Friday, July 30, 2021

GAMBAR-GAMBAR YANG TAK INGIN KITA LIHAT

Saya mempunyai lebih 40 bloglist yang kebiasaannya memang wajib saya lawati setiap kali melakukan aktiviti blogwalking. Setiap kali melawat blog rakan-rakan, sudah pastinya saya akan meninggalkan komen bagi meninggalkan jejak agar diketahui oleh blogger tersebut bahawa kita telah melawat blognya.

Namun satu perkara yang sangat tidak disukai ketika hendak menerbitkan komen ialah terpaksa menekan butang "I am not a robot". Itu mungkin tidak seberapa, lagi menyakitkan hati apabila perlu memilih-milih gambar yang telah ditetapkan. Aduh, rumit sungguh! Apa yang tidak bagusnya apabila kita silap tekan gambar dan perlu memilih sekali lagi. AArrggghhh.. Sakit kepala. Kalau satu dua blog saja kita nak komen tak mengapalah juga, tapi lebih 40 blog masih menanti kunjungan. 

Gambar-gambar ini pula bukanlah mudah untuk dikenalpasti. Andai ada blogger yang sudah berusia, mata pun tak berapa nampak mungkin memberikan kesukaran untuk mengenalpasti gambar. Malah ada gambar yang mengelirukan dan ada juga yang kurang jelas. Apa perlunya ini semua? Mahu menyusahkan pengguna sahaja. Tak tahulah mengapa blog memerlukan ini semua sebagai pengesahan.

Berikut antara gambar-gambar yang pastinya tidak mahu dilihat oleh para bloggers apabila mahu menerbitkan komen :

Bas

Basikal

Bot

Kenderaan

Pokok Palma

Lampu Isyarat

Garisan Lintasan Pejalan Kaki

Meter Parkir Kereta

Tangga

Teksi

Traktor

Apa pandangan rakan-rakan?

48 comments:

  1. betul..'I am not a robot' masih ok lg, yg kena click gambar tu mmg keliru sikit, kdg2 gambar pun blur..pakai teka2 je click..tapi kalau berjaya, rasa seronok pulak...hehe..

    ReplyDelete
  2. Kalau komen kat blog CCL ok x ? Keluar robot x ? Hehe . CCL kadang2 hadap jugak robot ni, lagi2 gambar tu . selalu blogwalking blog rakan2 lain memang ccl akn tinggalkan komen.tp kalau tlebih byk komen dlm 1 blog boleh naik spam gmbr2 mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua blog akan keluar. Tapi ada kalanya tidak.

      Delete
  3. agaknya ramai pengomen robot tu tapi nyusahkan kita yg xrobot ni heh..heh...

    ReplyDelete
  4. Sebolehnya tak nak tengok muncul I am not robot ni tapi kalau banyak komen akan keluar juga sbb google detect robot gitu. Saya layankan je malas nak clearkan cache & cookies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. Kena clearkan cache ke?

      Delete
    2. Ye. tapi leceh jugaklah kena log in semula email dan semuanya bila dah clear.

      Delete
    3. Ok. Dah buat. Memang tiada lagi kena pilih gambau. 😆😆

      Delete
  5. Betul...x suka robot ni keluar..ada masa dia akan keluar..algorithm blog kadang- kadang pening...macam orang gak..adakala sihat..adakala x sihat kan...bila muncul gambar ni seksa nak tinggalkan komen

    ReplyDelete
  6. hahhaha ini la juga yg pernah jd isu sewaktu dulu ...
    annoy btul nak kena klik i am robot n gambar2 tu kan..
    psatu kdg2 dah taip komen, alih2 komen hilang, belum smpt nak klik post komen pun.. lagi tension ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. Yang komen terpadam sendiri tu pun lagi menyakitkan hati.

      Delete
  7. Kalau kena kenalpasti gambar mcm ni, itu mungkin kali terakhir sy melawat blog tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah le bang.. Saya pun tak tau nape perkara seperti ini terjadi.

      Delete
  8. pernah baca di blog bola katok, tentang object recognition ni. nanti awak boleh view blog dia dan cari entry tu. saya tak reti explain. klik-klik gambar ni stress kalau pakai handphone.

    ReplyDelete
  9. haha..blog saya takde i'm not robot ni kan..sakit mata juga kalau dapat ni. Of course I'm not a robot! hehe

    ReplyDelete
  10. betul tu jd malas la. nk komen
    blog ciknor? ada tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti blog yang saya kunjungi ada benda ni. Bukan bloggers yang buat, tapi mungkin sistem.

      Delete
  11. Memang menyusahkan kalau ada gini. Tapi saya jarang jumpa, entah mungkin sebab tak banyak bw dan tak terkena blog yang ada benda gini.

    Kalau ada di blog saya, boleh bagitau ya. Sebab rasanya dah setting takde benda gini.

    ReplyDelete
  12. Tau takpe! Uncle pun tak suka benda ni!

    ReplyDelete
  13. Untuk elak spam kat ruang komen. Banyak bots kat luar sana yang suka spam komen.

    Tengok pada keadaan jugak. Kalau blog kita selalu di spam, better guna. Kalau tak nak pun takpe sebab ada setting untuk halang spam ni.

    Saya ok je mana-mana. Sebab hormat keputusan setiap orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rasanya bukan blogger yang buat. Sistem kot.

      Delete
  14. Kalau saya rehat dahulu daripada komen. Lepas ok baru sambung. Ini terjadi sebab kita tinggal banyak komen jadi google hendak pastikan kita bukan robot.
    Tapi sebenarnya saya tiada masalah. Hehe ada keluar gambar, pilih sahaja. Salah buat lagi. Tiada rungutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat tu.. Saya dah clearkan catch, barulah tak muncul lagi benda alah ni

      Delete
  15. saya pernah juga terjumpa macam ni, bila nak komen tiba-tiba muncul i'm not robot, pastu kalau dah line tak kuat, lambat betul gambar tu keluar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Kadang-kadang komen hilang begitu sahaja

      Delete
  16. haha..samala. btw jom join GA http://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html

    ReplyDelete
  17. bla sy BW byk2 ni laa yg muncul... bedesup mood sy lari kalah usain bolt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. kena clearkan catch, baru ok semula.

      Delete
  18. Tidak dapat dinafikan, kemunculannya membuatkan mood untu BW terus merudum! Tapi kadang-kadang diteruskan juga dengan rasa sabar.

    ReplyDelete
  19. Ada masa2 tertentu dia keluar.
    Biasanya tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. kadang².. nak kata ahli nujum negara.

      Delete
  20. betul juga tu fairus.. agak annoying nak klik2 tu kan. kalau terlebih komen mmg akan keluar mende alah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Biasa kalau kita dah banyak komen, keluarlah gambar-gambar tu.

      Delete
  21. Yang ni akan keluar bila dah banayk blog kita singgah dan komen. Mula lah kelaur, huhu sabooooo je lahh nak memilihnya

    40 bloglist? Banyak tuu. Terim akaish juga sudi melawat blog saya dan tinggal jejak. haa ni baru berkesempatan nak mengomen nii hehe jangan marah yaaaaa

    ReplyDelete
  22. Ini salah satu punca malas nk komen blog kadang2 ada benda ni bkn 1 tapi banyak

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.