Nampak tak bintang? Jangan sampai juling mata. hehe |
Ada sesiapa nampak bintang-bintang yang berkelipan pada gambar di atas? Kalau ada yang rabun, pasti tidak akan nampak. Inilah kali pertama saya cuba mengambil gambar bintang di langit pada waktu malam yang gelap. Sekiranya ada cahaya galaksi berwarna kebiru-biruan lagi cantik rasanya. Saya guna kamera telefon bimbit sahaja. Kurang jelaslah jawabnya.
Sebenarnya masih belajar lagi cara nak ambil gambar bintang-bintang di langit. Tapi memang boleh ambil gambar bintang-bintang dengan telefon bimbit. Saya lihat di dalam kumpulan Facebook yang berkisar fotografi, ramai yang mengambil gambar bintang-bintang dengan cantik hanya menggunakan telefon bimbit. Gambar bulan pun ada yang merakam dengan telefon bimbit, cantik pula tu. Saya puas cuba beberapa kali nak ambil gambar bulan, tapi hasilnya kurang memuaskan.
Saya belajar pun hanya berpandukan pada sifu-sifu di Facebook dan YouTube. Bukan belajar sangat pun, belajar yang asas-asas saja. Belajar kerana minat dan bukan untuk jadi profesional. Cukup sekadar untuk melihat gambar yang diambil, cantik dari pandangan mata sendiri tu dah cukup baik. Saya juga minat melihat gambar-gambar yang cantik.
Rasa macam nak padam je entri ni.. Kelakaulah..
ReplyDeletePakai hp je? Wow! Steadynya tangan....
ReplyDeleteAtau pakai tripod?
Ya uncle.. Guna telefon bimbit je.. Guna tangan.. Tripod takde.. Haha..
DeleteNak kena mahir filter baru cun gambar bintang.
ReplyDeleteBetul tu. Banyak lagi perkara perlu dipelajari..
DeleteUntung la ada camera canggih
ReplyDeleteMana ada.. Telefon biasa je..
DeleteTakpe belajar slow slow, lama lama nanti pandai lah
ReplyDeleteYa. Terima kasih.
Deleteku petik bintang...utk kau simpan..segalanya tenang..ehh ternyanyi pula..heheee..singgah jenguk Fairus..
ReplyDeleteHaha.. Lagu tu..
DeleteWahh..berapa kali zoom tu? Hebat camera boleh tangkap gambar agak jelas waktu malam. Handphone saya, malam out sikit banyak noise. zoom pun agak pecah dan blur. Saya pun suka belajar dan cuba. Seronok dapat ambil gambar cantik. Saya suka tengok pinterest lagi :)
ReplyDeleteTak zoom..
Deletenampak juga bintang2 tu.. saya pun pernah cuba sekali snap guna hp tp hasil mmg x menjadi sangat la hehehe
ReplyDeleteBoleh cuba lagi..
DeleteTeringat lagu...
ReplyDeleteDi antara berjuta-juta bintang
hanya satu bintang yang paling terang
Wa.. Memang banyak lagu ada perkataan bintang.
Deletetakpe cuba lagi..usaha tangga kejayaan
ReplyDeleteBaik..
Deleteowh boleh snap guna hp eh? mesti hp en fairus canggih jugak nie :)
ReplyDeleteTelefon biasa je tu.. Kalau telefon canggih dah tentu jelas bintangnya tu.
DeleteNampak bintang di langit. Teruskan mengasah bakat, dan ambil gambar lawa-lawa ye. Hehe..
ReplyDeleteHaha. Terima kasih.
DeleteTak pernah cuba lagi. Menarik jugak kalau boleh guna handphone sahaja
ReplyDeleteBoleh cuba.. pastikan keadaan sekeliling betul-betul gelap.
Deletebila dh minat mmg kita akn belajar kan? anyway, good effort
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteTahniah fairusmamat. cantik dah ni... clear bintang2 tu. saya tak nmpak bintang berkedip, tapi saya nmpak salah satu yang paling terang cahayanya antara semua bintang. TAhniah!
ReplyDeleteHaha.. Kalau berkedip tu kena ambil video..
Deletetwinkle, twinkle little star..wahh..dapat capture bintang2 di langit malam guna hp..
ReplyDeletesaya selalu fail tangkap gambar langit waktu malam..
Boleh cuba lagi sedaya upaya.. Hehe
DeleteAda nampak titik-titik putih.
ReplyDeleteBagus juga tajam tangkapan gambar tersebut.
Ya.. Terasa ingin ke bintang pula.
DeleteCantiknya taburan bintang-bintang tu...
ReplyDeleteSangat indah. Sebenarnya dalam mata kasar tak nampak sangat bintang-bintang yang bertaburan tu, sudah snap baru nampak.
Deletenak ambil gambar di langit mmg susah. mama setiap kali ambil x nampak apa. blurr
ReplyDeleteCuba lagi.. Hehe
Deletekena tempah tiket NASA kot baru dpt amik gmbr bintang dkt2😆
ReplyDeleteTak mampu nak sewa jet. haha
DeleteCantik!
ReplyDeleteTeringat kali pertama sebelum fajar menyingsing kami sampai ke puncak Gunung Kinabalu, terasa begitu hampir dengan langit sebab apabila dongak ke atas, kelihatan dengan jelas bintang-bintang bertaburan sangat cantik memukau menghiasi langit malam.
Aduh.. teringin nak pergi tempat begitu.. Tapi sekarang ni dah kurang larat rasanya. Kalau nak legiyjuga, kena cari stamina dulu
DeleteMasih boleh asah skills yg ada
ReplyDeleteInsyaallah..
Delete