Bermula dari pertanyaan saya tentang dimanakah untuk memperolehi benih pokok bunga telang pada entri CIK NOR, lantas Cik Nor menghubungi saya untuk meminta butiran untuk pengeposan benih bunga telang kepada saya. Terima kasih Cik Nor kerana mengirimkan benih ini.
Apabila menerima benih bunga telang ini, tanpa membuang masa saya terus mengenainya di bekas semaian. Alhamdulillah, tak sampai berapa hari benihnya kian membesar. Sudah 5,6 benih telah tumbuh menjadi anak pokok. Sihat-sihat nampaknya.
Gambar anak pokok bunga telang di atas telah saya muat naik ke Facebook, rupa-rupanya ada yang berminat. Ada yang nak beli. Tapi saya maklumkan bahawa saya tidak jual, sekiranya mahu boleh datang ambil di rumah saya.
Masih ada baki biji benih yang belum saya semai. Saya hanya menyemai kira-kira 20 biji benih sahaja. Selebihnya saya simpan dahulu. Bila yang telah disemai mula membesar, boleh semai yang lain pula. Saya pun diberi biji benih secara percuma, jadi anak pokoknya nanti saya nak beri secara percuma juga kepada sesiapa yang menginginkannya.
Dahulunya saya kurang mengenali kegunaan bunga telang sehinggalah saya mula bekerja di muzium dan membuat sedikit kajian berkaitan kuih muih tradisional. Ternyata kuih muih tradisional ini banyak menggunakan bunga telang sebagai pewarna biru asli. Bukan hanya kaum Melayu, kaum lain seperti Baba Nyonya, Chetti dan masyarakat Portugis juga banyak menggunakan bunga telang sebagai pewarna asli dalam masakan.
Antara khasiat lain bunga telang, bolehlah rujuk di laman INI yang banyak menyenaraikan khasiat bunga telang.
Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada Cik Nor atas pemberian biji benih ini. Saya amat menghargainya. Tak sabar rasanya nak lihat pokok ini membesar dan berbunga.
Bagus. Tak rugi kalau berbudi pada tanah.
ReplyDeleteInsyallah
DeleteAlhamdulillah..rezeki orang memberi, kemudian dikongsi juga. Semoga berhasil tanamannya. Bunga telang cantik warnanya. Saya fikir nasi kerabu terus :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Berkongsi-kongsi pemberian..
DeleteSemoga mekar
ReplyDeleteMoga-moga
Deletewah minat juga bunga telang ya..buat jus pun sedap tu
ReplyDeleteSaya minat menanam juga
DeleteWah lepas ni bole buat kebun bunga / sayur.. Tanam benih lain plak
ReplyDeleteAda juga beberapa pokok saya tanam..
DeletePemurah parang bloggers ini. Berkongsi ilmu, buku, makanan, hadiah.
ReplyDeleteDoakan semoga Puan Saranur murah rezeki, dijauhkan malapetaka.
Untuk saudara Fairus, selamat menanam dan mengembangkan pemberian biji benih pada orang lain .
Amin.. Amin..
Deletesejuk tangan..tumbuh juga benihnya...klu teman mau setahun tak tumbuh2..hehehehehe
ReplyDeletenanti dah pindahkan ke pasu/tanah barangkali jadi lain juga.. Harap-harap tumbuh segar.
DeleteSejuk tangan encik fairus ni. Semai je, menjadi.
ReplyDeleteDekat salah satu tempat jogging saya, ada bunga telang ni. Dan ada makcik-makcik ambil, buat nasi kerabu atau teh katanya.
Ya betul.. Kuih-muih yang guna warna biru pun boleh guna bunga telang
DeleteEh... Header baru nampak?
ReplyDeleteBuat masa ni uncle seorang saja yang perasan..Haha
DeleteBunga telang yang buat nasi kerabu tu ke?
ReplyDeleteYa.. Buat kuih muih pun boleh.
Deletealhamdulillah
ReplyDeletesemoga membesar dgn jaya
seronok bila berbudi pd tanah
hasilnya lg rasa gembira
Insyaallah.. Semoga menjadi nanti..
DeleteBunga telang ni yg org guna buat nasi kerabu kan?
ReplyDeleteYa.. Pewarna asli biru.. Boleh buat kuih muih juga
DeleteCantikkk gambarnya!
ReplyDeleteSemoga membesar dengan jayanya pokok tersebut.
Moga-moga..
DeleteAlhamdulillah..banyak yang dah disemai, masih ada berbaki lg..
ReplyDeleteYa.. Dah tanam nanti, boleh semai lagi.
DeleteRezeki blogging. Bukan setakat hadiah, benih pokok pun dapat
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Saya tidak menyangka.
DeletePokok telang ni senang tumbuh dan cepat membesar serta banyak bunganya. Boleh keringkan bunganya dan simpan.
ReplyDeleteSaya suka menanam pokok yang senang dijaga.. Kalau susah tu memang taklah, sebab saya jarang ada masa sangat.
Deletewah bestnyaaaa. siap dapat benih bunga telang nii,, ada bunga nt boleh buat nasi kerabu ni.hehe
ReplyDeleteBuat kuih pun ok.
Deletesemoga membuahkan hasil ^_^
ReplyDeleteInsyaallah.. Takut lepas transfer ke tanah ia tidak menjadi pulak.
DeleteMudah-mudahan terus bertumbuh dengan jayanya.
ReplyDeleteInsyaallah.
Deletesy terbayangkan pokok tu nnt menjalar atas pagar😊😊
ReplyDeleteKali pertama nak tanam pokok ni
Delete