Tanggal 9 Mei 2021 berakhirnya siri Jejak Rasul 2021 dengan 15 episod di mana 3 episod terakhir rakamannya di Melaka. Hampir seminggu juga penerbit dan kru rakaman berkampung di Melaka bagi menyiapkan tugasan ini.
Saya pada ketika itu, diarahkan oleh bos untuk membantu dan mengiringi kru pengambaran ke lokasi-lokasi pengambaran. Penerbit, pengacara dan kru-kru pengambaran semua ok, peramah, boleh berborak-borak. Kiranya seminggu saya sebagai pegawai pengiring (LO) tidaklah bosan.
Terdapat juga rakaman semasa kami sedang membuat kerja-kerja ekskavasi arkeologi sekitar Pulau Melaka, jadi ternampaklah kelibat saya dalam beberapa saat di episod terakhir Jejak Rasul 2021. π
Dalam rakaman ini kelihatan saya memakai baju kameja, nampak bersih dan rapi. Tapi hakikatnya, bila saya sudah turun ke tapak ekskavasi, beginilah rupanya.
ππΌππΌππΌ
Hahahah.. kemain baju bertukar warna terus
ReplyDeleteHabis baju raya.. πππ
DeleteKena kerja keras buat carigali.
ReplyDeleteBuat sikit, rehat banyak.. Kena pulak tempat macam ni.. Berlumpur satu badan.
DeleteTahniah dapat masuk tv
ReplyDeleteSipi² je wak.. berapa second Aje tu. Hihi
DeleteRezeki terselit sikit pun jadilah masuk TV :)
ReplyDeleteHaha.. Pelakon tambahan la katakan. π
Deletepenat tuh, pekena cincau hawau dulu bang fairus., hehehe gurau2 je
ReplyDeleteHaha.. Diorang kata kat kedai di Melaka banyak cincau.. Saya cari takde pulak.. Di Pasaraya ada. lain kali kena pantun "pergi pasaraya membeli cincau".. Haha
DeleteFemes laaa lepasni ehh ππ
ReplyDeleteKalau-kalau nak minta tandatangan, maklum pada saya.. Hahaha
Deletenak masuk tv kene la pakai lawo2 sikit..
ReplyDeleteHaha..
DeleteNampak penat betul dengan pakaian begitu. Apa pun tahniah, usaha berbaloi.
ReplyDeleteMemang penat puan.. Bagai buruh kasar.. Hihi.
DeleteWah.. Artis. Hehe
ReplyDeleteArtis suam-suam kuku.. hahaha
Delete