Saturday, May 29, 2021

ROTI GARDENIA NAIK HARGA?

Baru sahaja pengumuman TOTAL LOCKDOWN oleh pejabat Perdana Menteri Malaysia, tular pula khabar angin di laman sosial bahawa terdapat kenaikan harga roti Gardenia. Umum mengetahui, roti Gardenia merupakan antara makanan yang sering mendapat perhatian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 



Ini bermula apabila terdapat sekeping surat berlogo syarikat roti Gardenia menyatakan terdapat kenaikan harga roti Gardenia  produk roti Gardenia. Tetapi tiada pula disertakan senarai harga terbaharu tu. Tak pasti pula sama ada surat itu betul atau palsu. Saya semak juga laman sesawang Gardenia, tapi tak jumpa pula makluman berkaitan kenaikan harga.

Semoga tiada kenaikan harga pada produk roti Gardenia. Sekarang rakyat sedang susah, jangan pula dinaikkan harga roti yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia ni. Naik mungkin tak berapa sen sangat, itu anggapan kita yang mungkin mampu, bagaimana pun bagi golongan yang tidak atau kurang mampu. Setiap sen kenaikkan sudah terasa bebanannya.

29 comments:

  1. time total lockdown, ramai yg makan roti..mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye le, duduk rumah asyik lapau Aje, jadinya makan roti sebagai pengalas perut.

      Delete
  2. Replies
    1. Haha.. Sungguh enak dimakan begitu sahaja.

      Delete
  3. Teringat masa kecik-kecik dulu famili bukan orang senang. Dapat makan roti Gardenia dah rasa mewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kini semuanya dah berubah kan? Boleh makan roti setiap hari.

      Delete
    2. Yup.. Kalau rasa mahal, makanlah Masimo atau Mighty white. Pilihan ada banyak

      Delete
  4. Ohh naik harga juga ye. kena tunggu lah nanti. Ada gak nampak orang share harga minyak masak pun naik harga. tapi harga telur pun dah mahal juga sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Roti yang enak dimakan begitu saja.. :D

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. Jgn la naik harga lagi.. Dl harga roti tak smp rm1 pun.. Sian kat mereka2 yg hamya mampu makan roti atau telo je.. Pape pun harap surat tu x betul

    ReplyDelete
  7. Mungkin naik harga sebab kurang bekalan bahan mentah.

    Takpe, biskut kering ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada kepastian sama ada khabar angin ini benar atau tidak.

      Biskut kering cicah kopi 0 pun sedap.

      Delete
  8. roti rakyat malaysia ni semmoga cuma berita palsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dengar produk lain yang naik,btak melibatkan roti putih Gardenia tu. Wallahualam.

      Delete
  9. Alamak! nak beli roti nnt kena cek harga dulu lah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Saya beli roti tak semak harga. Saya pun tak tahu harganya berapa. Main ambil saja. Yang saya semak, tarikh luputnya.

      Delete
  10. Saya pula terbaca tiada kenaikan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lam zaman sekarang macam-macam. Jadi kita perlu tabayyun.

      Delete
  11. Ah roti gardenia makanan rakyat malaysia...bila pkp je dia femes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sebelum tu memang popular dah.. lagi bertambah popular

      Delete
  12. Rasanya macam tiada kenaikan pun.. Sebab duk borong roti kan buat kudapan anak-anak..

    ReplyDelete
  13. Roti yang dapat sambutan hangat saat-saat PKP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlipat kali ganda jualannya masa PKP rasanya.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.