sepuluh atau dua belas bahar."
Damiao De Goes
"Sultan dan penduduk asal Melaka adalah beragama Islam. Terdapat istana-istana yang indah di Melaka. Warna kulit orang-orang Melayu adalah coklat gelap. Bahasa mereka menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan mempunyai penampilan diri yang rapi. Mereka juga sangat sukakan muzik dan mereka hidup dalam keadaan gembira. Tentera Melaka merupakan tentera yang berani dan sanggup mengorbankan diri dalam peperangan."
Damiao De Goes
"Orang-orang Melayu berpegang pada Al-Quran daripada ajaran Muhammad dan mereka begitu taat. Mereka mempunyai masjid-masjid. Mereka tinggal di rumah yang besar di luar kota yang mempunyai kebun, taman-taman serta tangki-tangki air dan kehidupan mereka sungguh menyenangkan."
Duarte Barbosa
"Di dalam kota mereka menemui lebih daripada tiga ribu pucuk meriam besar dan kecil yang diperbuat daripada besi dan tembaga. Salah satu daripadanya adalah sebuah meriam yang sangat berat yang diberikan oleh Raja Calicut kepada Sultan Melaka."
Damiao De Goes
"Sebaik saja jong (Portugis) itu melintasi beting pasir dan berlabuh berhampiran jambatan. meriam-meriam tentera Islam mula menembak ke arahnya. Sebahagian daripada peluru-peluru meriam yang diperbuat daripada bijih timah menembusi di kedua-dua belah jong tersebutyang menyebabkan berlakunya korban jiwa yang besar di kalangan tentera-tentera Portugis."
Joao De Barros
"Dalam gudang-gudang milik Sultan dijumpai sejumlah besar tembaga, keluli, besi, bijih timah, belerang, ubat bedil, serbuk peluru, senjata-senjata, dan peluru-peluru yang lain serta selimut-selimut kapal (kain penutup kapal) dalam jumlah yang banyak. Segala-galanya telah diambil untuk raja kita (Raja Portugal) berserta hasil-hasil rampasan barang-barang yang diambil dari kota berjumlah lebih dua ribu cruzado."
Damiao De Goes
"Disebabkan tentera Portugis telah mendapat risikan awal, mereka dapat mengelak daripada perangkap-perangkap sehinga dapat sampai di kubu-kubu ketika pertempuran sedang hebat berlangsung. Tentera-tentera Islam sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata dengan senapang-senapang, anak-anak panah beracun, meriam-meriam logam yang kecil, busur bersilang, lembing dan tobak-tombak yang panjang yang diperbuat daripada buluh dengan mata besi yang kelihatan seperti nyalaan api."
Gaspar Correira
"Sultan memiliki dua puluh ribu orang tentera yang lengkap disediakan bekalan makanan, peluru dan senjata api serta anak-anak panah beracun yang dilepaskan melalui sumpit. Di luar kubu-kubu dan persisiran pantai terdapat lubang-lubang yang diisi serbuk api dan ranjau-ranjau yang tersembunyi ditutupi jerami. Di situ juga terdapat dua puluh ekor gajah yang berperanan sebagai kubu dan sememang dilatih untuk berperang."
Gaspar Correira
Demikianlah beberapa fakta yang dapat saya perolehi daripada catatan-catatan Portugis. Namun, sebenarnya banyak lagi. Tidak dapat dijelaskan satu-persatu. Di sini sahaja sudah pastinya dapat dirasai betapa hebatnya empayar Melaka pada suatu masa dahulu. Sayangnya ia dimusnahkan oleh penjajah yang silih berganti dimulai Portugal, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula sehinggalah negara mengecapi kemerdekaan.
krn cikgu sejarah saya ms form 1 dulu sangat pandai bercerita psl sejarah melaka membuatkan saya minat subjek sejarah sampai form 5! hihihihi
ReplyDeleteDulu saya kurang minat sejarah, dah bekerja baru minat.
DeleteDinyatakan ada senjata dan bahan api termasuk bilangana tentera ramai..tang mana yg depa kata kita berperang guna keris, tombak dan tangan serta kaki shj...
ReplyDeleteDikatakan mereka dapat masuk hampir dgn kota dan mengelak semua perangkap sebab dapat maklumat awal dari orang dalam. Orang dalam tu siapa? orang melayu yang berpaling tadah dari rajanya???? manakan datang kacau bilau pohonnya sekarang kalau dulu benihnya sudah dibentuk sebegitu rupa. Wallahuallam.
Banyak kisahnya.. kalau rajin nanti saya kupaskan satu persatu berkenaan pengkhianatan.
Deletemengikut sejarah, seblm Portugis menyerang Melaka, mereka dah hantar pasukan risikan yg diketuai oleh Lopez De Squeira..siasat logistik, berunding dgn sultan & pembesar Melaka..
Deletebiasalah kan, setiap zaman tu ada je org tempatan yg jadi talibarut...bila dah tamak, sanggup menggadai negeri..
betapa besar dan kayannya melaka dulu kan
ReplyDeleteMelaka adalah empayar.. Jadi kita sendiri boleh bayangkan.
DeleteFairus ni mesti suka subject Sejarah dulu kan...SA plak suka jer pergi melaka..suka pi tempat2 sejarah...but x suka subject sejarah...acaner tu...
ReplyDeleteSekarang je baru suka.. Haha
DeleteKayanya Melaka pada zaman dahulu. Teruja jugak baca catatan orang luar pasal Melaka :)
ReplyDeleteYa.. Memang hebat Melaka sehingga menenggelamkan Kedah yang lebih tua dari Melaka.
DeleteKota Melaka maha kaya dengan sejarah dan perdagangan dari seluruh dunia. Kebanyakkannya fakta lebih kurang sama dan ada yang berbeza juga.
ReplyDeleteYa.. Mengikut catatan dan pandangan penulis-penulis sejarah.
DeleteBanyak kisah yang tak diceritakan dalam buku teks sekolah. Dulu memang tak minat sangat sejarah sebab banyak sangat perjanjian. Tapi bila dah selami, perasaan ingin tahu tu membuak-buak.
ReplyDeleteBoleh kembali memupuk minat untuk membaca buku sejarah.. Seronok, adakalanya geram bila membacanya..
Deletedalam byk2 subjek kat sekolah, sejarah ni mmg saya FAIL hehehe..
ReplyDeletetak minat langsung pasal sejarah...
nak menghafal tarikh2 keramat mmg saya agak lemah sket...
tp bila dah abs sek, kadang serook plak g tmpt2 sejarah :D
Dah boleh belajar meminati sejarah.. Hehe
DeleteKaya-raya negeri Melaka.
ReplyDeleteEmporium Timur.
DeleteBIla 'sejarahwan' menulis....
ReplyDeleteHuk aloh.. Tak sampai ke tahap tu lagi boss.. Sangat jauh.. Saya meminati sejarah sahaja..
DeleteSekarang jaman kobit, mak lintas melaka pun tak dapat
ReplyDeleteLepas covid nanti dah boleh datang balik wak..
Deletepenulis2 portugis ni tidak menyembunyikan sejarah..on our side, walaupun pahit, terpaksa dimamah & ditelan jua..
ReplyDeletemasa belajar dulu, dlm buku sejarah tulis Portugis dtg ke Melaka sbb nak cari rempah-ratus..betul lah kot..
Portugis nak masak kari kot.. hihi
Deletebiasa dengar ayat-ayat tu dalam buku Sejarah masa sekolah menengah dulu
ReplyDeleteYa.. betul.
Deletebila baca catatan2 ni sy terfikir... melaka ketika tu 'terlalu hebat' serba serbi. kalau laa ketika tu melaka di bwh empayar uthmaniah pasti lg gemilang sejarah yg mrk cipta
ReplyDeleteMelaka bersahabat dengan China saja dah tahu betapa hebatnya Melaka.
DeletePanjang rentetan sejarah Kesultanan Melaka ini. Tidak mustahil banyak khazanah yang berharga dan sejarah yang belum terungkai masih tersimpan dan lipatan masa.
ReplyDeleteBetul. Masih banyak belum terungkai.
Delete