Perlawanan Euro 2021 antara Denmark dan Finland ditangguhkan pada satu tarikh lain apabila seorang pemain Denmark, Christian Eriksen rebah semasa perlawanan masuk ke minit ke-40.
Pada ketika ini, situasi sebenar Christian Eriksen masih belum diketahui. Ada yang khabarkan bahawa beliau terkena serangan jantung. Harap-harap tiada apa-apa yang lebih teruk berlaku dan semoga boleh sembuh seperti sediakala.
Kemalangan melibatkan pemain rebah semasa perlawanan bola sepak bukanlah sesuatu yang luar biasa. Terdapat banyak juga kes sedemikian yang telah berlaku.
Mengikut rekod bermula tahun 1889 hingga 2021, seramai lebih 100 orang pemain bola sepak meninggal dunia semasa perlawanan sedang berlangsung. Kematian pertama direkodkan pada 13 Januari 1889 apabila William Cropper dari kelab Staveley di England telah bertembung dengan pemain lawan yang mengakibatkan kecederaan parah lalu meninggal di bilik persalinan.
Pada tahun 2021 sahaja telah merekodkan 4 kematian pemain bola sepak semasa perlawanan sedang berlangsung. 4 pemain tersebut adalah :
1. Alex Apolinário (Brazil) - 7 Januari 2021
2. Abdul Rahman Atef (Mesir) - 8 Mac 2021
3. Dejan Orsus (Croatia) - 11 April 2021
4. Tremaine Stewart (Jamaica) - 18 April 2021
* Negara dalam kurungan itu bukan bermaksud pemain tersebut bermain untuk negara, tetapi berasal dari negara tersebut.
Jadi, apa yang hendak dijelaskan di sini ialah, walaupun sukan merupakan salah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, namun ada ketikanya ia membawa kemudaratan. Tidak semestinya orang yang kelihatan cergas itu sihat, tetapi sakit itu boleh datang bila-bila masa.
Semoga Christian Eriksen segera sembuh.
* Maklumat terkini, perlawanan diteruskan setelah kedua-dua pasukan bersetuju untuk bermain semula.
Seram bila baca. Pernah tengok kat YouTube saat-saat pemain rebah. Ada yang kena serangan jantung, ada yang terpanah petir. Bahaya.
ReplyDeleteBetul tu. Bukan sedikit kesnya, dah banyak.
DeleteMungkin antara sebab tu gaji diorang mahal kot. Risiko sangat tinggi.
DeleteTak juga kot.. Dekat Eropah tu, memang mereka profesional. Bola sepak sebagai hiburan dan perniagaan. Perjudian pun ada.
DeleteWah bola pun boleh berjudi?
DeleteMemang dah biasa di sana. Penaja pun banyak dari syarikat perjudian.
Deletebersukan bermati-matian masalah jjuga kan
ReplyDeleteKebetulan saja tu.. Asbab saja. Nasib baik Christian Eriksen tak meninggal dunia
DeleteKecoh jugak kat rumah malam tadi pasal ni 😅
ReplyDeleteItulah pasal..
DeleteTopik sembang dengan husband td ms bekfes.. x sangka kn sportman dpt cardiac attack ms bersukan
ReplyDeleteItulah...Ahli sukan pun tak terlepas dari serangan jantung.
DeleteMasa dia kaku jatuh tu team mate dan penonton pun dah sedih gila. Mujur dia sedar lepas tu. Harap dia tak apa apa lah.
ReplyDeleteYa.. masa diangkat keluar, lihat dia seperti telah sedar.
DeleteLast night masa tengok Eriksen rebah lama sangat saya pun risau sampai ternangis. Harap cepat sembuh. Dulu pernah jadi kat Torres jugak masa dia main untuk Atletico.
ReplyDeleteSemoga beliau cepat sembuh.
DeleteAllahuakbar, kami tengok 20 min je semalam, tak semlat sampai part tu
ReplyDeleteTu lah.. Saya pun baru bukak juga.
Deletesemoga CE baik-baik...
ReplyDelete👌🏼👌🏼👌🏼
DeleteIsh takot eehhh..moga cepat sembuhhhh
ReplyDeleteMoga-moga
DeleteAlhamdulillah dia tak ada apa2..tgok news td dia ok ktanya
ReplyDeleteYa. Dikhabarkan, sudah ok.
Deletesy x minat bola so no komen hahaha
ReplyDeletehope he's well tho :)
Bagus.. Kadang-kadang memang sukar nak komen topik yang kita tak tahu / tak suka
Deletebersukan, bersenam mmg elok tapi kdg2 badan kita tak mampu nak tanggung, jgn overdo it.
ReplyDeleteYa benar tu.
Deleteaida setuju sgt. ramai yg aida dgr berita, meninggal ketika bersukan. atau selepas bersukan :( tiba ajal, tak sape boleh halangkan.
ReplyDeletepernah borak dgn asben pasal ni. sebab kita expect yg bersukan kan kekal aktif, berat badan ideal dan sebagainya.
Betul tu. Kalau dah tertulis ajalnya begitu. Buat apa sekalipun, kalau nak mati, tetap akan mati.
Deleteiye betul.. Sakit tu boleh datang pada sesiapa sahaja.. bersukan tak semestinya sihat..
ReplyDeleteHa.. betul tu.
DeleteTakutnyaaa tiba tiba rebah. Semoga baik baik sahaja.
ReplyDeleteAjal maut adalah ketentuan Allah SWT.
Deletemoga baik2 saja pemain tu..walau xberapa minat tonton bola luar negara tp still follow sebab minat suami ^_^
ReplyDeleteBagus.. Kena ambil tahu juga kan, sebab suami dah minat bola.. hehe
DeleteSeramnya tiba-tiba rebah macam tu... Moga pemain itu baik2 saja...
ReplyDeleteDikhabarkan dia ok sekarang.
Deletedia yg sihat, atlet, jg mkn minum etc boleh terkena serangan jantung. byg kan kite yg dah laa mls bersenam mkn entah apa2.. entah mcm mn laa agk nya kalau insiden ni menimpa kita. nauzubillahi min zaalik.
ReplyDeleteItulah.. nasib masing-masing.
Delete