Kecoh sehari dua ini pasal cincau sehingga dibuat pantun oleh netizen. Saya pun sebenarnya kurang periksa bagaimana fenomena cincau ini bermula dan atas sebab apa.
Bagi saya, selagi tidak terdetik hati saya untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam, elok dibuat bagai angin lalu. Namun, suka untuk saya mencipta pantun-pantun bertemakan cincau.
Pergi Melaka membeli cincau,
mari diminum waktu berbuka;
anak orang jangan dikacau,
kelak nanti lebam di muka.
Anak dara senyum ketawa,
duduk di serambi menikmati cincau;
anak perantau terus kecewa,
tak balik raya jiwa meracau.
Burung kedidi berkicau-kicau,
sambil menikmati seulas nangka;
apalah nasib dirimu cincau,
terhempas ke lantai sebelum berbuka.
Ok. Setakat ini sahaja idea untuk membuat pantun bertemakan cincau. Puas pula nak memikir, ilham tak datang-datang.
Ada kalanya bagus juga ada benda-benda viral sebegini kerana mengalakkan netizen berimaginasi dan kreatif dalam mencipta pantun-pantun. Tidak kiralah sama ada pantun yang dicipta itu baik atau sebaliknya, sekurang-kurangnya netizen telah mencuba dan buat yang terbaik.
Pantun juga merupakan salah satu warisan kita yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini iaitu pada 17 Disember 2020, pantun telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia bagi kategori Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan. Pengiktirafan ini adalah secara bersama iaitu Malaysia dan Indonesia.
Ada siapa pandai berpantun? Sila sertakan pantun kalian di ruangan komen. πππΌ
Lihat juga koleksi pantun saya di entri buku Antologi Pantun Gunung Daik Bercabang Tiga.
wah indah pantunnya..cincau ni ada pokoknya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bolehlah berpantun serba sedikit. Ya benar. Cincau ada pokoknya.
DeleteKita tak pandai berpantun tapi kita suka air cincau campur dengan air soya.
ReplyDeleteSoya cincau saya tak minum. Cincau saja atau sirap cincau saya minum.πππΌ
Deletefamous cincau dua tiga hari ni gara gara brader cincau. contoh yang diberikan, membeli cincau di Melaka. Maksudnya melaka memang famous dengan cincau ke macamana? setahu saya cencaluk famous di Melaka :)
ReplyDeleteTak juga Melaka popular dengan cincau.. Dah ramai yang tulis 'pergi Melaka membeli cincau', tu yang saja ikut je.. πππ
Deletesaya pon tak pasti ape cerita cincau ni. tibe2 viral. saya pon tak pandai nak berpantun. kene pikir2 dulu baru dpt pemmbayang dan maksudnya. apa2 pon saya cube...
ReplyDeletepergi ke kedai membeli cincau
kedai tutup!!!
Haha.. Baik punya pantun.
Deletehari ni baru tau fenomena cincau..pantun cincau saya..hehe..
ReplyDeletesungguh sedap si soya cincau
banyak dijual serata kota
tak balik raya jiwa meracau
bergema takbir raya menitis airmata
Aduh.. Pantun yang menusuk kalbu dan jiwa..
DeleteAkak ketinggalan ketapi, tak tahu apa yang viral pasal cincau. Lama tau, akak tak minum cincau. Soya cincau sedap juga. Hehe..
ReplyDeleteInilah masanya yang sesuai nak minum cincau.. Bulan puasa kan ramai yang mencari cincau.
DeleteWah! bestnya pantun cincau...
ReplyDeleteCubalah buat pantun satu.. :)
DeleteEh? Kenapa dok cincau je kebelakangan ni..?
ReplyDeleteBarangkali kerana sekarang bulan puasa.
DeleteKetika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.
ReplyDeleteKita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur.
https://youtu.be/UsM6afB83PQ
Ooo.. Serius ke? Ingatkan sebelum tu dah ada yang viralkan pasal cincau.
DeleteTerpinga-pinga kisah apa kaitan cincau. Krmpunan tidak dapat minum air cincau? Bagus juga pantun berkaitan cincau
ReplyDeleteLama tidak karang pantun.
Cubalah karang pantun cincau.. π
DeleteSuka air cicau, soya cincau, sirap ciccau tambah lychee...sejuk badan minum uiii....
ReplyDeleteBerdesup dia masuk dalam mulut. π
DeleteTengok cincau pun terus boleh dapat idea berpantun ye. Terbaik!
ReplyDeleteSaya pernah mewakili jabatan masuk pertandingan pantun. Ada sekali tu dapat naib johan. Tapi masa tu saya pemantun simpanan je.. π π π
DeletePandai bt pantun.. sedap cincau minum dengan soya yeos haha
ReplyDeleteNampaknya ramai yang suka minum cincau dan air soya. πππΌ
DeleteMinuman wajib ketika ramadhan. Berbuka dgn air cincau ni sejuk tekak
DeleteYe betul.. ππΌππΌ
DeleteSy xphm napee sejak2 nii kecoh pasal cincau ni.hahahah ke sebab tengah bln puasa niii π
ReplyDeleteMasa tu ada wartawan bertanya pada Menteri pasal terlalu ringan pasal covid ni sampai artis2 boleh rentas negeri.. Jadi wartawan tu cakap, janganlah sampai ada yang memberi alasan nak pergi Melaka membeli cincau atau nak beli pasembor di Penang.
Delete