Guru adalah insan yang sering dikaitkan dengan lilin. Mereka sanggup membakar diri demi menerangi insan-insan lain khususnya anak-anak didik. Pengorbanan seorang guru begitu besar, mendidik anak bangsa agar berjaya kemudian hari di dunia dan akhirat.
Pada tahun 2021 ini, tema Hari Guru ialah "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu". Secara peribadi, saya amat suka akan tema ini.
Kini, pelbagai ujian dan peperiksaan telah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan, situasi yang tidak berorientasikan peperiksaan telah membuka lembaran baharu bagi pelajar menonjolkan diri ke arah apa yang diminati dan kecenderungan mereka. Tidak bermakna kekurangan dari segi akademik, seseorang itu tidak boleh berjaya, malah kebanyakan mereka lebih berjaya dari pelajar yang memasuki universiti.
Justeru, murid-murid perlu menanamkan niat untuk apa berguru, pastinya ia untuk mendapatkan ilmu. Ilmu itu pun luas, banyak bidangnya. Jika suka sesuatu bidang ilmu, carilah guru yang selayaknya kemudian barulah generasi dapat dibina dan dibentuk mengikut acuan-acuan atau bidang-bidang mengikut kecenderungan masing-masing.
Kesempatan ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru, ustaz dan ustazah serta para pensyarah universiti yang telah membentuk saya untuk menjadi "manusia". Insyaallah, segala ilmu yang telah dicurahkan menjadi bekalan kalian sepertimana yang telah tertulis bahawa antara amalan yang berterusan selepas meninggal dunia ialah Ilmu Yang Bermanfaat.
Akhir kata Selamat Hari Guru dari saya buat semua pendidik sama ada yang saya kenali atau tidak. Terimalah serangkap pantun dari saya :
Manuskrip Melayu mari disalin,
isinya tersurat pesan memesan;
guru-guru umpama lilin,
membakar diri menerangi insan.
Lihat juga sajak saya perihal guru yang telah saya karang pada tahun 2012 bertajuk Kembali Kepada Lilin.
Happy Teacher's Day :)
ReplyDeleteDulu² selepas habis belajar di universiti, pernah juga saya menjadi guru sandaran. π
DeleteSelamat hari guru kepada semua yg bergelar guru dan pendidik. Teruskan perjuangan demi anak bangsa
ReplyDeleteππΌππΌππΌ
DeleteSELAMAT HARI GURU Jasa guru abadi di hati
ReplyDeleteππΌππΌππΌ
DeleteKesian cikgu sekarang..stress sesangat...
ReplyDeleteMana² kerja pun ada tekanannya yang tersendiri. Yang penting bagaimana kita hendak mengawal tekanan tersebut
DeleteMenang jasa guru yang sudah mendidik dan mengajat kita.
ReplyDeleteGuru juga yang mengajar kita erti mengenal Allah SWT.
DeleteGuru sekarang lg stress dr dulu. Banyak benda nk kena buat selain jaga diri dari covid. Semoga mereka dilindungi
ReplyDeleteSama²lah kita lindungi diri..
Deletebesar sungguh jasa guru mendidik anak bangsa..
ReplyDeleteBetul tu sangat besar
DeletePandainya karang sajak! Jeles ai!
ReplyDeleteBoleh ke sikit² uncle. Minat punya pasal.
DeleteSelamat hari guru buat semua guru di Malaysia.
ReplyDeleteππΌππΌππΌ
DeleteBesar jasa cikgu ni. Berterusan masuk walaupun cikgu dah takde, sebab anak-anak murid dapat ilmu yang dimanfaatkan, kan. Akak dah tua-tua pun cari cikgu juga, cari ustazah ajar ngaji. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. π€²πΌπ€²πΌπ€²πΌ
Deletebiasa hari guru, mcm2 aktiviti kat sekolah tapi thn ni hari guru dalam sebutan je, tiada sambutan. apa pun selamat hari guru buat semua warga pendidik, jasa mu tetap dikenang
ReplyDeleteππΌππΌ
DeleteSelamat hari guru untuk semua guru yang ada di Malaysia. Semoga terus tabah berjuang dalam norma baharu
ReplyDeleteππΌππΌππΌ
Deletehari guru ni sama tarikh dgn bday anak wak.. so xleh lupa smpi bila2.. π
ReplyDeleteBaguslah macam tu.. Lebih bagus lagi kalau anak wak tu jadi cikgu. π
Deleteselamat hari guru buat semua guru2 sy...
ReplyDeletedari ahad hari tu asik terngiang ngiang lagu ni:
Kami guru malaysia
berikrar dan berjanji...
hahaha
Hanya dapat mendengar tetapi tidak dapat dirai.
DeleteSelamat hari guru bt semua guru2.. tanpa mereka kita bkn manusia berjaya skrg
ReplyDeleteBenarlah apa yang dikatakan.
DeleteSelamat hari guru untuk semua pendidik dan juga ibu bapa yang mendidik dari kecil lagi. Sangat berbeza pembelajaran dulu dan sekarang. Dengan c19 lagilah lain dan banyak dimansuhkan. Kenangan betul sambutan hari guru di sekolah meraikan cikgu cikgu yang dah banyak berjasa memberi ilmu.
ReplyDeleteApa boleh buat, semuanya berlaku sudah tertulis. Terima saja qada dan qadar Allah SWT.
DeleteSemoga jasa guru sentiasa dihargai :)
ReplyDeleteππΌππΌππΌ
Delete