Tuesday, May 25, 2021

GAMBARAN KEENAKAN SATE DALAM SATU AYAT



Sate dipanggang oleh si peniaga dengan penuh kasih sayang menggunakan arang yang menghasilkan api yang marak menyala membakar daging-daging ayam dan lembu hingga naik aroma yang menusuk hidung dan kalbu lantas meningkatkan keghairahan nafsu makan insan-insan yang menetap di muka bumi yang fana lalu lidi-lidi sate digenggam erat hingga terasa berminyak di jari jemari dan dimasukkan ke dalam mulut yang sedia ternganga minta disuapi dan akhirnya daging-daging yang lembut berjus dikunyah-kunyah hampir empat puluh kali dengan menggunakan gigi geraham seterusnya ditelan oleh anak tekak kemudian ke perut yang telah meronta-ronta minta diisi dan perut pun bersuara, "so yummy".

34 comments:

  1. Lazat! Lemak2 liat hahaha
    Klu dapat kuah kacang yg pedas2, pergh lagi kaw!!

    ReplyDelete
  2. Bila masuk mulut daging sate tu kena diam sekejap. Biarkan dalam mulut tu seketika. Kalau sedap telan. Klu tak sedap telan juga tp letak balik yg bakinya..order makanan lain...hehehehehe...sate akan umphhhh..bila kuah kacangnya pun umphhhh...

    ReplyDelete
  3. Kunyah hampir 40 kali.... hehehhe kalau jumpa sate sedap saya kunyah tak sampai 4 kali, terus telan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak rasa nikmat sate tu kena kunyah 40 kali. Tu petuanya. 😅😅😅

      Delete
  4. perghh..benar sekali gambarannya..tapi kunyah 40x tu rasanya tak kot..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bayangkan, kunyah 40 kali dengan perlahan-lahan dan penuh gemalai.

      Delete
  5. haahahahahaahhahahaha good expression

    ReplyDelete
  6. Hahaha... hebatnya ayat. Sate memang la sedapppppp, tak tau nak haaaabaaaaqqq... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenar kalau guna ayat ringkas pun boleh "sate sedap" 😆😆

      Delete
  7. Menu wajib setiap kali raya hehehe, tapi kita tak makan sate >.<

    ReplyDelete
  8. Putus nafas membaca ayatnya. Haha. Sate memang sedap. Lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh baca senafas? Lain kali baca bernafas-nafas. 😀😆

      Delete
  9. Wah panjang lebar dalam satu ayat. Spesifik guna gigi geraham sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Takkan nak cakap gigi susu pulak. Dah lama menghilang. 😆😆😆

      Delete
  10. dalam ayat ini ada 98 perkataan dan 677 huruf.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Sengaja saya tak genapkan 100 perkataan. 😆

      Delete
  11. Mak aihhh panjang ayatnya. Maka, untunglah mereka yang dapat makan sate sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu.. Maka lebih beruntung jikalau ada yang membelanjakannya.

      Delete
  12. suka satey daging
    tp kena yg lembut masak kadangkala kerass jenuhhh la kunyah

    ReplyDelete
  13. Uiii panjangnyaaaaa.. tak cukup nafas baca!!

    Bestnya sateee!!!! Teringin tiba-tiba! Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau teringin, dah pukul 8 malam, kedai dah tutup.. 😅

      Delete
  14. Saya memang penggemar sate. Tetapi dah lama tak makan sate. Tengok gambar sate tu buat lepas rasa teringin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika teringin dah boleh beli. Minggu depan dah lock down..susah cari kedai sate nanti.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.