Wednesday, April 7, 2021

MENANG ANUGERAH BUKU NEGARA

 


Alhamdulillah. Sebenarnya, hanya sekelumit sumbangan aku dalam penulisan buku ini. Hari ini pada tanggal 7 April 2021, buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka telah diangkat untuk memenangi Anugerah Buku Negara bagi kategori Buku Warisan yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Buku ini adalah terbitan jabatan aku yang menghimpunkan resepi kuih muih tradisional etnik Melaka dan artikel-artikel berkaitan.

Antara resepi-resepi yang terkandung dalam buku ini adalah dari etnik Melayu, Cina, India, Portugis, Chetti, Baba Nyonya dan Orang Asli. Buku ini ditulis dalam dwibahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris

Tidaklah banyak mana penulisan aku dalam buku ini, hanya 3 artikel sahaja iaitu : 

1. Pengenalan Perbadanan Muzium Melaka

2. Kuih-muih Warisan Satukan Etnik Melaka

3.  Masakan Tradisional Portugis, Istimewa di Pesta Keagamaan

Sekiranya rakan-rakan blogger ingin mendapatkan buku ini, saya sedia membantu untuk poskan buku ini kepada kalian. Bolehlah tinggalkan komen di bawah sekiranya ingin membeli.


Harga buku ini sepertimana yang tercatat pada poster promosi di atas. Sekiranya mahu membeli, sila tambah beberapa RM untuk tujuan pengeposan. 

33 comments:

  1. Tahniah. Walau sedikit/sekelumit sumbangan tetap menyumbang namanya..

    ReplyDelete
  2. tahniah tuan. walaupon sedikit tetapi besar jasanya untuk mejayakan buku tu

    ReplyDelete
  3. wah tahniah. Tabik spring spring lah buat penulis

    ReplyDelete
  4. tahniahnyer tuan.,

    dont mess with melaka., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌ. Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia. πŸ˜ƒ

      Delete
  5. Congratulations!.
    Pencapaian prestasi yang bagus.
    Semoga sukses.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah Encik Penolong Kurator. Bukunya menarik menggabungkan resipi kuih muih pelbagai etnik.

    ReplyDelete
  7. wahhhh tahniah tahniah!!
    nak autograf ;-)

    ReplyDelete
  8. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ™πŸΌ

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Tidak hebat mana pun puan.. Sekadar menumpang tuah orang lain. Saya sekadar penulis tempelan saja. πŸ˜ƒ

      Delete
  10. Replies
    1. Terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  11. Wah...Alhamdulillah! Tahniah πŸ‘πŸ½
    Bukunya pun menarik!

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. πŸ™πŸΌ

      Delete
  13. tahniah buat encik fairuz and the group. keep up the good job. semoga terus menghasilkan buku2 yang berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. πŸ™πŸΌ

      Delete
  14. Tahniah en fairus n team. keep it up yea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. πŸ™πŸΌ

      Delete
  15. Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih..πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.