Harimau Malaya terciduk dengan UAE 4 - 0. Permainan lembab. Tiada semangat. Cepat hilang bola dan bermacam-macam masalah lagi. Sepatutnya hari demi hari ada peningkatan, tetapi kita terus terkulai. Apa nak jadi pun tak tahulah.
Nah! Diciptakan pantun untuk mengubati hati yang lara atas kekalahan besar 4 - 0.
Empat orang awek Rusia,
jalan-jalan di kampung Losong;
apa nak jadi bola Malaysia,
dibantai UAE empat kosong,
Lipas bukan sebarang lipas,
lipas berasal dari bendang;
bawa bola asyik terlepas,
lawan gelecek hanya dipandang,
Tepuk amai-amai,
belalang di pokok sena;
pemain naturalisasi punyalah ramai,
haram satu pun tak berguna.
Buah betik si buah kepaya,
banyak ditanam di Romania;
apa nak harap Harimau Malaya,
takkanlah sampai ke Piala Dunia.
Tengok bola mengunyah kuaci,
kulitnya dibuang melayang-layang;
marah peminat bukan benci,
marah peminat kerana sayang.
Ok sudah, itu sahaja. Sekian, terima kasih.
😔😔😔
Apaaa... 4-0... Aduii.. takda rezeki
ReplyDeleteYa. 4-0. Kenapa, tak percaya? 😆😆😆
Deletesabarlah peminat2 Bola
ReplyDeletesiap ada pantun lg he hee
Menegur secara beradab.. Hihi
Deletedah lama abam kie x nengok team msia main bola sbb dah yakin sentuhan kecundang belaka...baik layan netflix...
ReplyDeleteNak tak nak tengok juga bang.. Kalau bukan kita yang sokong, siapa lagi. Walaupun harlti ini kerap dilukai..😔
DeleteTak tengok bola. Cuma kalau dapat rapatkan jurang jaringan tu, jangan dapat 0 pun, ok kan... tapi gaji pemain bola bukan main mahal. Hehe..
ReplyDeleteAuuummmm! Ngap!
ReplyDeleteTinggal ngek je..
Deletewoww. hebat! siap ada pantun lagii.
ReplyDeleteBak kata orang tua-tua, menegur secara beradab, sinis, mendalam dan menusuk kalbu.
DeleteTERUS BERI SOKONGAN KEMENANGAN MRK TERTUNDA TU
ReplyDeleteAgak lama dah tertunda.. Penat juga tunggu. Hihi
DeleteHaha mantap punya pantun..nasib baik akak dan suami kaki bangku
ReplyDeleteWalaupun kaki bangku, tidak semestinya tidak meminati bola. Ramai je kaki bangku yang minat bola. Haha
DeleteSedih kan bila tenguk Harimau malaya dah tidak mengaum seperti dahulu
ReplyDeleteSedih, sayu lagi memilukan
Deleteitulah harimau menangis saja kn dh kena baham
ReplyDeleteHaha.. Makan daging harimau menangis lagi sedap.
DeleteAduhai! Sampai terkulai layu di hujung tendangan pulak Harimau Malaya ye. Harap-harap dapatlah bangkit kembali dan keluarkan taringnya!
ReplyDeleteSemoga perolehi kemenangan pada perlawanan akan datang.
DeleteKaw kaw pemain bola sepak kena kutuk masa main bola semalam, takdo rezeki orang cakap hehehe
ReplyDeleteBak kata Fakri the Lord, bola kalau taknak masuk, tetap tak masuk..haha
DeleteDengar berita tahu kalah pada UAE. Harap lepas ini dapat kemenangan. Ada peluang lagi.
ReplyDeletePeluang tu ada. Tapi kena menang le..
DeleteItupun nasib baik Farizal perform, kalau tak mau 10 lagi. Huhu. Taruk pemain Mitdjyland pun x jadi apa. Posession ke laut, kena langgar dengan pak arab tergolek
ReplyDeleteNaturalisasi dah jadi hancurlisasi
Deletewow siap ada pantun.
ReplyDeleteNak bersyair tak pandai sangat, jadi saya buat pantun. Haha
DeleteMakin menjunam harimau malaya
ReplyDeleteSedih..
DeleteNak buat mcm mana..rehat lama sgt sbb covid19 ni mgkin ^_^
ReplyDeleteJangan putus asa dalam menyokong tunggang negara :)
Barangkali sebab tiada penyokong harimau Malaya yang ramai seperti di Bukit Jalil dulu.
DeleteTerhibur saya membaca pantun-pantun ni :)
ReplyDeleteTerima kasih.. 😀👍🏼
Deletehahaha sabaq ja la
ReplyDeleteMemang sabar pun.. tapi perasaan kecewa tetap ada.
DeletePergh!! Teruk dibelasah..
ReplyDeleteItu le pasal.. Sedih.
DeleteBaru tengok kejap dah rasa macam takde feel nak tengok. okay lagilah 4-0 dari 10-0 yang dulu. kita tengok camne dengan Vietnam eesok. Fit tak fit nak kejar kepantasan player Vietnam.
ReplyDeleteHarap-harap awal pagi ni kita menang.
DeleteSemoga malaysia ada perubahan di tahun yg lain
ReplyDeleteJauh lagi perjalanan Malaysia, mungkin tidak tiba-tiba..
Deletesabar aje la...
ReplyDeletemengharapkan perubahan tapi, masih sama :(
Kita kena realistik. Takkan Malaysia dapat masuk Piala Dunia dengan keadaan permainan sebegini.
Deletesy krg setuju dgn pemain natiralisasi ni. kalu betul nk gn, asah dr usia muda. bkn dah hjg career br amik. ni main utk negara kot. bkn main utk club bagai
ReplyDelete