Hai.. Lama juga tak bercerita pasal emas. Saya jarang bercerita pasal emas di blog ni. Tapi hari ni nak cerita sedikitlah pasal hari ni ada 'sale'. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat mengajak orang ramai untuk menyimpan emas.
Nak dijadikan cerita, anak buah saya iaitu anak kepada abang ngah saya nak bermula menabung emas. Jadi saya sarankan agar menabung emas melalui Public Gold kerana saya adalah Dealer Public Gold. Cerita punya cerita dia pun setuju untuk memulakan menabung emas di Public Gold. Emas fizikal ye, bukan emas atas kertas. Dan ia adalah Patuh Syariah.
Hari ini anak buah saya membeli 2 'ketul' emas iaitu 1/2 Dinar dan 1 Dinar dengan harga semasa berjumlah RM 1,890.00. Ini emas 999 atau 24K dan seperti sedia maklum, emas adalah logam berharga yang kalis inflasi, tidak sama dengan wang yang berada di dalam beg duit kita sekarang.
Ada 2 kaedah untuk mendapatkan emas yang dibeli, sama ada pergi ambil di cawangan negeri masing-masing atau menggunakan khidmat pos. Kalau malas nak keluar jauh-jauh, boleh saja menggunakan pos, ia diinsuranskan. Tak perlu risau.
Di Public Gold ada pelbagai cara untuk menyimpan emas. Nak simpan 1 bulan 1 gram pun boleh, atau nak menyimpan RM100 sebulan atau berselang-selang bulan sehingga genap segram harga emas, ia boleh dikeluarkan pun boleh. Nak tak nak je simpan emas.
Andai ada rakan-rakan yang hendak mula menyimpan emas, boleh daftar di sini : Daftar Public Gold : Tak susah mana pun, jual beli semua boleh dilaksanakan di laman sesawang Public Gold. Simpanlah sedikit emas mana yang termampu, 10 gram ke, 20 gram ke atau ada duit lebih, boleh beli sekilogram emas.
Terima kasih info.... bagus ni.
ReplyDeleteSama² kasih uncle..
DeleteEmas ni, pelaburan masa depan. Boleh juga guna waktu sesak.
ReplyDeleteBetul tu. Sesak nanti kita gunalah.. Jual boleh, gadai pun boleh.
DeleteEmas.. tetap berharga sampai bila2
ReplyDeleteYa. Benar.
Deletekalo ada banyak duit mmg nk beli jongkong emas je., huhuhu
ReplyDeleteBeli wak jangan tak beli..
Deleteanak2 muda elok beli ni
ReplyDeletedpt jga wat simpanan
Alhamdulillah.. Ada le sikit menyimpan, belum sampai 1 kilo lagi. Hihi.
DeleteSetelah dua kali kehilangan emas, macam susah nak pujuk hati supaya kumpul emas balik.
ReplyDeleteMacam mane boleh hilang tu puan..
DeletePertama kali hilang satu set termasuk rantai leher hadiah kahwin, gelang kaki, cincin emak bagi, anting-anting,dan loket. Semua tu dalam beg tangan, dan habis sekali harung.
DeleteKedua, masuk pencuri ke dalam rumah, dan ambil gelang tangan.
Kalau dinilai, memang berpuluh ribu harganya. Tu pasal, agak keberatan nak kumpul lagi hehehee.
Boleh simpan dalam tempat yang selamat lain kali.
DeleteBersinar sinar mata tengok emas. Sejenis jarang membeli emas. Kalau ada bajet lebih okaylah untuk melabur beli emas :) Thanks untuk info ni.
ReplyDeleteSama².. 😀👍🏼
DeleteBagus melabur beli emas sebab emas bernilai sampai bila bila.
ReplyDeleteBetul tu puan.
DeleteElok juga beli emas dinar.
ReplyDeleteYa. Terima kasih.
DeleteBaru nak berjinak-jinak beli tapi tu pun ikut kemampuan le.
ReplyDeleteTakpe, memang perlu ikut kemampuan, jangan ikut nafsu.. hihi
DeleteSaya pun cuba menabung emas guna Public Gold. Tetapi belum dapat konsisten beli tiap-tiap bulan lagi.
ReplyDeleteTakpe.. Jika ada duit lebih, barulah menabung.
Delete