Sunday, May 16, 2021

SELAMAT HARI GURU 2021

Guru adalah insan yang sering dikaitkan dengan lilin. Mereka sanggup membakar diri demi menerangi insan-insan lain khususnya anak-anak didik. Pengorbanan seorang guru begitu besar, mendidik anak bangsa agar berjaya kemudian hari di dunia dan akhirat.


Hari Guru di Malaysia disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Jika semasa di sekolah dahulu, Hari Guru merupakan sambutan yang amat dinanti-nantikan kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik melibatkan guru-guru dan murid-murid. Namun kini, pendamik Covid-19 telah membataskan semua itu dari dilaksanakan, ditambah lagi dengan sesi pembelajaran di rumah (PdPR).

Pada tahun 2021 ini, tema Hari Guru ialah "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu". Secara peribadi, saya amat suka akan tema ini. 

Kini, pelbagai ujian dan peperiksaan telah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan, situasi yang tidak berorientasikan peperiksaan telah membuka lembaran baharu bagi pelajar menonjolkan diri ke arah apa yang diminati dan kecenderungan mereka. Tidak bermakna kekurangan dari segi akademik, seseorang itu tidak boleh berjaya, malah kebanyakan mereka lebih berjaya dari pelajar yang memasuki universiti.

Justeru, murid-murid perlu menanamkan niat untuk apa berguru, pastinya ia untuk mendapatkan ilmu. Ilmu itu pun luas, banyak bidangnya. Jika suka sesuatu bidang ilmu, carilah guru yang selayaknya kemudian barulah generasi dapat dibina dan dibentuk mengikut acuan-acuan atau bidang-bidang mengikut kecenderungan masing-masing.

Kesempatan ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru, ustaz dan ustazah serta para pensyarah universiti yang telah membentuk saya untuk menjadi "manusia". Insyaallah, segala ilmu yang telah dicurahkan menjadi bekalan kalian sepertimana yang telah tertulis bahawa antara amalan yang berterusan selepas meninggal dunia ialah Ilmu Yang Bermanfaat.

Akhir kata Selamat Hari Guru dari saya buat semua pendidik sama ada yang saya kenali atau tidak. Terimalah serangkap pantun dari saya :

Manuskrip Melayu mari disalin,
isinya tersurat pesan memesan;
guru-guru umpama lilin,
membakar diri menerangi insan.

Lihat juga sajak saya perihal guru yang telah saya karang pada tahun 2012 bertajuk Kembali Kepada Lilin.

34 comments:

  1. Replies
    1. Dulu² selepas habis belajar di universiti, pernah juga saya menjadi guru sandaran. πŸ˜€

      Delete
  2. Selamat hari guru kepada semua yg bergelar guru dan pendidik. Teruskan perjuangan demi anak bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  3. SELAMAT HARI GURU Jasa guru abadi di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  4. Kesian cikgu sekarang..stress sesangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana² kerja pun ada tekanannya yang tersendiri. Yang penting bagaimana kita hendak mengawal tekanan tersebut

      Delete
  5. Menang jasa guru yang sudah mendidik dan mengajat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru juga yang mengajar kita erti mengenal Allah SWT.

      Delete
  6. Guru sekarang lg stress dr dulu. Banyak benda nk kena buat selain jaga diri dari covid. Semoga mereka dilindungi

    ReplyDelete
  7. besar sungguh jasa guru mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  8. Pandainya karang sajak! Jeles ai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke sikit² uncle. Minat punya pasal.

      Delete
  9. Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  10. Besar jasa cikgu ni. Berterusan masuk walaupun cikgu dah takde, sebab anak-anak murid dapat ilmu yang dimanfaatkan, kan. Akak dah tua-tua pun cari cikgu juga, cari ustazah ajar ngaji. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. 🀲🏼🀲🏼🀲🏼

      Delete
  11. biasa hari guru, mcm2 aktiviti kat sekolah tapi thn ni hari guru dalam sebutan je, tiada sambutan. apa pun selamat hari guru buat semua warga pendidik, jasa mu tetap dikenang

    ReplyDelete
  12. Selamat hari guru untuk semua guru yang ada di Malaysia. Semoga terus tabah berjuang dalam norma baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  13. hari guru ni sama tarikh dgn bday anak wak.. so xleh lupa smpi bila2.. πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah macam tu.. Lebih bagus lagi kalau anak wak tu jadi cikgu. πŸ˜€

      Delete
  14. selamat hari guru buat semua guru2 sy...

    dari ahad hari tu asik terngiang ngiang lagu ni:
    Kami guru malaysia
    berikrar dan berjanji...

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya dapat mendengar tetapi tidak dapat dirai.

      Delete
  15. Selamat hari guru bt semua guru2.. tanpa mereka kita bkn manusia berjaya skrg

    ReplyDelete
  16. Selamat hari guru untuk semua pendidik dan juga ibu bapa yang mendidik dari kecil lagi. Sangat berbeza pembelajaran dulu dan sekarang. Dengan c19 lagilah lain dan banyak dimansuhkan. Kenangan betul sambutan hari guru di sekolah meraikan cikgu cikgu yang dah banyak berjasa memberi ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat, semuanya berlaku sudah tertulis. Terima saja qada dan qadar Allah SWT.

      Delete
  17. Semoga jasa guru sentiasa dihargai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.