Mi segera memang mudah dimasak. Malah, jika disingkap dari iklan mi segera, 2 minit sahaja boleh siap dihidangkan. Namun, ia tidak bagi saya. Walaupun namanya mi segera, tetapi saya memerlukan masa lebih 2 minit untuk menyiapkan semangkuk mi segera.
Saya tidak suka makan mi segera begitu sahaja. Perlu ditumis. Perlu ada sayur, telur dan apa-apa yang patut dimasuk, saya masukkan. Jika ada ayam, saya akan masukkan ketulan ayam. Jika ada udang, saya akan masukkan udang. Sekiranya tiada, menumis dan telur sudah memadai.
Alkisah, malam tadi semasa melayan EURO 2020, perut pula lapar di tengah malam. Jadi selongkar kabinet di dapur, jumpa pula mi segera, Alhamdulillah, maka beruntunglah perut. Memang nikmat menonton perlawanan bola sepak sambil menikmati mi segera.
EURO 2020 anda minat negara mana? Nak minat Harimau Malaya, bukan negara Eropah pula. Piala Dunia pun mimpi saja. Jadi, macam biasa saya menyokong The Azzurri - Itali.
Wah, maggi sihat, ada sayur.
ReplyDeleteHehe.. sihat ke.
Deletesaya pun tak masak 2 minit sebab if masak mee segera saya akan basuh air pertama, masak air lagi baru masuk megi, telur kemestian dan lately suka campur sosej potong kecil2 bersama meatball. fuhh!!
ReplyDeleteSaya pula tak suka taruk sosej..
Deletekalau masaknya malas nda taruh apa2 mmg dua minim ja siap tapi kalau taruh macam tu memang take time la dia hehehe
ReplyDeleteMaybe dalam 5 - 10 minit siap.
DeleteUjan-ujan ni sedap makan meggi . CCL pun suka tumis dahulu .sedap
ReplyDeleteBetul..makan kosong saja kurang enak.
Deletewahh memang rajin. saya kalau megi memang makan kosong je. nama pun makanan malas, memang malas nak masuk apa2 bahan lain hahaha!
ReplyDeleteHaha.. Tapi tak sedap kalau makan kosong je
DeletePaling kurang 30 minit nak siap semua ni.
ReplyDeleteLama sangat 30 minit..
Delete2 minit tu kalau masa di asrama je, mana nak cari dapur macam di rumah. Hehe
ReplyDeleteHaha.. betul tu.
DeleteDah tak jadi mee segeralah ni
ReplyDeleteYa.. dah jadi mi lambat sikit.. haha
Deletesama la kita. masak maggi bukan boleh segera. tambah tu tambah ni :)
ReplyDeleteHehe.. Jadi mi lambat..
DeleteAda meee segera nii nakk masakk la nanti
ReplyDeleteMaaf kerana membuatkan anda terliur.. hihi
DeleteTak pernah 2 minit.. Mesti lebih.. hahaha..
ReplyDeleteSelalunya tak tumis, tapi memang masukkan bahan-bahan lain.. Paling kurang pun mesti ada telur.. hehehe..
Samalah..
DeleteUncle sebenarnya peminat mi segera yang 2 minit tu... kosong je! hahaha!
ReplyDeleteTak baik untuk kesihatan.. hahaha
Deleteskali skala mkn megi sedapp
ReplyDeleteletak sayur telur wahh menarik tu
anak2 suka la
Ya.. bapak budak pun suka
Deletesnek feveret di tengah malam...campur2 byk bahan bertambah sedap..
ReplyDeleteBuat berminit-minit, makan tak sampai seminit..nhihi
DeleteSama mi selera suka lengkap ada sayur.
ReplyDeleteMinat Jerman.
P.S : baca komen Fairus pasal kisah seram asrama blog Shida, saya berminat hendak tahu kisah seram muzium. Ceritalah. Haha lagipun lambat lagi boleh melawat muzium.
Pasal muzium tu, nantilah saya cuba ceritakan di entri jika saya rajin.. hihi
Delete2 minit kalau masak cincai cincai je, tapi kalau masak atas dapur, memang lebih 2 minit hahaha
ReplyDeleteItu dah pasti.. hehe
Deletewah fairus..tgh mlm sebegitu menunya..kalau waktu msk tghri mesti lg special..meriah meggi tu sedap!
ReplyDeleteJangan ada ramuan dalam peti ais je.. macam-macam boleh letak. Hihi
Deletebetul betul betul. Tak pernah masak 2minit pun. Lebih berminit minit sebab menumis dan sediakan macam macam rencah masuk dalam mi maggi. baru sedap! Ermm. tak tahu nak sokong mana. Sokong Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Dunia je lah walaupun mimpi. Mana tahu mimpi jdi kenyataan.
ReplyDeleteJangan mimpi jauh sangat, nampak macam sukar sahaja.
DeleteCik TK pun tak masak 2 minit. Mesti masak dalam kuali, letak la bebola ke, sosej ke, sayur ke atau at least telur!
ReplyDeleteRajin awak masak tengah-tengah malam, siap meriah isinya!
Hehe.. melayankan bola punya pasal
DeleteTak berapa suka mee yg kosong mesti letak macam2 baru sedapp
ReplyDeleteYa betul tu. Citarasa kita sama.
DeleteDeutschland⚽
ReplyDeleteForza Italia
Delete