Logo Muzium Melaka yang digunakan pada tahun 1954 hingga 1971 |
Institusi pemuziuman di Melaka telah bermula sekitar tahun 1933 apabila Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat memberikan kebenaran Persatuan Sejarah Melaka menggunakan sebuah bilik di bangunan Stadthuys (Bangunan Merah).
Pada 2 Jun 1952, Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya British di Tanah Melayu telah mengadakan lawatan ke Melaka beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Residen Melaka agar bangunan-bangunan bercirikan Belanda di Fort Road (Jalan Kota) dijadikan pusat poster dan bahan propaganda British bagi membendung ideologi komunis di Melaka. Penduduk tempatan menyebut pusat ini sebagai 'Sekolah Gambar'.
Pada tanggal 19 Mac 1954, George Evan Cameron Wisdom, Pesuruhjaya Residen bagi negeri Melaka telah mengisytiharkan pembukaan sebuah rumah Belanda di Fort Road (Jalan Kota) sebagai Muzium Melaka dan pada tarikh yang sama Muzium Melaka telah dibuka secara rasmi. Pentadbiran British telah menyusun rancangan dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mentadbir dan menguruskan Muzium Melaka.
Seterusnya pada tahun 1953, pentadbiran British telah mengisytiharkan telah mempunyai sebuah muzium yang diuruskan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan. Tindakan ini dibuat kerana Persatuan Sejarah Melaka dikatakan tidak mampu untuk menguruskan institusi muzium yang dikelolakan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan bilik muzium yang terdapat di bangunan Stadthuys mula dipindahkan ke di bangunan muzium yang baharu di Fort Road (Jalan Kota).
Pada 15 Julai 1954, D.C. Macgillivray, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu meluluskan Enakmen Muzium Melaka 1954 bagi membolehkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Lembaga Muzium Melaka ditubuhkan. Pembukaan muzium ini merialisasikan dasar Sir Gerald Templer untuk mengumpul kepelbagaian artifak dan budaya Melaka, termasuk sejarah semula jadi.
Lembaga ini mempunyai bidang kuasa untuk menguruskan Muzium Melaka termasuk bidang kuasa membeli dan mempamerkan artifak serta koleksi bahan yang dimiliki oleh Muzium Melaka.
Sumber rujukan : 65 tahun Muzium Melaka
Ps: Bila kali terakhir kamu mengunjungi muzium?
thank you sharing ... bila la boleh rentas negeri ni hhuhuhu
ReplyDeleteInsyaallah lepas raya dah boleh rentas negeri.. π π
Deletelast pergi Muzium Negara seblm PKP..bln 12 thn 2019..
ReplyDeletebyk boleh dipelajari di muzium..
Terbaik.. ππΌππΌππΌ
DeleteUncle last sekali.... Uih! Tak boleh ingat!
ReplyDeleteLama benau le tu tak ke muzium.. ππ
DeleteLama juga tidak pergi muzium. Haha tidak ingat tahun terakhir pergi.
ReplyDeleteLepas² ni dah boleh pergi Muzium. Bawak seisi keluarga. Banyak ilmu yang bermanfaat boleh diperolehi di sana.
DeleteLama gile tak g muzeum. Last pergi muzeum kat PD ada pameran masa tu. Tu lah yg last
ReplyDeleteMuzium di PD tu sudah tentu Muzium Tentera Darat. Menarik juga muzium di situ.
DeleteWah hebat, tahun 1933 sudah wujud institusi berkaitan muzium di Melaka. Rasa banyak info awal era 1900 an di Malaya yg zaman kini tidak tahu kerana ia sukar dicari dan diperolehi. Good info to share.
ReplyDeleteMuzium Perak paling awal jika saya tak silap tahun 1883.
DeleteOMG. Muzium Perak lagi awal. Tahun 1883 itu. Dah lebih 100 tahun. huhu.
DeleteYa betul..
DeleteNice sharing. Last pergi muzium kat Melaka tahun lepas. Bulan berapa dah lupa.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjadikan muzium sebagai destinasi pilihan ketika melancong.. πππ
DeleteTak pernah pergi lagi muzium di Melaka.. Inshaa Allah dah boleh rentas blh berjalan ke Melaka..tq fairus!
ReplyDeleteNanti² pergilah...Di Melaka mempunyai lebih 20 buah muzium. π
DeleteLast pergi Muzium Istana Kesultanan Melaka tahun 2015 :)
ReplyDeleteLama dah tak pergi tu. Nanti² kunjungi Muzium lagi..
Delete