Alhamdulillah... Semalam saya telah terima bungkusan pos dari syarikat J&T yang sampai di pejabat tempat saya bekerja. Telah diduga, sudah pasti ia merupakan bungkusan hadiah sebagai pengomen bertuah bagi bulan April 2021 di blog SYAZNI RAHIM BLOG.
Rasa-rasa saya, sepanjang menulis blog sejak tahun 2009, inilah kali pertama saya mendapat sesuatu dari rakan blogger. Gembira. Ya, saya gembira melalui detik ini, bukan kerana mendapat hadiah, tetapi rasa berbaloi apabila menulis blog dan mengunjungi blog rakan-rakan terasa ada yang menghargainya.
Sebenarnya saya sudah lama terhenti menulis blog. Amat lama juga kerana ketiadaan masa lantaran tugas-tugas hakiki yang banyak ditambah dengan anak-anak yang membesar. Saya banyak meluangkan masa pada tugas dan melayan karenah anak-anak hingga malas nak menulis lagi.
Kini saya kembali menulis kerana saya telah bertukar bahagian di tempat kerja yang memerlukan saya banyak menulis. Justeru, saya mengambil peluang untuk turut kembali aktif menulis blog.
Sekali lagi, berbanyak-banyak terima kasih saya rakamkan kepada SYAHZI RAHIM BLOG atas pemberian ini. Saya masih belum berkesempatan untuk membaca buku ini lagi. Namun saya amat teruja untuk membaca dan menghayati isi penulisan buku ini.
Oh ya! Saya hampir terlupa untuk menyatakan ini. Sebenarnya saya baru tahu dan mengenali Syazni atau pun nama penanya Syaz Eym merupakan penulis buku atau lebih tepat penulis novel yang saya terima ini. Tak sangka pula ada kenalan blogger yang juga seorang novelis. Bertambah teruja saya mahu membaca novel ini nanti.
Bagi yang masih belum mengenali Syazni Eym dan ingin membaca karya-karya beliau, boleh dapatkannya di pautan INI. Mari kita beri sokongan dengan membeli karya-karya beliau. Dikesempatan ini juga, ingin saya ucapkan semoga Syaz Eym terus menulis tanpa jemu dan menghasilkan karya-karya yang bermanfaat buat pembaca. Tahniah.
Okey... uncle jeles!
ReplyDeleteSekali sekala uncle sertailah...
DeleteTahniah..Alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki.
DeleteWow..tahniah...meh la jadi pengomen tegar blog SA plak...pencarian untuk bulan May...
ReplyDeleteInsyaallah.. Saya akan sentiasa komen di entri² terbaru rakan² bloggers.
DeleteTahniah. Alang-alang jadi orang kuat komen di samping menulis.
ReplyDeleteInsyaallah.. ππΌππΌππΌ
DeleteAlhamdulillah. Rezeki berblogging.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih.
Deletetahniahnyer bang fairusmamat.,
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin., aminn ;p
Terima kasih. Selamat hari raya Aidilfitri juga buat Wak.. Maaf Zahir dan batin.
DeleteAlhamdulillah..rezeki dari berblogging. Dapat juga hadiahnya. Tahniah :)
ReplyDeleteNovel yang best. Dah habis baca :)
Waaa.. Saya belum sempat baca lagi. Insyaallah, pasti akan membacanya.
Deletealhamdulillah dah sampai yeayy
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih banyak banyak.
DeleteTahniah! Selamat membaca.
ReplyDeleteInsyaallah. Terima kasih.
DeleteTahniah tuan
ReplyDeleteTerima kasih ππΌππΌππΌ
Deletetahniah diucapkan ye..menang hadiah time time pkp ni
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih ππΌππΌππΌ. Tak sangka.
Delete