Mungkinkah Leonardo da Vinci telah dapat meramalkan covid-19 sejak awal tahun 1500 😅 |
Dulu kecoh! Kecoh satu Malaysia. Nama saya dan rakan-rakan lengkap dengan nama penuh, nama jabatan, jawatan, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon telah ditularkan ke media sosial Facebook dan Whatsapp. Dikatakan kami ini dikehendaki kerana mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang positif covid-19.
Mana taknya, masa itu covid-19 baru sahaja tersebar di Malaysia. Jadi, masyarakat luar teruja untuk menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan covid-19. Kebetulan pula kluster tabligh dikatakan kluster pertama penularan covid-19 di Malaysia.
Nak dijadikan cerita, saya berkursus dua hari pada 9 - 10 Mac 2020 lalu dan kursus tersebut turut dihadiri rakan yang baru pulang dari ijtimak tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling. Benda baru, masa tu masih belum panas. Rakan saya tu pun tak menyedari dia telah terkena covid-19. Tapi masa dia hadir kursus tu, menang dia kata tak sedap badan, dan batuk-batuk.
Dalam beberapa hari selepas kursus, rakan saya telah disahkan positif covid-19. Dalam sekelip mata, perkara ini menjadi viral. Kami yang mengikuti kursus tersebut dikatakan sebagai kontak rapat. Macam-macam versi yang saya dapat baca maklumat yang ditularkan, ada yang betul dan ada yang tidak betul.
Dalam masa sehari maklumat kami ditularkan, tak henti-henti saya terima panggilan dan whatsapp dari ahli keluarga, saudara mara, jiran dan rakan-rakan mengatakan nama saya telah tular kerana covid-19. Boleh dikatakan, hampir ke seluruh Malaysia perkara ini tular. Rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak juga turut bertanyakan hal ini.
Aduh, sudah! Seharian, dari pagi sampai ke malam melayan pertanyaan orang. Sehinggakan saya siapkan satu teks penjelasan dan saya copy and paste pada mereka-mereka yang bertanya lagi. Penatlah nak menjawab dan menjelaskan.
Selang beberapa hari, saya dan semua peserta yang mengikuti kursus telah membuat saringan covid-19. Awal-awal dahulu, belum ada peralatan swab test seperti sekarang. Dulu cucuk guna cotton but saja. Sampai ke pangkal hidung kena cucuk, terus terasa sakit hidung dibuatnya.
Dalam seminggu selepas itu, keputusan covid-19 keluar. Alhamdulillah, semua peserta yang mengikuti kursus itu didapati negatif. Ketika itu, pada masa yang sama, negara telah lancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama bermula 18 Mac 2020.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, sekiranya disekeliling kita terdapat mereka yang dijangkiti covid-19, tolong jangan bebankan mereka dengan banyak pertanyaan. Mereka telah sakit, kita pula sama sibuk bertanya itu ini, itu ini, sehingga mereka terasa terbeban dan mungkin lebih memberi tekanan kepada mereka.
Lagi satu, jangan tularkan sesuatu yang kita tidak tahu. Dapatkan dahulu kepastian sebelum menyebarkan sesuatu perkara.
Akhir sekali, harapan saya agar pandemik covid-19 ini segera diangkat oleh Allah SWT dan lenyap di muka bumi ini. Dan kita sebagai muslimin dan muslimat hendaklah sentiasa menghadapi ujian ini dengan sabar dan redha dengan ketentuan Allah SWT ini.
takpe la anggap positif, mereka semua sayang dan ambil berat pada kita :)
ReplyDeleteYa.. Mungkin juga
Deletemmg saspenla kalo dpt kontak dgn pesakit covid19 kann.. huhuhu
ReplyDeleteNak kata suspen tak juga. Masa tu memang sihat² sahaja. Kena kuarantin kendiri saja seminggu.
DeleteSepatutnya dapat positif vibe dari masyarakat.
ReplyDeleteAda kalanya masyarakat lagi negatif.. Kalau sekarang ni lagi le, terang² mereka berkata "tu le, keluar mengayau lagi", "beraya sakan le tu". Pening kepala...
DeleteDijangkiti covid 19 bukan satu jenayah atau dosa, kesian mereka, tak dapat dibayangkan jika menimpa diri sendiri.
ReplyDeleteSemoga semuanya baik2 sahaja, Amiiinnnn.
Betul tu..
DeleteNak tanya... swab test skrg pakai apa?
ReplyDeletebkn masih pakai alat mcm cottonbud tu ke?
Setahu saya ada alat khas, lebih panjang alatnya. Boleh cuba Google.
DeleteKKM pernah share satu post jika jiran atau sesiapa yang positif covid, jangan ambil gambar atau video. Tapi kalau satu dah terlepas dalam media, memang cepat tersebar.
ReplyDeleteSemoga cepatlah Covid-19 ni pupus dari muka bumi dan kita dapat jalani hidup seperti dulu. Aaminnnn...
Amin.. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
DeleteKesian mereka yang dijangkiti covid. Bukan mereka minta, dan sepatutnya berilah sokongan moral.
ReplyDeleteBenar tu puan..
Deletebetul, jgn tularkan berita yg tidak betul.. kaji la dulu sblm share kan
ReplyDeleteBetul tu puan..
DeleteRamai yang sayang ni.... Banyak yg ambil berat...
ReplyDeleteMasih ada yang sayang.. 😌😌😌
DeleteNasib baik encik fairus punya result negatif, ye. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
Deletebetul tu dah lah nervous positif kena lak dgn macam2 soalan mmg akan membebankan pesakit. cam officemate positif, aku just wish dia semoga cepat sembuh dan balik keja semula.
ReplyDeleteBetul tu. Kita perlu beri motivasi dan sokongan pada rakan yang dijangkiti tu.
DeleteBukan kita minta untuk dijangkiti covid19 ni, tapi apa pun nasib baik result encik fairus negative. Dan semoga covid19 ni cepat cepat terhapus. Aamiin.
ReplyDeleteAmin.. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
Deletesy adalah covid 19 survivor. dijangkiti pd Ramadhan lalu. Sy agak dijangkiti oleh jemaah surau berdekatan sbb ramai gak yg kena sewaktu dgn sy...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga sembuh sepenuhnya. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
Deleteitu dulu, skrg ni dah laen plak, opis saya dan 2 org positif tp macam takde ape pon yg berlaku, keje ttp keje...
ReplyDeletealhamdulillah tuan negatif..
La.. ye ke? Mana boleh macam tu. Jangan ada yang lapor pada KKM je.Memang tutup ke keseluruhan pejabat.
DeleteBetul. Yg tular tu belum tentu betul. Suami antara survivor tempat kerja. Alhamdulillah kalau tak naya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
Deleteyang ni sy setuju. bagi laaa semangat sikit. niii bagi beban tanya macam macam..boleh emosi. alhamdulilah result negative en Fairus :)
ReplyDeleteapa apa pon moga covid19 cepat terhapus. aminnnnn
Alhamdulillah. Amin.🤲🏼🤲🏼🤲🏼
DeleteKalau tidak tahu suatu info itu betul/sahih atau tidak, jangan disebarkan. Periksa faktanya dulu. Kesian pada mereka yang terlibat..
ReplyDeleteBetul tu.. Tabayyun.
Delete