Musim-musim PKP ini tidak banyak yang dapat dilakukan. Tidak boleh rentas daerah, negeri, malah banyak sektor yang ditutup termasuklah muzium. Muzium Melaka antara yang menerima kesan daripada pandemik covid-19.
Sebelum ini, Muzium Melaka merupakan muzium teramai pelawat berbanding muzium-muzium lain di Malaysia. Dengan jumlah pelawat menghampiri 1,000,000 pengunjung setahun, pandemik covid-19 sedikit sebanyak telah mengurangkan kedatangan pelawat ke muzium.
Selain itu, program-program permuziuman pun tidak dapat dilakukan. Kerja-kerja cari gali yang baru saya laksanakan pun terpaksa ditangguhkan dan macam-macam lagi perancangan tahunan tidak dapat dilaksanakan.
Namun begitu, ia bukan bererti pihak kami harus berpeluk tubuh melihat sahaja pandemik ini datang dan pergi. Aktiviti dan program bersifat norma baharu khususnya melibatkan aktiviti dalam talian telah diatur bagi memastikan institusi permuziuman khususnya di negeri Melaka terus berjalan seiring dengan perkembangan semasa.
Terbaru, Muzium Melaka telah memperkenalkan program Lawatan Maya. Buat kali pertama ini akan melibatkan lawatan ke Muzium Sejarah & Etnografi. Sesi lawatan maya ini dijalankan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet.
Muzium Sejarah & Etnografi merupakan muzium utama negeri Melaka. Memaparkan artifak dan bahan sejarah sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke zaman penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan British. Jika ke Melaka, tidak sempurna lawatan sekiranya tidak ke muzium ini.
Bayaran yang dikenakan adalah sangat murah iaitu RM5.00 sahaja. Sekiranya sekeluarga nak mengikutinya di dalam satu komputer atau telefon pintar tetap dengan harga RM5.00. Murah kan? Seisi keluarga boleh tengok.
Justeru, di kesempatan ini, suka saya mempromosikan program lawatan maya ini yang akan dilaksanakan pada ketentuan yang dinyatakan di dalam poster di atas. Semoga ramai yang akan mengikuti lawatan maya ini yang tentunya akan memberikan ilmu dan maklumat yang bermanfaat.
Jika berminat, sila daftar di sini ππΌ KLIK
Bagus jugak ni kalau xde nk buat apa kt umh kan? Boleh la join jalan2 muzium scr online
ReplyDeleteSekiranya ada kesempatan, sertailah.
Deletemenarik! takde pengalaman lg..boleh join nnt jika free :)
ReplyDeleteSilakan..
DeleteMenarikkkk! In shaa Allah kalau ada kelapangan, saya nak joinn jugakkk.
ReplyDeleteSilakan.. Terima kasih jika sudi.
DeleteSeingatnya..saya belum pernah sampai ke muzium ni, nampaknya belum sempurna lawatan saya ke Melaka.
ReplyDeleteLain kali bila datang ke Melaka, sempurnakan lawatan anda.. hehe
DeleteBagus sangat ada buat lawatan online macam lawatan zoo. Memang murah sangat tu boleh tengok seisi keluarga.
ReplyDeleteYa betul.. harap-harap ramai yang sertai.
DeleteWah muzium pun ada lawatan maya. Berjalan dan melihat dalam talian.
ReplyDeleteYa.. nak melawat betul-betul tak boleh lagi.
DeleteBestnya
ReplyDeleteTerima kasih.
Deleteini yang kaella nampak haritu tapi tak jumpa lagi mana nak kena tengok
ReplyDeleteBoleh cari maklumat ni di Facebook Muzium & Galeri Melaka.
DeleteTeringin nak join. Harap dapat join khamis ni.
ReplyDeleteInsyallah... Boleh tu.
Deletebagus jugak buat program camni. at least boleh jana pendapatan kan :)
ReplyDeleteYa betul..
DeleteMenarik jugak ni, hari tu dah melawat encik buaya, ni bolehlah melawat muzium pula
ReplyDeleteYaya.. Sekarang dalam talian saja.
DeleteWah, bagus inisiatif daripada muzium ini.. Semoga generasi anak² akan terus mengenali sejarah negara kita...
ReplyDeleteInsyaallah..
DeleteGood effort... Guna teknologi sebaiknya
ReplyDeleteYa.. Terima kasih uncle.
Deletewalau duduk umah ada xtvt menarik boleh buat juga kan walau online
ReplyDeletebagus2
Betul tu. Terima kasih.
Deletemenarik..satu usaha yg bagus..
ReplyDeleteTerima kasih..
DeleteMenarik program lawatan secara maya ni. Boleh buat aktiviti berkeluarga hujung minggu…
ReplyDeleteYa betul..
DeleteUsaha yg bagus dr terbiar tutup begitu. Tiket pun murah saja
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteWow.. memang menarik ini..
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteEhhhhh... Menarik!!!
ReplyDeleteTerima kasih.
DeletePertama kali dengar perkataan etnografi sewaktu belajar di universiti zaman dahulukala. Subjek Budaya, kuliah oleh Prof. Mohd.Taib Osman. Beliau asyik suruh kami baca tulisan Ember & Ember, Cultural Antropology.
ReplyDeleteYa.. Lebih kepada kajian kebudayaan, etnik..
DeleteMenarik! Murah pulak tu π
ReplyDeleteYa.. Sangat murah.
DeleteKreatifnya. Macamanalah agaknya yek, lawatan maya. Menarik bunyinya.
ReplyDeleteSiaran langsung melalui Google Meet. Yang bayar sahaja dapat sertai.
DeleteGood effort...semua info hanya di hujung jari...fee tu pun berpatutan
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteMenarik juga ya buat secara maya macam ni. Maybe lokasi pelancongan lain juga boleh buat program lawatan secara maya
ReplyDeleteDah banyak juga pusat pelancongan yang buat sebegini.
DeleteMenariknya lawatan maya ni! Nanti nak syorkan pada anak buahlah.
ReplyDeleteInsyaallah akan dibuat setiap minggu.
Deleteweekend lepas, attend online zoo.
ReplyDeleteweekdays anak2 busy pdpr.
tak dpt nak ajak diorang.
normally weekend kami akan carik kat utube.
diorang tetap minat yg ada haiwan :)
Bagus beri pendedahan anak dengan perkara begini. Bagi otak mereka berkembang.
Deletealaa bestnya tapi kenapalaj dia buat weekdays.
ReplyDeleteDibuat setiap minggu.. Nanti bolehlah sertai
Deletex dpt jln2 dpt 'jln2' secara maya pun x apa laa... janji enjoyππ
ReplyDeleteYa.. Kita enjoy..
Delete