Sunday, May 9, 2021

INI BUKAN A FAMOSA

Tolong sematkan di dalam hati masing-masing bahawa gambar di bawah ini nama sebenarnya ialah PINTU GERBANG SANTIAGO atau PORTA DE SANTIAGO bukan A' FAMOSA. 

Ini PINTU GERBANG SANTIAGO bukan A' FAMOSA

A' Famosa terletak di bahagian lain iaitu di hadapan bangunan merah (Stadthuys). Harap selepas ini tiada kekeliruan lagi. Jejak Rasul 2021 yang mengisahkan tentang Masjid Agong Melaka di Kota A' Famosa memang benar tapi bukan di pintu gerbang Santiago yang netizen bayangkan. 

Kekhilafan netizen disebabkan kerana pintu gerbang Santiago ini telah sekian lama dikenali A' Famosa sedangkan itu bukanlah namanya yang sebenar.

Berikut adalah dapatan saya yang menyatakan bahawa Masjid Agong Melaka bukan di Pintu Gerbang Santiago :

1. Masjid Agong Melaka terletak berhadapan sungai dan berdekatan jambatan. 

A' Famosa : Ya - Hadapannya Sungai Melaka dan ada jambatan menghubungkan kawasan pasar Melaka pada ketika itu (kini Jonker Street)

Pintu Gerbang Santiago : Tidak - Dahulu pintu gerbang ini berhadapan pantai (Sekarang telah ditambak dan berhadapan Dataran Pahlawan Megamall)

Kawasan ini meliputi A' Famosa hingga ke bulatan kancil (roundabout)


2. Mengikut arah kiblat.

A' Famosa : Ya, mengikut kiblat

Pintu Gerbang Santiago : Tidak mengikut kiblat.

Dilampirkan paparan video di mana pengacara Jejak Rasul 2021, Fedtri Yahya berdiri dan menunjukkan lokasi A' Famosa sebenar yang dipercayai tapak Masjid Agong Melaka.


Lihat video penuh di YouTube TV3 Malaysia Official

Semoga pendedahan ini bermanfaat untuk semua sekaligus memperbetulkan kekeliruan berkaitan kedudukan A' Famosa yang sebenar.

Lihat juga : Kedudukan A' Famosa Yang Sebenar

31 comments:

  1. youtube tv3 tu smlm sabtu punye khanns.. bro fairus ptg ni kannn? πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Ni semalam punya. Insyaallah, muka saya sipi² saja kot.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  2. Mungkinkah orang ramai (termasuk saya) keliru sebab tak ada tertulis itu adalah Pintu Gerbang Santiago? Atau ada tulis, tapi tak perasan πŸ€”

    Apa pun, terima kasih atas pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada papan penerangan berdekatan situ memberitahu itu pintu gerbang Santiago @ Porta Da Santiago.

      Delete
  3. Selama ini pun saya ingat itu A Famosa. Bila datang melawat sendiri dan baca papan penerangan, baru tahu itu Pintu Gerbang Santiago. Tq for sharing Fairus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama².. Tapi kebanyakan netizen masih tersemat dalam hati mengatakan itu A Famosa.

      Delete
  4. Lahhh...kalau tak keluar fakta ni, sampai ke sudah ingat yang tu A Famosa. Dari dulu dah dikenalkan itu dengan nama A Famosa. Terima kasih untuk penjelasan ini :)

    ReplyDelete
  5. owh..baru saya tau..thanks for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²... Boleh sebar²kan pada rakan² dan saudara mara yang lain.

      Delete
  6. Terima kasih untuk pencerahan ini. :)

    ReplyDelete
  7. Uncle pun panggil Afamosa... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kasi tukar, sebut pintu gerbang Santiago.

      Delete
  8. Bila ada pencerahan mcm ni tak lah org keliru dgn mcm2 jenis fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  9. Laaaa salah rupanyaaa. lepas nii gi sana kenaa pi tempat yang betul2 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Tapi A Famosa yang sebenar telah pun musnah.

      Delete
  10. la... selama ni belajar itulah A Famosa.. Rupenye tidak.. mungkin kene letak papan tanda besar kot kat situ kata 'Ini Bukan A Famosa' hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengistilahan saja yang silap.. kalau ikutkan sejarah sebenar, itulah namanya Porta Da Santiago (pintu gerbang Santiago)

      Delete
  11. Great sharing. Ramai dari kecik dok ingat tula Kota A Famosa. Termasuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Lepas ni ubah ke nama sebenarnya.

      Delete
    2. Assalamualaikum tuan, saya pelajar tahun akhir UTHM perlu mencari responden berkenaan muzium untuk projek sarjana muda saya. Macam mana saya boleh hubungi tuan ya? Saya harap sangat tuan sudi membantu saya. Boleh hubungi saya pada emel ini ishmahhananizainal@gmail.com/ no tel 0187630761. Terima kasih tuan.

      Delete
    3. Ok. Email pada saya apa yang boleh saya bantu fairus@perzim.gov.my Terima kasih.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.