Monday, April 26, 2021

SUDAH ADA YANG BAYAR!

Kali kedua saya singgah di gerai tepi jalan untuk membeli juadah tetapi peniaga tidak mahu menerima wang kerana ia telah dibayar. Kali pertama dahulu, sebelum bulan Ramadan, masa membeli nasi lemak, namun ia telah dibayar oleh seseorang. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT yang tentukan.

Kuih seri muka dan koci yang dibeli petang tadi telah dibayar orang


Menurut peniaga, memang biasa jualannya diborong oleh seseorang, kemudian disedekahkan kepada pembeli-pembeli yang mengunjungi gerainya.

Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih dan berdoa agar si pemberi terus dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda. Insyaallah... 

Sebenarnya, bukan gerai itu saja, di tempat kerja pun sama. Sebelum Ramadan dahulu ada saja insan-insan berhati mulia sedekah (belanja makan) dengan memberikan sejumlah amaun ke sebuah kedai, dan apabila kakitangan jabatan kami makan, dikira telah dibayar makanannya. Ini sangat memotivasikan saya untuk membuat perkara yang sama. 

Dalam keadaan kesulitan yang dihadapi oleh kebanyakan orang sekarang, masih banyak lagi jiwa-jiwa berhati mulia. Mereka begitu pemurah dalam membantu meringankan sedikit beban bagi mereka dalam kesukaran. 

Kita tak sehebat Ustaz Ebit Liew, namun sekiranya ada sedikit kelebihan, bantulah orang yang sangat memerlukan. Dalam wang yang kita miliki, ada hak orang-orang lain juga. Kita bantu orang untuk bantu diri sendiri di akhirat.

32 comments:

  1. Alhamdulillah..sikap pemurah dan berkongsi rezeki ni memotivasikan orang lain juga membuat benda yang sama. Yang menerima, bersyukur atas rezeki yang Allah berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Bersama² berpesan² pada kebaikan.

      Delete
  2. alhamdulillah, skrg ni mcm2 cara orang boleh bersedekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Alhamdulillah. Nak tak nak je bersedekah.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Mulia hati orang tu. Murah rezeki dia nanti.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kita dikeliligi ramai insan berhati mulia

    ReplyDelete
  5. Bagus begini kan...yang memberi rasa bahagia, yang menerima rasa seronok.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Murah rezeki peniaga tu dan juga orang yang berkenaan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Usaha yang sangat baik.. Walaupun sedikit pasti pemberian kita itu dinilai Allah..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi tnpa disangka-sangka.
    Teruskan memberi kebaikan. Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Alhamdulillah. Ramai sebenarnya insan berhati mulia.

      Delete
  9. Aminn...koci is one of my favourite kuih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. Ada koci labu, ada koci pulut hitam. 😋

      Delete
  10. Ya Allah! Banyaknya orang berbudi mulia dan murah hati di dunia ini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga lebih bertambah ramai orang yang pemurah.

      Delete
  11. Alhamdulillah. Bulan Ramadan kena banyakkan sedekah srmampu kita

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, indah amalan berkongsi rezeki ni 😊

    ReplyDelete
  13. mudah-mudahan si pemberi tu sentiasa dikurniakan rezeki melimpah...aminnnn

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.