Saya ni sebenarnya bukan penggemar daging kambing. Mula memakan daging kambing saya fikir baru dalam 10 tahun kebelakangan ini. Sebelum ini memang tak pernah merasai daging kambing.
Walaupun saya mula memakan daging kambing, tetapi tidak semua masakan berasaskan daging kambing saya makan. Apabila daging kambing dimasak kuah seperti kari, gulai dan sebagainya, memang saya tidak makan. Saya hanya makan daging kambing yang dibakar.
Jangan ditanya pasal apa saya tak makan daging kambing yang berkuah, kerana saya pun tidak tahu kenapa. Mungkin silap saya sendiri yang sememangnya tidak mahu mencuba. Atau mungkin telah tersemat di hati menyatakan daging kambing ini sedikit berbau. Tapi apabila dibakar, kurang pula baunya, dan tekak saya masih boleh menelannya.
Musim-musim PKP ni, tak banyak perkara yang boleh dilakukan kecuali makan. Jadi, kebetulan anak buah saya ejen jualan Kambing Perap Pak Mat Western, saya pun sokonglah jualan dia dengan membeli 2 bungkus. Harga sebungkus dengan berat 500 gram berharga RM35.00. Turut didatangkan dengan sos lada hitam.
Rasa daging kambing ini sedap juga. Sekali sekala nak makan daging kambing, boleh mencuba Kambing Perap Pak Mat Western. Dari 5 bintang, saya berikan 4.5 bintang untuk Kambing Perap Pak Mat Western.
org lelaki selalunya suka mkn kambing
ReplyDeletekalau kambing bakar golek rasanya semua pakat tuju dulu he hee
Haha.. ye lah tu agaknya.
DeleteSaya pun tak makan daging kambing sebab bau dia hehehe
ReplyDeleteCuba kambing bakar..
DeleteNampak nice
ReplyDeleteYaya.. so nice
DeleteKambing perap memang sedap
ReplyDeleteHingga menjilat tulang kambing. Hihi
Deletehahaaa..makan la selagi boleh fairus..nikmat yg masih ada sepanjg PKP ini ^_^
ReplyDeletedah pernah cuba kambing perap pakmat western ni..
Haha.. badan pun naik.
DeleteSuka juga kambing. Rasanya tidak pernah jumpa yang hanyir.
ReplyDeleteYa ke.. Entahlah, kenapa saya tak gemar daging kambing yang berkuah.
DeletePernah cuba bulan puasa hari tu . Memang sedap . Perapan dia rasa sampai ke isi . Memang recomended sangat
ReplyDeleteYa betul..
DeleteHarga daging kambing bukan biasa biasa ni. Saya pulak jenis memang tak makan daging kambing lansung. Hihi...Mungkin dari pengalaman makan daging kambing yang berbau. Even daging lembu pun jarang makan, mungkin juga sebab bau dia terlalu kuat. Tapi kalau daging kerbau makan pulak, dia lebih sedap dan kurang lemak. Daging rusa extra sedap :)
ReplyDeleteDaging kerbau dan lembu macam sama saja rasanya. Satu lagi, daging arnab saya tak makan. Dulu mak sedara buat rendang arnab masa hari raya, tak makan saya. Tengok je. Nasib baik ada rendang ayam juga
DeleteMasa puasa sebelum COVID-19 melanda, mesti akan singgah bazaar Ramadan sebab nak beli kambing golek.
ReplyDeleteSekarang tak jumpa dah. π₯
Masa bulan Ramadan jarang saya nak beli daging kambing.. biasa kalau ke bazaar, cari kuih saja.
Deletefeveret ni..tak pernah try lagi produk ni..ok harganya..
ReplyDeleteRM35.00 sebungkus. Puas juga makan.
DeleteWah. Mesti sedap niii π
ReplyDeleteSedap. Memang sedap.
DeleteLast makan kambing masa bulan puasa hari tu. Sedapnyaa!!!
ReplyDeleteSaya pun dah lama tak makan. Baru je dapat merasa semula.
DeleteBaru layan daging harimau menangis nanti boleh bt kambing pulak
ReplyDeleteKesian harimau tu.. hihi
Deletetingat ustaz sy ckp, lelaki kalau nk ank ramai selalulah mkn daging kambingππππ sedap oo kalu pandai msk hamis kambing boleh hlg
ReplyDeleteDah tak boleh ramai lagi.. umur masing-masing dah meningkat.
Delete