Friday, May 14, 2021

PANTUN HARI RAYA

Apabila tibanya sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang gemar memberi ucapan kepada adik beradik, saudara mara dan rakan taulan sama ada melalui kad atau media sosial. Ucapan-ucapan ini adalah lebih sedap disampaikan dengan adanya pantun-pantun sebagai penyeri. Apatah lagi kita ini adalah Melayu yang sememangnya begitu rapat dan sinonim dengan pantun.

Andai dahulu kita sering mengutus kad raya, tapi kini di zaman serba moden dan serba pantas ucapan melalui media sosial lebih menjadi pilihan. Semasa penggunaan kad raya dahulu, pantun yang sering digunakan sudah pastinya :

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Atau;

Pecah kaca pecah tong,
sudah baca harap gantung.

Hah! Itulah pantun dua kerat yang boleh dianggap pantun tradisi yang sehingga kini digunakan dan tersemat di dalam hati bagi setiap insan yang hidup di zaman lewat 70, 80 dan awal 90-an.

Namun kini, pelbagai pantun bertemakan hari raya telah banyak dicipta oleh kebanyakan orang. Saya juga antara tidak mahu ketinggalan untuk mencipta pantun bertemakan hari raya, antaranya :

Berseri-seri si rama-rama,
mari hinggap di dahan berangan;
subuh pagi takbir bergema,
itu tandanya satu kemenangan.

Burung pipit burung kedidi,
terbang tinggi di atas paya;
mari adik marilah mandi,
persiap diri menyambut raya.

Manis-manis buah kepaya,
manis lagi buah pulasan;
ziarah menziarahi tradisi budaya,
erat hubungan sesama insan.

Daun pandan tumbuh melata,
pohon serai hidup merimbun;
jari disusun maaf dipinta,
salah dan silap mohon diampun.

Bunga melati bunga melur,
harum baunya dibuat hiasan;
lapangkan hati salam dihulur,
bermaaf-maaflah sesama insan.

Jadi, bagaimana dengan pantun ciptaan saya ni? Andai ada ruang penambahbaikan bagi pantun-pantun ini, sila maklum pada saya di ruangan komen untuk sama-sama saya pelajari untuk menghasilkan pantun yang baik.

Ps : Raya kan sebulan, kita pantunlah sampai sebulan. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Ps : PANTUN telah diiktiraf sebagai WARISAN DUNIA bagi kategori Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO pada 17 Disember 2020.

36 comments:

  1. Nostalgia pantun!

    Oooo... unesco iktiraf ye? baru tau!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih.. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  3. Memang manis buah pulasan,
    Mana nak sama si buah mangga,
    Salah dan silap mohon maafkan,
    Moga bahagia di hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik.. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  5. jemur mengkuang di tengah laman
    siang berpanas malam berembun
    syawal yang indah sudah menjelang
    jauh dan dekat datang berhimpun

    ReplyDelete
  6. Pantun musim Covid lah sy try eh, skrg semua takleh berhimpun bagai...Haiz..

    nah, baca dulu baru gelak...

    Pergi Ke Kedai Mencari Kelapa,
    Pergi Membeli Menaiki Sampan,
    SOP Raya Jangan Dilupa,
    Salam Aidilfitri Buat Semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak kena pula Rima akhirnya.. Apa² pun pantun yang baik jika Rima akhirnya sempurna.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  8. nostalgia pantun dua kerat pecah kaca pecah gelas tu. wajib tulis dalam kad raya kononnya dapat balasan. hehe..

    menarik pantun tu. tahniah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nostalgia pantun pecah kaca tu.. hihi

      Delete
  9. Cantik susunan pantunnya.
    Cuba nak berpantun juga, tapi tak keluar idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  10. sorong papan tarik papan;
    haruslah kita bermaaf-maafan., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain macam wak punya pantun 2 rangkap.. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  11. Banyaknya pantun. Boleh diguna pakai sepanjang zaman. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Kalau dah terlekat di bibir, memang boleh digunakan zaman berzaman

      Delete
    2. Boleh la bt kad raya thn depan guna pantun ni. Dh ada idea

      Delete
  12. Paling saya ingat pantun raya zaman sekolah rendah sewaktu berkirim-kirim kad raya sesama kawan sekelas:
    Pecah kaca pecah gelas,
    lepas kaca harap balas.

    ReplyDelete
  13. Sedap pantun encik fairus buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  14. saya baru teringat... kita ada ke pantun khas untuk raya? mcm lagu raya... once dgr dah tahu tu lagu raya... tp pantun raya yg famous? rasa mcm tak ada je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak ye juga. Nanti saya cuba selidik. πŸ˜€

      Delete
  15. Saya tepuk untuk setiap rangkap pantun yang direka. Nak beli, saya tak mahir berpantun :)

    ReplyDelete
  16. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

    ReplyDelete
  17. Mesti ramai yang sudah start cari pantun ni

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.