Inikah takdir bangsaku?
riwayatnya hilang totok
sebesar-besar fasal
sekecil-kecil perihal
sang bermaharajalela tak kenal kekhuatiran
pacal terus kebingungan
antagonis mencucuk diiringi sorak sorai
arakian hilanglah jati diri
identiti dimamah usia kepesatan kosmopolitan
tidak diacuhkan insan-insan
sebermula jangan ada sesalan
anak di rumah mati kelaparan.
Fairus Mamat
20 April 2020
Hebat...!
ReplyDeleteTerima kasih uncle..
DeleteBoleh huraikan maksud sekali? Saya bab puisi memang out.
ReplyDeleteSaya mengisahkan tentang bangsa saya yang semakin lama semakin layu. Dengan pemerintah walau sebangsa tetapi takut untuk membuat keputusan yang terbaik bagi bangsa sendiri seolah-olah tiada kuasa. Entah apa yang ditakutinya. Dalam diam kita diinjak-injak sedikit demi sedikit, lantas apa yang ada semakin sedikit dan mungkin bakal lenyap.
Deletetakkan Melayu hilang di dunia...kita bersatu atas paksi agama..
ReplyDeleteSusah.. kita pernah terdengar bahawa Fattah dan Hamas tak boleh bersatu justeru negara Palestin tidak boleh dibangunkan. Tapi kira lupa, tidak perlu sampai ke Palestin, kita sendiri berpecah belah. Berebut kuasa.
DeleteMmg byk isu di medsos.. plg menyedihkan menteri miti itu yg seakan2 nk bunuh rakyat sendiri.. eh ter emo pulak
ReplyDelete😔😔😔
DeletePandai berpuisi tp tak semua maksud faham huhu
ReplyDeleteItulah puisi . ada kalanya memang sukar untuk difahami...
DeleteOrg yg sukakan yg akan faham
DeleteRasanya tidak kembali pada panduan al-Quran dan sunnah memang akan bermasalah selalu.
ReplyDeleteYa. Betul lah tu.
Deleteyg tersirat dan tersurat
ReplyDeleteMoga dapat memahami. 🙏🏼
DeleteYe, kadang bengang. Kadang sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Yang mampu, kita jaga family kita dan anak-anak kita je la, didik dengan ilmu agama yang cukup.
ReplyDeleteBetul..
DeleteMudah-mudahan baik2 saja untuk kita semua..Terima kasih fairus!
ReplyDelete🤲🏼🤲🏼🤲🏼
DeleteBaca puisi ini, tiba-tiba teringat buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang. Banyak pesanan tersirat untuk bangsa Melayu.
ReplyDeleteSejarah Melayu kitab rujukan saya tu.. Sehingga kini. Hihi
DeleteHanya mampu tangisi nasib bangsaku yang lelah...
ReplyDeleteTak tau nak cakap apa..
Deletedeep
ReplyDeleteSo deep..
DeleteBila kita ditindas di bumi sendiri.. sedih..
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengerti.
DeleteBangsa pun dah bermacam-macam bangsa ada. Bilalah nak bersatu membangun bersama sama.
ReplyDeleteItu le pasalnya..
DeleteSedih pulak baca..
ReplyDeleteMenusuk kalbu ke? 😔
Deletekita hanya akn kembali kuat jika menggenggam al Quran dan sunnah nabi SAW
ReplyDelete