Monday, May 24, 2021

KEPUTUSAN KUWAIT LAWAN MALAYSIA

Malam ini merupakan perlawanan terakhir English Premier League (EPL) bagi musim 2020/2021 di mana tiga pasukan berentap habis-habisan untuk layak ke UEFA Champions League. Akhirnya yang layak ialah Liverpool FC dan Chelsea FC yang mengikuti Manchester City FC selaku juara dan Manchester United FC, naib juara. 

Leicester City FC dan West Ham United FC di tangga kelima dan keenam pula layak ke UEFA Europa League manakala Tottenham Hotspur FC di tangga ketujuh layak ke Europa Conference League. Sementara tiga buah pasukan yang akan turun liga ialah Fulham FC, West Bromwich Albion FC dan Sheffield United FC. 



Pasukan Harimau Malaya juga mempunyai perlawanan pada masa yang sama. Tapi hanyalah perlawanan latihan bersama pasukan Kuwait yang berlangsung di Dubai, UAE. Perlawanan ini diadakan sebagai pemanas badan sebelum ke perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malangnya, Harimau Malaya kalah di tangan Kuwait dengan jaringan 4 berbalas 1. Sebagai peminat bola sepak Malaysia, terasa kecewa juga kerana kita kalah dengan jurang gol yang agak besar. Walaupun ini hanya sekadar perlawanan latihan, kekalahan dengan jaringan gol yang banyak menunjukkan pasukan kita masih belum cukup baik. 

Semoga coach Malaysia dapat menilai semula yang benar-benar boleh bermain untuk ke perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 3 hingga 15 Jun ini.

Come on Harimau Malaya!!!

Ps: Sebelum ni bila ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Harimau Malaya, ada kalanya saya turun ke Stadium Bukit Jalil. Cepatlah covid-19 berakhir, nak tengok bola di stadium pun tak boleh. 😔😔😔

23 comments:

  1. Jauh jurang gol tu. Moga Harimau Malaya cepat bangkit dan berjaya catat kemenangan dalam semua perlawanan kelayakan Piala Dunia bulan Jun nanti :)

    ReplyDelete
  2. Lambat lagi la nak menang dgn negara timur tengah...

    ReplyDelete
  3. Peminat bola sepak memang nak tonton perlawanan depan mata, barulah puas hati kan. Apa boleh buat, wabak belum berakhir, malah makin mengganas. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  4. Tak tengok pulaka friendly match ni. Dengar kata Akhyar dan De Paula power match malam tadi. Kecewa gak lah dengan result walaupun friendly. Tak sabar tunggu match national team start bulan depan vs UAE. Tak sabar gak nak tengok JDT AFC :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde live perlawanan ni. Dapat info melalui media sosial saja. Kalau ada live, bak kata orang Melaka, berkepuk-kepuk kena maki

      Delete
    2. biasa tak ada live, cuba cari yang live streaming. itupun kalau ada lah. hehe..bola dan makian tak boleh berpisah. kalah dimaki, menang dipuji. huhu

      Delete
  5. Alaaaa...sib baik x minat bola..sesekali kalau ada geng bleh je tgok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebelum ni boleh dikatakan hardcore juga tengok bola ni. Perlawanan tempat lawan pun pergi. Tapi dalam negara sahaja.

      Delete
  6. Wah, peminat bola rupanya, encik fairus ni. Rajin turun stadium ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin ke jugak. Game bulan puasa hari tu pun tengok juga. Habis terawih segera ke stadium. 😅😅

      Delete
  7. tengok bola kat TV tak feel ya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dekat tv, tv kena marah.. 😆😆😆

      Delete
  8. Hebat betul kuwait.. tulah ikut jangkaan WHO 7 thn baru hilang covid ni

    ReplyDelete
  9. Samalah, rindu nak beraorak untuk Malaysia di stadium. Alhamdulillah Liverpool dapat main UCL. Main teruk pun dapat no 3.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.