Zaman covid-19 kini semuanya terbatas. Hendak buat program itu tidak boleh, buat ini tidak boleh. Jika boleh sekalipun, perlu melalui prosedur yang amat ketat. Ini semua dilaksanakan bagi mengelakkan penularan pandemik covid-19.
Bagi saya yang bertugas di institusi yang memerlukan pergaulan dengan masyarakat bagi menyampaikan ilmu dan maklumat berkaitan dunia permuziuman termasuk hal berkaitan sejarah, warisan dan kebudayaan, turut merasai keterbatasan ini.
Dahulu pelbagai program secara bersemuka dapat dijalankan dengan meriah sekali. Tidak kiralah sama ada program berskala kecil atau besar. Memang institusi saya ni saban tahun tidak kurang 20 program yang perlu dilaksanakan. Ini adalah untuk menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara memahami sejarah, warisan dan kebudayaan khususnya negeri Melaka.
Kini, agak sukar untuk melaksanakan program. Sekarang lebih tertumpu kepada penyampaian maklumat melalui laman maya seperti di Google Meet, Facebook, YouTube dan lain-lain. Contohnya, mesyuarat boleh dilaksanakan melalui Google Meet. Seminar, program bual bicara, bengkel dan sebagainya boleh dibuat melalui siaran langsung di Facebook atau YouTube.
Justeru mana-mana institusi perlu bersedia untuk ke arah ini. Kita tidak tahu, bilakah pendamik ini akan berakhir. Semoga cepatlah ia berakhir agar kita boleh kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.
π€²πΌπ€²πΌπ€²πΌ
semuanya terbatas sekarang ni.. ntah bila la kite boleh hidup seperti dulu tanpa SOP
ReplyDeleteTu lah pasal. π
DeleteSaya rasa tak mampu bekerja secara berterusan secara maya. Kadang-kadang mata berair dan bengkak akibat terlalu lama menghadap skrin menyemak satu persatu hasil tugasan murid. Oh! Cepatlah Covid-19 berakhir.
ReplyDeleteKita yang ada anak ni pun tak terkejar PdPR anak².
DeleteDengan keadaan sekarang ni, kita tak pasti bila akan berakhir. Nak tak nak kita terpaksa gunakan pendekatan maya supaya semua kerja diteruskan. Syukur juga ada teknologi yang boleh digunakan.
ReplyDeleteTu lah, nak mengharapkan teknologi sampai bilakah agaknya.
DeleteInterview punnn online je sekarang ni huhuhu, apa boleh buat, covid19 membataskan kita semua.
ReplyDeleteKalau interviu online senang le sikit, kurang rasa gentar. π
DeleteSekarang semuanya online...meeting pun guna microsoft teams atau gogle meets je
ReplyDeleteSamalah seperti saya juga
DeleteKesian yg hari2 kena thru video call.. duduk rumah pun banyak cobaan
ReplyDeleteYa. Mana nak buat kerja, mana nak tengok²kan anak.. Macam saya ni, orang rumah fronliner, memang kerja ke takde BDR, saya je BDR. π
Deleteitulaaa. moga covid19 beransur pulih dan dijauhkan la :)
ReplyDeleteAmin.. Amin.. π€²πΌπ€²πΌ
DeleteRindu kemeriahan dulu sebelum covid. China yang jadi punca Covid pun dah bebas buat acara macam-macam. Sakit hati pulak tengok
ReplyDeleteSebab kerajaan jaga kayangan, tak jaga marhaen.
DeleteCik TK pulak, semua through microsoft teams. Meeting, briefing, talk, seminar... Huhuuuu bila nak buat semua ni offline balik..? Moga virus covid ini cepat2 lesap dari muka bumi ini...
ReplyDeleteInsyaallah.. Semoga covid-19 segera berakhir.
Delete