Sekiranya bukan kayu dari struktur kapal, kayu apakah ini? Inilah persoalan demi persoalan yang bermain di minda dan fikiran aku selama lebih kurang seminggu bersama pasukan untuk menyerlahkan jumpaan kayu ini.
Projek yang dirangka dilaksanakan seminggu masih tidak dapat membongkar persoalan ini. Secara hipotesis, pihak pengkaji berpendapat ini adalah struktur rangka kapal yang berkemungkinan dari zaman kesultanan Melayu Melaka. Ini dikuatkan lagi apabila di lokasi yang sama ditemui ratusan matawang termasuk matawang Sultan Mahmud Syah (1488 - 1511). Turut ditemui sebuah mangkuk porselin kecil dalam keadaan baik.
Kayu yang ditemui telah dibuat uji kaji dan ia adalah dari spesis merbau. Menurut pengkaji, kayu merbau hanya terdapat sekitar Nusantara, justeru adalah dipercayai juga kapal ini merupakan kapal Alam Melayu. Terdapat juga penggunaan teknik pasak yang terkenal dalam senibina Melayu lama.
Dalam perancangan, kerja-kerja ekskavasi bagi menyelamatkan artifak di kawasan tersebut akan dilakukan termasuklah kerja-kerja untuk menyerlahkan jumpaan kayu-kayu yang masih tertanam.
Semoga kerja-kerja ini dipermudahkan dan sejarah kegemilangan zaman kesultanan Melayu Melaka dapat dibangkitkan kembali sebagai pembuktian kepada penulisan-penulisan sejarah yang kita sedia maklum selama ini. Jika benar, struktur kayu yang dikatakan sebagai kayu kapal zaman kesultanan Melayu Melaka, maka ia merupakan penemuan yang hebat bagi negeri Melaka dan secara tidak langsung akan merancakkan lagi sektor pelancongan berkaitan sejarah.
mukin kapal2 lanun agaknyer.. 😅
ReplyDeleteKebarangkalian itu ada.
Deletesiapalah gerangan pemilik kapal
ReplyDeleteBelum dapat dipastikan lagi. Masih dalam proses menyerlahkan struktur kayu yang masih tertanam.
DeleteWah bagaikan membongkar cerita lama zaman kedaulatan melayu melaka ja. Boleh jadi tarikan baru ni
ReplyDeleteInsyaallah, sekiranya benar² kapal, kita akan bawa ke muzium dan pamerkan nanti.
DeleteMenariknya! Rasa-rasa jika dihimpun struktur kayu yang dijumpai tu, kita dapat anggarkan tak kapal tu besar mana?
ReplyDeleteBelum pasti lagi.. Rasanya besar.
Deletemcm mn eh pihak terbabit 'tergerak hati' nak buat ekskavasi kat sini?
ReplyDeleteSebab ada laporan dari orang awam.
DeleteForensic investigation..wow..
ReplyDeleteeh! ada sunset la...nice...
Sunset itu dikejar, bukan kebetulan..😃
Deletewow! menariknya penemuan ni...
ReplyDeleteInsyaallah. Terima kasih.
DeleteMenarik untuk mengetahui penemuan ini seterusnya.
ReplyDeleteInsyaallah, suatu hari nanti.
Deletealhamdulillah penemuan bernilai yg membongkar sejarah Melaka semoga usahanya Allah permudahkan
ReplyDeleteInsyaallah, semoga Allah SWT memudahkan segala urusan ini.
Deleteyeah kayu yang masih sedia utuh camtu mesti tuk pembuatan sesuatu yang 'tegap'. good luck on penyungkaian seterusnya.
ReplyDeleteTerima kasih 🙏🏼
DeleteWah.. Hebat. Ini yang keluar berita hari tu kan?
ReplyDeleteYa.. Ada keluar berita TV3 dan akhbar-akhbar.
DeleteSaya keje dengan media prima sebab tu perasan. Hehe
DeleteOoo.. ye ke? Saya baru² ni hampir seminggu membantu En. Amin dalam pengambaran Jejak Rasul 2021
Deletecurious nak tahu jugak. kalau saya mesti dah anggap kayu biasa je ni.
ReplyDeleteDoakan ia dapat didedah dan dirungkai segala persoalan.
DeleteSemoga dipermudahkan urusan mengkajinya. Aaminn
Deletecantik gila camera
ReplyDeleteBiasa² saja
Deletekalau saya yang jumpa ni, pasti menganggap kayu biasa jer...
ReplyDeleteYa.. tapi sekarang ini pun masih diperingkat hipotesis kerana kerangka ini di lokasi tambaak laut disamping pelbagai matawang zaman kesultanan Melayu Melaka dijumpai di lokasi terbabit serta serpihan-serpihan tembikar dan porselin turut berada di kawasan ini.
DeleteTak ada rupa kapal dah tu.
ReplyDeleteIya.. Perlu diserlahkan lagi sebab masih banyak kayu-kayu yang tertanam.
Delete