Saturday, June 19, 2021

MUSIM DURIAN KITA MAKAN DURIAN

Saya tidak habis belajar lagi bilakah musim durian bermula. Setahu saya, apabila telah ada peniaga menjual durian di tepi jalan, maka waktu itulah bermulanya musim durian. Musim yang dinanti-nantikan oleh peminat durian seluruh negara.

Anak buah beri durian dari kebunnya di Muar


Harga durian mahal? Ya, memang mahal harga durian sekarang. Durian kampung paling koman pun sudah RM10.00 sekilogram termasuk percuma kulit durian. Nak baik sedikit, beli durian kahwin, tak tahulah dia kahwin dengan siapa, harga pasaran kira-kira RM15.00 sekilogram pun dapat percuma kulit durian dan bijinya sekali.

Tapi sekarang, sudah banyak peniaga menjual buah durian yang telah dibuka kulitnya dan diletakkan di dalam bekas. Jual macam ni dikira bagus juga. Kita sudah tentu nampak isinya baik atau sebaliknya. Kalau yang ini tidak baik juga, mungkin ada masalah kita semasa memilih kerana tidak betul-betul perhatikan isi durian yang baik.

Murah ke, mahal ke durian, tetap ada yang membelinya. Peniaga berani meletakkan harga yang tinggi sebab ada yang sanggup membelinya. Itu belum lagi durian-durian dari benih yang baik seperti Musang King, 101, D24 dan sebagainya, lagi cekik darah harganya. Tapi, masih lagi orang membelinya. Kalau mampu beli, tak mampu, kita tengok sajalah. 

Saya sendiri tak pernah merasa durian kayangan ni. Macam manalah rasanya durian Musang King tu, sehingga harganya boleh membuatkan menggeletar nak keluar duit dalam dompet. 😅

Namun, dalam diam tak diam, musim durian kali ini puas jugalah makan durian. Hari tu sudah membeli 2 kali, orang beri sekali dan makan di rumah mak sekali. Dengar-dengar hari ni ada pesta durian lagi di rumah mak saya. Pulun lagilah jawabnya. 😀😀😀

46 comments:

  1. tak mampu nak beli durian kayangan he hee kalau beli tak cukup anakberanak nk mkn, sek baik ank bungsu tak mkn durian jd kami berempat je mkn
    akak suka durian bermusim kampung, ada rezeki setahun sekali dptlah merasa durian2 yg arwah ayah mak tanam di kebun tu
    ada isi2 durian tertentu yg akak suka
    taknak yg lembik sgt isinya kalau blh rasa kenyal2 he hee
    byk songehh kita ni
    kalau pokok arwah kat bukit tu lg sedapp2 isinya emmm teringat dulu2 duk cari durian, mkn kat bukit puas2
    tapi xtaulah durian jenis nama apa
    skrg byk nama dah , mcm2 klon ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semusim durian dapat merasa sedikit pun jadilah.

      Delete
  2. Sekilo rm 10 tapi bila timbang durian sebiji dah 3 kilo.. hahahah mahal mahal. Kalau jual ikut biji murah la kan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu beli sebakul baru RM50.00 Teringat ada rakan dulu ada kebun durian. Memang musim durian beli sebakul dengan dia. Sekarang tak dapat lagi.

      Delete
  3. Pernah makan durian Musang King. Sebelum makan rasa nak pulun 2 biji. Dah makan 3 ulas rasa tak mahu makan lagi. Macam kenyang pulak.
    P/S Saya dah transfer online ye ke akaun Encik Fairus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kat rumah ni sayalah yang makan paling banyak. Yang lain makan juga sedikit-sedikit.

      Delete
  4. alaaa..dia ni..saje je kan tayang durian plak..dah la SA x puas makan durian

    ReplyDelete
  5. Durian yg dah buka pun belum jamin sebab saya pernah beli, tawar isinya. Nampak dmmg bagus tapi kita tak boleh rasa.

    ReplyDelete
  6. Mampu tengok je sebab tak makan durian. 😅

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya dah musim durian. mmg tidak dinafikan, harga durian sekarang memang berapi. ada rezeki ada lah membeli, if tak, tengok dan cium je lah cam kat cerita p.ramlee 🤣🤣

    ReplyDelete
  8. bestnya ada dusun, boleh buat pesta lg..belum lg keluar mencari durian..kalau Musang King tu, saya beli yg siap kupas..3 ketul RM20..jadilah nak merasa..tak boleh makan byk durian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat juga merasa.. Saya belum pernah rasa lagi Musang King.

      Delete
  9. Kita belum terbuka hati lagi nak beli durian, hihi

    ReplyDelete
  10. Dah terbau bau durian dari jauh.
    While me tak makan durian hehehe

    ReplyDelete
  11. wah rezeki ni...
    hahaha agak2 ada pengat doyan tak tu :P

    ReplyDelete
  12. Seminggu dua lagi nanti banyaklah lambakan durian
    Masa tu merudumlah harganya

    ReplyDelete
  13. Dah mulalah kita nampak durian di sana sini. Tapi, sebab sekarang PKP, tak adalah acara bufet durian, makan sampai kenyang tu rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa banyaklah kita boleh makan.. tak pernah merasa buffet durian lagi

      Delete
  14. setiap kali musim durian selalunya saya sekali je lah membeli durian, itu pon berkira2 nak ambil yang mahal. musang king tu hanya mampu tengok jer lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu dia jadi musang kong baru kita beli.. haha

      Delete
  15. shida dah lama x pekena durian fairus..teringin pula bila tgk gambar..

    ReplyDelete
  16. Durian dah jadi buah kayangan sejak PKP ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Sama je harganya macam dulu, belum turun lagi.

      Delete
  17. musim dah tiba..tapi tkot nak makan.. klu badan panas takleh nak masuk office haha

    ReplyDelete
  18. mama baru makan sekali.. tak puas laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah beberapa kali.. Hari ni pun makan lagi.. hihi

      Delete
  19. Memang dh nampak org jual durian balik pulau. Memang sedap baunya kalau di penang durian itu yg dicari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke beli nanti.. Lama tak ke Penang.

      Delete
    2. Nk beli durian kena tunggu musim jelah. Hehehe. Bersepah org jual

      Delete
  20. RM10 kira murah juga tu. tapi tak pernah jumpa. mostly sekilo RM20 ke atas. Tak pernah juga makan durian kayangan. Tengok harga pun seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rakyat marhaen, durian kayangan tu dapat bau pun cukup.. hihi.

      Delete
  21. supposed time org x ramai keluar ni jual laa murah sikit, kan? ni mmg betul cekik darah. kdg tertanya jg siapa laa yg mark up harga mahal2 mcm ni...nk g haji blk ari pn skrg bkn nya bleh travel pn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak cakap apa. Sebab ada permintaan. Kalau takde, confirm jatuh harga.

      Delete
  22. Sedapnyaaaaa durian. Da lama xmakan. Huhu tetiba time lockdown nii ramai pulak post. Haha

    ReplyDelete
  23. durian memamng sedap dan jarga ikut musim

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.