Tolong sematkan di dalam hati masing-masing bahawa gambar di bawah ini nama sebenarnya ialah PINTU GERBANG SANTIAGO atau PORTA DE SANTIAGO bukan A' FAMOSA.
Ini PINTU GERBANG SANTIAGO bukan A' FAMOSA |
A' Famosa terletak di bahagian lain iaitu di hadapan bangunan merah (Stadthuys). Harap selepas ini tiada kekeliruan lagi. Jejak Rasul 2021 yang mengisahkan tentang Masjid Agong Melaka di Kota A' Famosa memang benar tapi bukan di pintu gerbang Santiago yang netizen bayangkan.
Kekhilafan netizen disebabkan kerana pintu gerbang Santiago ini telah sekian lama dikenali A' Famosa sedangkan itu bukanlah namanya yang sebenar.
Berikut adalah dapatan saya yang menyatakan bahawa Masjid Agong Melaka bukan di Pintu Gerbang Santiago :
1. Masjid Agong Melaka terletak berhadapan sungai dan berdekatan jambatan.
A' Famosa : Ya - Hadapannya Sungai Melaka dan ada jambatan menghubungkan kawasan pasar Melaka pada ketika itu (kini Jonker Street)
Pintu Gerbang Santiago : Tidak - Dahulu pintu gerbang ini berhadapan pantai (Sekarang telah ditambak dan berhadapan Dataran Pahlawan Megamall)
Kawasan ini meliputi A' Famosa hingga ke bulatan kancil (roundabout) |
2. Mengikut arah kiblat.
A' Famosa : Ya, mengikut kiblat
Pintu Gerbang Santiago : Tidak mengikut kiblat.
Dilampirkan paparan video di mana pengacara Jejak Rasul 2021, Fedtri Yahya berdiri dan menunjukkan lokasi A' Famosa sebenar yang dipercayai tapak Masjid Agong Melaka.
Lihat video penuh di YouTube TV3 Malaysia Official.
Semoga pendedahan ini bermanfaat untuk semua sekaligus memperbetulkan kekeliruan berkaitan kedudukan A' Famosa yang sebenar.
Lihat juga : Kedudukan A' Famosa Yang Sebenar
youtube tv3 tu smlm sabtu punye khanns.. bro fairus ptg ni kannn? 😅
ReplyDeleteYa. Ni semalam punya. Insyaallah, muka saya sipi² saja kot.. 😅😅😅
DeleteMungkinkah orang ramai (termasuk saya) keliru sebab tak ada tertulis itu adalah Pintu Gerbang Santiago? Atau ada tulis, tapi tak perasan 🤔
ReplyDeleteApa pun, terima kasih atas pencerahan.
Ada papan penerangan berdekatan situ memberitahu itu pintu gerbang Santiago @ Porta Da Santiago.
DeleteSelama ini pun saya ingat itu A Famosa. Bila datang melawat sendiri dan baca papan penerangan, baru tahu itu Pintu Gerbang Santiago. Tq for sharing Fairus.
ReplyDeleteSama².. Tapi kebanyakan netizen masih tersemat dalam hati mengatakan itu A Famosa.
DeleteBeautiful blog
ReplyDeleteOk baru tahu. Tq.
ReplyDeleteSemoga terus tersemat di hati.
DeleteTQVM
DeleteLahhh...kalau tak keluar fakta ni, sampai ke sudah ingat yang tu A Famosa. Dari dulu dah dikenalkan itu dengan nama A Famosa. Terima kasih untuk penjelasan ini :)
ReplyDeleteYa.. Mohon semat di dalam hati. 👍🏼😅
Deletebaiklah :)
Delete👍🏼👍🏼😀
Deleteowh..baru saya tau..thanks for the info.
ReplyDeleteSama²... Boleh sebar²kan pada rakan² dan saudara mara yang lain.
DeleteTerima kasih untuk pencerahan ini. :)
ReplyDeleteSama².. 🙏🏼
DeleteUncle pun panggil Afamosa... hehehe
ReplyDeleteLepas ni kasi tukar, sebut pintu gerbang Santiago.
DeleteBila ada pencerahan mcm ni tak lah org keliru dgn mcm2 jenis fakta
ReplyDelete🙏🏼🙏🏼🙏🏼
DeleteLaaaa salah rupanyaaa. lepas nii gi sana kenaa pi tempat yang betul2 😁
ReplyDeleteYa.. Tapi A Famosa yang sebenar telah pun musnah.
Deletela... selama ni belajar itulah A Famosa.. Rupenye tidak.. mungkin kene letak papan tanda besar kot kat situ kata 'Ini Bukan A Famosa' hahaha
ReplyDeletePengistilahan saja yang silap.. kalau ikutkan sejarah sebenar, itulah namanya Porta Da Santiago (pintu gerbang Santiago)
DeleteGreat sharing. Ramai dari kecik dok ingat tula Kota A Famosa. Termasuk saya.
ReplyDeleteOk. Lepas ni ubah ke nama sebenarnya.
DeleteAssalamualaikum tuan, saya pelajar tahun akhir UTHM perlu mencari responden berkenaan muzium untuk projek sarjana muda saya. Macam mana saya boleh hubungi tuan ya? Saya harap sangat tuan sudi membantu saya. Boleh hubungi saya pada emel ini ishmahhananizainal@gmail.com/ no tel 0187630761. Terima kasih tuan.
DeleteOk. Email pada saya apa yang boleh saya bantu fairus@perzim.gov.my Terima kasih.
DeleteWaalaikumussalam.
Delete