14 Jun 2018, masa ini 2 hari lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Lahirlah seorang anak lelaki lalu diberi nama Muhammad Firman. Muhammad Fahim, Ainnur Afiah dan Muhammad Firas Faiq telah mempunyai adik baharu.
Hari ini merupakan ulang tahun ketiga buat anakanda Muhammad Firman. Sekejap rasanya dia membesar. Nakal, petah bercakap dan ada kalanya pemalu macam ayahnya. πππ
Hari ini saya bekerja. Tiada apa-apa rancangan untuk sambut hari lahirnya. Sekali teringat ingin memberi hadiah kepada dia. Tapi, musim PKP ni banyak kedai tutup. Pasaraya pun di bahagian permainan ditutup. Tidak dibenarkan masuk ke kawasan permainan.
Kebetulan, ada kenalan yang berniaga permainan. Dia biasa berniaga di up town. Semasa PKP ni tidak berniaga. Jadi, selepas habis bekerja saya singgah ke rumahnya untuk membeli permainan untuk Muhammad Firman.
Banyak permainan di rumahnya. Saya pilih untuk membeli kereta kawalan jauh. Boleh tahan juga harganya. Mujur hari ini gaji dah masuk. Beli sajalah, setahun tak sekali. Hehe..
Balik saja rumah, buka pintu dan terus beri kotak kereta kawalan jauh kepada Muhammad Firman. Tak dan nak balut dengan kertas hadiah, bagi begitu saja. Alhamdulillah, Firman suka.
Dari petang hingga ke malam duk main kereta kawalan jauh. Dah simpan dalam kotak, dibukanya semula untuk bermain, kemudian masuk semula ke dalam kotak. Biasalah, budak-budak. Nanti apabila sudah bosan, alat kawalan ke mana, kereta ke mana nanti.
Semoga Muhammad Firman membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh dengan mentaati perintah Allah SWT dan mendengar cakap kedua ibu bapa.
Bukan main seronoknya muhammad firman dpt kereta .
ReplyDeleteSelamat hari lahir muhammad firman . Semoga menjadi anak yg sole
Lain macam seronoknya..
DeleteSelamat harijadi Furman. Haha betul itu mula-mula semangat main.
ReplyDeleteBudak-budak, biasalah tu
DeleteHappy birthday Muhammad Firman. Semoga membesar menjadi anak soleh. Aaminn..
ReplyDeleteseronoklah dia dapat hadiah mainan kereta tu.
Amin.. Terima kasih.
DeleteSenyum lebar dia. Hepi tu ayah belikan hadiah.
ReplyDeleteLebau senyumannya.. Anak bongsu le katakan.
DeleteHappy birthday Muhammad Firman...
ReplyDeleteTerima kasih. ππΌππΌππΌ
DeleteSenyum lebar dia dpt hadiah. Semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh
ReplyDeleteInsyallah.. ππΌππΌππΌ
DeleteSelamat hari lahir firman! Semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada Allah dan ibubapa! Senyumm lebar dapat hadiah dari ayah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. ππΌππΌππΌ
DeleteBukan main happy riak wajah dia..Selamat Hari Jadi Firman dari Aunty..moga jadi anak yg soleh dan taat kepada ibubapa ya :)
ReplyDeleteTerima kasih auntie... ππΌππΌ
DeleteKemain seronok dia ye dapat hadiah..
ReplyDeleteHappy Birthday buat Muhammad Firman
Terima kasih. ππΌ
DeleteHepi birthday Muhammad Firman. Semoga membesar jadi anak yang soleh. Takpelah Fairus, niatkan dalam hati nak bantu member yang terjejas pendapatan. Insha Allah lagi murah rezeki.
ReplyDeleteInsyaallah..
DeleteAmboiii. Comelnyaaaa. Happy dia dapat kereta. Kalau anak sy minat lori saje. π Anyway..Muhammad Firman ni sama umur ngn hud anak sy. Cumanya hud ni lahir akhir tahun betul2 nak jumpa new yearπ happy birthday Muhammad Firman. Moga jadi anak soleh dan dipanjangkan umur π₯³
ReplyDeleteAda nama Hud juga, seperti nama anak buah saya, Hud Imran.
DeleteHappy belated birthday Muhammad Firman. Moga membesar dengan sihat.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih auntie.
DeleteWah kemain seronok dia. Happy belated birthday buat Muhammad Firman ya!
ReplyDeleteYa. Suka dia.
Deletesukanya diaaaaa happy belated birthday Firmanπ
ReplyDeleteTerima kasih..
Delete