Sunday, April 18, 2021

MATI SAMBIL MEMEGANG TELEFON BIMBIT

Tajuk yang saya pilih ini tidak mustahil berlaku pada insan-insan yang berada di muka bumi ini. Dan perkara ini memang telah pun berlaku tak kira di dalam negara kita mahupun di luar negara.

Ini berlaku kerana kebergantungan kita terhadap telefon bimbit adalah tinggi. Boleh dikatakan hampir setiap hari, pastinya kita akan membelek-belek telefon bimbit untuk membaca whatsapp, melihat Facebook, blog dan Instagram dan lain-lain lagi.

Bukannya seminit dua, kita boleh terus membelek-belek telefon bimbit hingga berjam-jam lamanya. Masa yang begitu berharga dihabiskan begitu sahaja tanpa membuat perkara yang lebih berfaedah.

Alangkah baiknya bagi kita yang beragama Islam ini dapat meluangkan masa untuk membaca Al-Quran, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan al-Mubarak ini. Bukan sahaja dapat pahala, malah pahala yang berlipat kali ganda. Itulah janji Allah SWT, mana mungkin Dia dustakan.




Tidak dapat membaca satu juzuk, dua tiga helai sehari pun boleh. Andai tidak mampu juga, sehelai sehari pun sudah cukup baik. Apa yang penting, kita tidak melupakan Al-Quran yang merupakan kalam Allah SWT yang suci.

Bukan niat untuk mengajar, cuba sekadar mengingatkan kepada rakan-rakan muslim agar tidak melupakan Al-Quran. Peringatan ini juga merupakan ingatan keras untuk diri sendiri. Memang lumrah manusia selalu lupa dan perlu diperingatkan. Sepertimana isi yang terkandung di dalam surah Al-Asr.



35 comments:

  1. alang2 dah pegang HP tu kata buka app atau website quran, bole jer baca quran secara online kan, takde la masa disia2kan mengadap benda2 tak berfaedah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Itulah sebaik²nya. 🀲🏼🀲🏼☝🏼

    ReplyDelete
  3. saya terbaca kat IG kalau tak silap. ada yg mengatakan, kalau anda tiada masa utk membaca al-quran, maka itu adalah seburuk-buruk kehidupan (masa)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaghfirullahalazim.. Semoga kita semua dihindari dari kelalaian dunia.

      Delete
    2. cabaran dunia di penghujung zaman...

      Delete
  4. Thanks atas peringatan. Pegang hp ni paling bahaya kalau buka online shopping. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak merbahaya sangat bila kurang duit, kalau duit banyak, itu bahaya. πŸ˜…

      Delete
    2. Haha. Betul jugak. Kalau takde duit add to cart je lah

      Delete
  5. tapi bole je bukak apps alquran dlm henfon dan mugo2 mati dlm keadaan beriman.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Memang boleh. Tapi kebiasaannya, orang tengok lain lebih lama dari membaca Al-Quran di telefon bimbit.

      Delete
  6. Alamak... uncle terasa.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan untuk orang lain terasa, entri ni peringatan untuk diri sendiri.

      Delete
  7. Saran yang baik dan patut diterapkan oleh semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  8. syukran..baca al-quran dlm kitab lain rasanya dgn baca dalam hp..lepas baca boleh dakap, cium kitab..tapi yg bestnya, dlm hp, boleh check on the spot bacaan & sebutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  9. peringatan yang baik untuk semua...selamat berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  10. Selamat berpuasa. Peringatan bersama. Tq

    ReplyDelete
  11. Peringatan juga buat saya yang selalu alpa. Terima kasih peringatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  12. Semoga kita tak tergolong dalam manusia yang rugi. Walaupun kita boleh Al-Quran guna apps tapi dia lagi feel bila kita pegang dan baca Al-Quran :)

    ReplyDelete
  13. Saya pun cuba kurangkan kebergantunhan pada telefon bimbit. Tq ingatkan.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih, kerana ingatkan. Saya pun dah kurangkan tengok telefon, dah uninstall fb dan shopee. Kita cuba ubah slow-slow ke arah kebaikan. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  15. Alahai...SAa memang sentiasa dengan HP kena beringat la kalau macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu boleh, tapi kena beringat juga. Kena pandai membahagikan masa.

      Delete
  16. kann tula pasal.. berjam2 tengok hp ja padahal banyak lagi benda lain bole buat kan huhu #notauntukdiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² lah kita saling ingat mengingati. 😌

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.