Monday, July 26, 2021

CUBAAN MENANGKAP GAMBAR BINTANG DI ANGKASA

Nampak tak bintang? Jangan sampai juling mata. hehe

Ada sesiapa nampak bintang-bintang yang berkelipan pada gambar di atas? Kalau ada yang rabun, pasti tidak akan nampak. Inilah kali pertama saya cuba mengambil gambar bintang di langit pada waktu malam yang gelap. Sekiranya ada cahaya galaksi berwarna kebiru-biruan lagi cantik rasanya. Saya guna kamera telefon bimbit sahaja. Kurang jelaslah jawabnya.

Sebenarnya masih belajar lagi cara nak ambil gambar bintang-bintang di langit. Tapi memang boleh ambil gambar bintang-bintang dengan telefon bimbit. Saya lihat di dalam kumpulan Facebook yang berkisar fotografi, ramai yang mengambil gambar bintang-bintang dengan cantik hanya menggunakan telefon bimbit. Gambar bulan pun ada yang merakam dengan telefon bimbit, cantik pula tu. Saya puas cuba beberapa kali nak ambil gambar bulan, tapi hasilnya kurang memuaskan.

Saya belajar pun hanya berpandukan pada sifu-sifu di Facebook dan YouTube. Bukan belajar sangat pun, belajar yang asas-asas saja. Belajar kerana minat dan bukan untuk jadi profesional. Cukup sekadar untuk melihat gambar yang diambil, cantik dari pandangan mata sendiri tu dah cukup baik. Saya juga minat melihat gambar-gambar yang cantik. 

43 comments:

  1. Rasa macam nak padam je entri ni.. Kelakaulah..

    ReplyDelete
  2. Pakai hp je? Wow! Steadynya tangan....

    Atau pakai tripod?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya uncle.. Guna telefon bimbit je.. Guna tangan.. Tripod takde.. Haha..

      Delete
  3. Nak kena mahir filter baru cun gambar bintang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Banyak lagi perkara perlu dipelajari..

      Delete
  4. Takpe belajar slow slow, lama lama nanti pandai lah

    ReplyDelete
  5. ku petik bintang...utk kau simpan..segalanya tenang..ehh ternyanyi pula..heheee..singgah jenguk Fairus..

    ReplyDelete
  6. Wahh..berapa kali zoom tu? Hebat camera boleh tangkap gambar agak jelas waktu malam. Handphone saya, malam out sikit banyak noise. zoom pun agak pecah dan blur. Saya pun suka belajar dan cuba. Seronok dapat ambil gambar cantik. Saya suka tengok pinterest lagi :)

    ReplyDelete
  7. nampak juga bintang2 tu.. saya pun pernah cuba sekali snap guna hp tp hasil mmg x menjadi sangat la hehehe

    ReplyDelete
  8. Teringat lagu...

    Di antara berjuta-juta bintang
    hanya satu bintang yang paling terang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa.. Memang banyak lagu ada perkataan bintang.

      Delete
  9. takpe cuba lagi..usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  10. owh boleh snap guna hp eh? mesti hp en fairus canggih jugak nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telefon biasa je tu.. Kalau telefon canggih dah tentu jelas bintangnya tu.

      Delete
  11. Nampak bintang di langit. Teruskan mengasah bakat, dan ambil gambar lawa-lawa ye. Hehe..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah cuba lagi. Menarik jugak kalau boleh guna handphone sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba.. pastikan keadaan sekeliling betul-betul gelap.

      Delete
  13. bila dh minat mmg kita akn belajar kan? anyway, good effort

    ReplyDelete
  14. Tahniah fairusmamat. cantik dah ni... clear bintang2 tu. saya tak nmpak bintang berkedip, tapi saya nmpak salah satu yang paling terang cahayanya antara semua bintang. TAhniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Kalau berkedip tu kena ambil video..

      Delete
  15. twinkle, twinkle little star..wahh..dapat capture bintang2 di langit malam guna hp..

    saya selalu fail tangkap gambar langit waktu malam..

    ReplyDelete
  16. Ada nampak titik-titik putih.
    Bagus juga tajam tangkapan gambar tersebut.

    ReplyDelete
  17. Cantiknya taburan bintang-bintang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat indah. Sebenarnya dalam mata kasar tak nampak sangat bintang-bintang yang bertaburan tu, sudah snap baru nampak.

      Delete
  18. nak ambil gambar di langit mmg susah. mama setiap kali ambil x nampak apa. blurr

    ReplyDelete
  19. kena tempah tiket NASA kot baru dpt amik gmbr bintang dkt2😆

    ReplyDelete
  20. Cantik!
    Teringat kali pertama sebelum fajar menyingsing kami sampai ke puncak Gunung Kinabalu, terasa begitu hampir dengan langit sebab apabila dongak ke atas, kelihatan dengan jelas bintang-bintang bertaburan sangat cantik memukau menghiasi langit malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh.. teringin nak pergi tempat begitu.. Tapi sekarang ni dah kurang larat rasanya. Kalau nak legiyjuga, kena cari stamina dulu

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.