Sunday, June 13, 2021

EURO 2020 - CHRISTIAN ERIKSEN REBAH

Perlawanan Euro 2021 antara Denmark dan Finland ditangguhkan pada satu tarikh lain apabila seorang pemain Denmark, Christian Eriksen rebah semasa perlawanan masuk ke minit ke-40.


Pada ketika ini, situasi sebenar Christian Eriksen masih belum diketahui. Ada yang khabarkan bahawa beliau terkena serangan jantung. Harap-harap tiada apa-apa yang lebih teruk berlaku dan semoga boleh sembuh seperti sediakala.

Kemalangan melibatkan pemain rebah semasa perlawanan bola sepak bukanlah sesuatu yang luar biasa. Terdapat banyak juga kes sedemikian yang telah berlaku. 

Mengikut rekod bermula tahun 1889 hingga 2021, seramai lebih 100 orang pemain bola sepak meninggal dunia semasa perlawanan sedang berlangsung. Kematian pertama direkodkan pada 13 Januari 1889 apabila William Cropper dari kelab Staveley di England  telah bertembung dengan pemain lawan yang mengakibatkan kecederaan parah lalu meninggal di bilik persalinan. 

Pada tahun 2021 sahaja telah merekodkan 4 kematian pemain bola sepak semasa perlawanan sedang berlangsung. 4 pemain tersebut adalah :

1. Alex Apolinário (Brazil) - 7 Januari 2021

2. Abdul Rahman Atef (Mesir) - 8 Mac 2021

3. Dejan Orsus (Croatia) - 11 April 2021

4. Tremaine Stewart (Jamaica) - 18 April 2021

* Negara dalam kurungan itu bukan bermaksud pemain tersebut bermain untuk negara, tetapi berasal dari negara tersebut.

Jadi, apa yang hendak dijelaskan di sini ialah, walaupun sukan merupakan salah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, namun ada ketikanya ia membawa kemudaratan. Tidak semestinya orang yang kelihatan cergas itu sihat, tetapi sakit itu boleh datang bila-bila masa. 

Semoga Christian Eriksen segera sembuh. 

* Maklumat terkini, perlawanan diteruskan setelah kedua-dua pasukan bersetuju untuk bermain semula.

40 comments:

  1. Seram bila baca. Pernah tengok kat YouTube saat-saat pemain rebah. Ada yang kena serangan jantung, ada yang terpanah petir. Bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan sedikit kesnya, dah banyak.

      Delete
    2. Mungkin antara sebab tu gaji diorang mahal kot. Risiko sangat tinggi.

      Delete
    3. Tak juga kot.. Dekat Eropah tu, memang mereka profesional. Bola sepak sebagai hiburan dan perniagaan. Perjudian pun ada.

      Delete
    4. Memang dah biasa di sana. Penaja pun banyak dari syarikat perjudian.

      Delete
  2. bersukan bermati-matian masalah jjuga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan saja tu.. Asbab saja. Nasib baik Christian Eriksen tak meninggal dunia

      Delete
  3. Kecoh jugak kat rumah malam tadi pasal ni 😅

    ReplyDelete
  4. Topik sembang dengan husband td ms bekfes.. x sangka kn sportman dpt cardiac attack ms bersukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...Ahli sukan pun tak terlepas dari serangan jantung.

      Delete
  5. Masa dia kaku jatuh tu team mate dan penonton pun dah sedih gila. Mujur dia sedar lepas tu. Harap dia tak apa apa lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. masa diangkat keluar, lihat dia seperti telah sedar.

      Delete
  6. Last night masa tengok Eriksen rebah lama sangat saya pun risau sampai ternangis. Harap cepat sembuh. Dulu pernah jadi kat Torres jugak masa dia main untuk Atletico.

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar, kami tengok 20 min je semalam, tak semlat sampai part tu

    ReplyDelete
  8. Ish takot eehhh..moga cepat sembuhhhh

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dia tak ada apa2..tgok news td dia ok ktanya

    ReplyDelete
  10. sy x minat bola so no komen hahaha

    hope he's well tho :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus.. Kadang-kadang memang sukar nak komen topik yang kita tak tahu / tak suka

      Delete
  11. bersukan, bersenam mmg elok tapi kdg2 badan kita tak mampu nak tanggung, jgn overdo it.

    ReplyDelete
  12. aida setuju sgt. ramai yg aida dgr berita, meninggal ketika bersukan. atau selepas bersukan :( tiba ajal, tak sape boleh halangkan.
    pernah borak dgn asben pasal ni. sebab kita expect yg bersukan kan kekal aktif, berat badan ideal dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau dah tertulis ajalnya begitu. Buat apa sekalipun, kalau nak mati, tetap akan mati.

      Delete
  13. iye betul.. Sakit tu boleh datang pada sesiapa sahaja.. bersukan tak semestinya sihat..

    ReplyDelete
  14. Takutnyaaa tiba tiba rebah. Semoga baik baik sahaja.

    ReplyDelete
  15. moga baik2 saja pemain tu..walau xberapa minat tonton bola luar negara tp still follow sebab minat suami ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus.. Kena ambil tahu juga kan, sebab suami dah minat bola.. hehe

      Delete
  16. Seramnya tiba-tiba rebah macam tu... Moga pemain itu baik2 saja...

    ReplyDelete
  17. dia yg sihat, atlet, jg mkn minum etc boleh terkena serangan jantung. byg kan kite yg dah laa mls bersenam mkn entah apa2.. entah mcm mn laa agk nya kalau insiden ni menimpa kita. nauzubillahi min zaalik.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.