Sunday, June 27, 2021

ANAK BURUNG DALAM SARANG



Ini anak burung. Ada dua ekor. Baru saja menetas. Lahirnya di dalam sarang di atas dahan pokok jambu air di belakang rumah saya. Hari-hari kedengaran kicauan anak burung ini, mungkin menunggu ibunya mencari makanan.

Ya, ibunya bertanggungjawab. Saya perhatikan memang ibunya mencari makan dan memberikan anak-anak burung ini makan. Malah sekali sekala saya ternampak ada 2 ekor burung dewasa, mungkin seekor lagi itu bapa kepada anak burung tersebut.

Ketika saya hendak mengambil gambar anak-anak burung ini, dua ekor burung dewasa menghampiri dan berkicau begitu riuh sekali. Mungkin kerana tidak mahu anak-anaknya diganggu. Saya tak pegang pun anak-anak burung tersebut, hanya mengambil gambar dan video saja.

Apabila saya melihat anak-anak burung ini, saya cuba gambarkan dengan keadaan kini. Anak-anak burung ini masih belum boleh mencari makanan kerana tidak berupaya lagi, justeru memerlukan pertolongan ibunya yang mempunyai kebolehan mencari makanan dan sememangnya tanggungjawab si ibu memberi anak-anaknya makan. 

Sebaliknya, pada ketika ini, ramai insan-insan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak berpenghujung. Ada yang kehilangan pekerjaan, peniaga yang terpaksa menutup kedai, pelanggan berkurangan, sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian untuk diri dan keluarga. 

Justeru, pihak berkuasa sewajarnya bertindak seperti 'ibu burung' bagi menyalurkan bantuan kepada mereka-mereka yang terjejas ini. Apa salahnya diteruskan program seperti moratorium, i-sinar dan segala macam bentuk bantuan untuk memastikan golongan ini terjaga dan diberi perhatian. Jangan jadi seperti anak burung yang tidak diberikan makanan yang akhirnya mati kekeringan di dalam sangkar buatan ibunya.

87 comments:

  1. Cantiknya kejadian. Adik-beradik tunggu mak ayah pulang.

    Burung spesies apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu pula spesis burung apa.. belum khatam lagi pasal spesis burung.. hehe

      Delete
  2. Pandainya Encik Fairuz beranalogi, anak burung dengan rakyat marhaen.

    ReplyDelete
  3. Betul sekarang makin ramai yang kehilangan pekerjaan, yang bunuh diri punn ramai, takut rasa dengan keadaan Malaysia sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak cakap apa.. inipun Sebenarnya ada ujian dari Allah SWT.

      Delete
  4. Anak burung tu baru dilahirkan atau baru menetas?? Saya tetiba musykil nih, burung bertelur ke beranak, hehehe.. gurau2.. jangan marah nanti kena jual, lelong! Lelong!

    Semoga ujian ini akan segera berakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseymen.. itulah perkataan yang paling sesuai.. Menetas bukan dilahirkan.. hihi. Terima kasih, tadi tak tiba pulak perkataan tu masa menulis. Haha

      Delete
  5. Ya kita imagine mereka2 yg tak mampu nk cari rezeki time lockdown ni perlukan bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu. Alhamdulillah, bantuan dari pihak berkuasa telah diumumkan.

      Delete
  6. Biasanya bapa burung lebih bertanggung jawab
    mencari makanan untuk ibu burung yang mengeram dan anak2nya yang baru menetas.
    Ada bapa burung yang mengeram juga.
    Bukan macam bapak ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. ye ke? Patutlah ada 2 ekor burung dewasa.. ingatkan ibu burung saja bertanggungjawab.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih kerana bersetuju. 😀👍🏼

      Delete
  8. musim skrg mmg ramai yg susah, xde pekerjaan, nak bekerja x dibenarkan..hari2 ade sje dgr brite ade yg bunuh diri, kes bercerai pon tggi musim pkp..semoga bantuan sampai pd mereka yg memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Pihak berkuasa telah umumkan bantuan hari ini. Alhamdulillah.

      Delete
  9. Pagi tadi ada terdengar pakar motivasi bgitau yang Allah uji ikut kemampuan kita. InsyaAllah kita semua mampu harungi semua ini bersama2.

    #rapatkansaf2040

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Betullah tu. Kaya itu ujian, miskin itu ujian, ditimpa kesusahan pun ujian. Semoga sama-sama kita berjaya menempuh ujian ini.

      Delete
  10. Jarang dapat tengok anak burung dalam sarang. Biasa, sarangnya duduk tempat tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan dia bersarang di pokok jambu di belakang rumah saya yang masih rendang.

      Delete
  11. Alalala ciannya,
    Tomei..
    Ini semua ujian Allah, Kita rasa sangat susah, Tapi kita tak tahu hikmahnya, mesti terbaik, jika kita bersabar pasti kita akan dapat ganjarannya, jika tidak didunia ini pasti di Akhirat nanti, in Shaa Allah.

    ReplyDelete
  12. masa duduk kampung selalu jugak jumpe sarang burung macam ni. kadang2 ade anak, kadang2 dah ditinggalkan... sekarang ni nak jumpe pokok pon susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau susah jumpa pokok, cuba tanam pokok.. 😀

      Delete
  13. kesian kpd rakyat yg terjejas angkara covid n lockdown. semoga tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  14. Comelnya dia dengan mulut gitu.

    Analogi yang baik 👍

    ReplyDelete
  15. Kesian tgkk diaa
    Mcm kt rumah rabia dlu . burung buat sarang atas tiang api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dia buat sarang rendah.. tak payah panjat pokok pun dah nampak.

      Delete
  16. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    ReplyDelete
  17. cute kan
    kak pun suka. tgk, kqt kebun burung buat sarang dkt pokok2serai

    ReplyDelete
  18. dah lama tak tengok sarang burung camni, rindu suasana kampung.

    hadiah GA dah sampai dengan selamat 😁

    http://zzzyy.blogspot.com/2021/06/hadiah-giveaway-dsambal-licious.html

    ReplyDelete
  19. zaman pandemik ni kalau ada bantuan, mmg sangat melegakan..utk survival..

    ReplyDelete
  20. Diuji betul kita sekarang ni kan..semuanya rasa susah..moga cepat berakhir semuanya kan..ameen

    ReplyDelete
  21. AGAKNYA BURUNG APA TU YA..PIC NAMPAK BESAR MUNGKIN BURUNGNYA KECIK JA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil saja spesis burung ni. Tengok pada ibunya, sebelah kepala berwarna putih, anggota lainnya berwarna coklat.

      Delete
  22. leh letak bendera putih kat sangkar burung nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ibunya membantu beri makanan, kalau tak puas saya nak bantu carikan cacing.

      Delete
  23. Haiwan pun tahu makna amanah dan tanggungjawab. Manusia yang berakal patutnya lebih tahulah.

    ReplyDelete
  24. Wah boleh ambil gambar anak burung.

    ReplyDelete
  25. Best dapat ambil gambar moment ni. Ada kisah disebaliknya yang boleh kita ambil peduli. PM dah umumkan moratorium, Bantuan Khas COVID, i-citra dan macam-macam lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. semoga bantuan-bantuan tersebut membawa manfaat kepada semua.

      Delete
  26. Comey nyaaa burung nii. Inshaallah burung nii bawak reseki untuk encik fairus nty 😁

    ReplyDelete
  27. Subhanallah... Nice shoot! Dapat kami semua melihat keindahan ciptaan Allah dengan lebih dekat. Kalau saya ni, tak berani nak tengok depan2. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah.. kebetulan dia bersarang di pokok yang saya tanam.

      Delete
  28. Tahniah fairus.... jadi salah sorang top komentar kat blog k ret...
    nanti email detail ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih.. insyaallah puan.

      Delete
  29. errrr kite geli anak burungg.. eeiiii meremang

    ReplyDelete
  30. Br semalam anak sy yg 7 thn tanya... boleh x kita bela burung? adoi la.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau rajin nak bela. Beli burung kat kedai.

      Delete
  31. Wah cantiknya gambar tu ha...pakai hp mahal ni kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana datangnya handphone mahal.. biasa je ni.

      Delete
  32. Makhluk Allah yg menumpang teduh. Sampai masa akan terbang kedunia bebas..

    ReplyDelete
  33. Antara perkara indah yang saya suka hayati ialah kicauan burung di pagi hari.

    Moga 'ibu burung' di negara kita tidak lupa akan tanggungjawab kepada anak-anak burung.

    ReplyDelete
  34. Comelnya anak burung.. suka waktu pg dgr bunyi burung2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belakang rumah saya sawah. Macam-macam bunyi siang dan malam

      Delete
  35. Shida pernah tinggal kawasan mcm ni..mmg indah suasana pagi dgr bunyi burung mcm2 jenis..pak mertua plak sejenis bela burung..lg la..hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam teringin nak bela burung juga.. Tapi tak kot.. tak pandai sangat jaga burung.

      Delete
  36. Falfasah yang memberi seribu makna yang mendalam.. pandai encik ambik gambar burung tue..😊

    ReplyDelete
  37. Bestnya dapat perhati tindak tanduk burung ni sebab sarang dia rendah. Yang Cik TK pernah jumpa sarang tinggi. Tak dapat nak tengok...

    ReplyDelete
  38. perenggan akhir tu aida setuju, fairus.

    rumah aida ni pun ada tu hah sarang burung.
    bising! tapi tinggi kat tepi bumbung.
    tak dpt la nak snap :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  39. betul tu. pihak berwajib harus agresif dalam memberikan bantuan agar semua pihak dapat merasa. tak semua org bernasib baik. kd yg ada kuasa ni gunakanlah kuasa yg ada utk memberi kebaikan kpd semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memahami pengertian isi yang hendak disampaikan.

      Delete
  40. Nampak comel anak burung tu . Macam tengah kelaparan je

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.