Thursday, May 27, 2021

MANCHESTER UNITED TEWAS PENALTI

Sebelum tidur sudah kunci jam loceng di telefon bimbit jam 3.00 pagi untuk menonton perlawanan akhir UEFA Europa League antara Manchester United dan Villareal. Tapi terlewat bangun, sedar saja buka televisyen, dah minit ke-25 dan Villareal dapat menjaringkan gol pertama pada minit ke-29.

Dalam mata mengantuk, layankan juga sampai habis perlawanan. Separuh masa kedua, Manchester United dapat menyamakan kedudukan satu sama hasil jaringan Edinson Cavani di minit ke-55.

Perlawanan berlarutan hingga ke masa tambahan dan apabila tiada gol lagi dijaringkan perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti. Semua sepakan penalti berjaya menghasilkan gol sehinggalah sepakan De Gea berjaya ditampan oleh penjaga gol Villareal yang akhirnya keputusan sepakan penalti berpihak kepada Villareal dengan jaringan 10 - 11. 

De Gea ditenteramkan oleh rakan pasukan


Kempunan nampaknya Manchester United nak menjulang piala. Tak mengapa, boleh cuba lagi di musim hadapan. MU tetap di hati. 😀😀😀

Waktu solat Subuh pun sudah masuk, bola-bola juga, solat jangan diabaikan. Ok, sempat juga nukilkan sebuah pantun bagi perlawanan pagi tadi :

Perkara lalu jangan dikenang,
kalau dikenang merana hati;
apalah nasib MU tak menang,
main dah baik kalah penalti.

16 comments:

  1. Replies
    1. Itu le.. Dah sampai penalti, nasib saja yang menentukan.

      Delete
  2. ok part bola ni x reti nak komen hehehe...kita tumpang baca je la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menghormati minat puan.. Biasanya begitulah, bila blogwalking tapi jumpa sesuatu bacaan yang kita tidak minat / tidak tahu menahu, memamng sukar untuk komen. Tetapi untuk meninggalkan jejak ke blog kawan-kawan, komen jugalah apa yang patut.. :)

      Delete
  3. tunggu sepakan penalti tu yg berdebar..kipas susah mati MU ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata ngantuk ni.. Pukul 3 lebih dah bangun lepas tu solat subuh dan pergi kerja.. Hihi

      Delete
  4. Tak ada rezeki musim ni. Paling tak suka kalau tambah masa penalti tu. apapun boleh jadi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Dah le kena tunggu sampai penalti, kemudia tak memang. Mat pun mengantuk. haha

      Delete
  5. Replies
    1. Frust tu frust jugak, tapi tak sampai frust menonggeng.. haha

      Delete
  6. Semuanya atas rezeki kan. adalah tu hikmahnya... tapi sis tak minat bola. ehhehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu.. kalau menang tadi mahunya ego, pergi bahan kawan-kawan lain.. Hahah

      Delete
  7. Game ni bosan. Entah macamana Villareal boleh sampai ke final. Ntah apa2 taktikal. Tapi saya tetap gelakkan kawan-kawan Man Utd. Mana boleh lepaskan peluang. Hahahaha

    ReplyDelete
  8. Tak bernasib baik... tak ada rezeki nampak gayanya.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.