Sunday, March 28, 2021

KUBU FEDERIK HENDRIK








Tapak kubu Federik Hendrik merupakan sebahagian dari bekas tapak Kota Melaka yang dibina oleh Portugis di atas kota empayar Kesultanan Melayu Melaka. Kubu ini dipercayai berhampiran dengan kawasan bekas Istana Sultan Melaka dan penempatan pembesar-pembesar kerajaan Melayu Melaka. Semasa zaman keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebahagian besar aktiviti pemantauan kapal dagang dan perdagangan dunia yang melalui Selat Melaka dan muara Sungai Melaka telah dikendalikan di kawasan ini.

Semasa pemerintahan Portugis, Kota Melaka dilengkapi dengan pembinaan kubu pada setiap penjuru. Kubu Courassa menjadi kubu pertahanan utama Portugis yang menghadap ke arah Selat Melaka. Apabila Melaka ditakluki oleh Belanda pada 1641, kubu ini telah diperbaiki dan dinamakan kubu Frederik Hendrik sempena nama Raja Hendrik yang memerintah Belanda pada tahun 1642 hingga 1647. Pada 1640 dan 1678, kubu ini telah diperkukuh semula dengan diperbesarkan ukuran dan ketinggian dan menjadi kompleks utama pertahanan Belanda.

Kubu ini amat penting kepada pertahanan Kota Melaka dan bandar pelabuhan Melaka. Dari atas kubu yang kukuh dan tinggi ini dapat memberikan gambaran dan panorama sepenuhnya yang berlaku di Selat Melaka dan juga pelaburan Melaka. Tentera yang berkawal di atas kubu ini dapat melihat segala ancaman yang datang dari Selat Melaka dan akan memberikan tindak balas dalam masa yang singkat.

Kubu ini dilengkapi dengan meriam, peralatan peperangan dan penempatan tentera, pos utama kawalan tentera, bilik simpanan senjata peperangan dan meriam. Di tapak kubu ini juga tersimpan banyak khazanah sejarah lama tentang peperangan dan kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan Melayu Melaka, Portugis dan Belanda.

Pada tahun 2006 dan 2007, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah melaksanakan ekskavasi arkeologi di tapak ini. Penyelidikan ini berjaya mendedahkan struktur tembok kota, kubu Frederik Hendrik dan menjumpai 4 rangka manusia. Selain itu terdapat jumpaan lain seperti manik kaca, peluru meriam dan syiling lama yang tertanam di kawasan ini.

26 comments:

  1. baru tau,selalu gi melaka ronda bangunan merah tu jew..thnks infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas kubu ini dekat saja dengan bangunan merah.

      Delete
  2. memang suka membaca sejarah tksh perkongsiannya

    ReplyDelete
  3. Kenapa la saya selalu terbaca kubu tu, kubur? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masa baca terlupa pakai cermin mata.. πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  4. Kalau individu terjumpa benda2 macam manik / peluru tu dan simpan... jadi kesalahan tak? (Jumpa sendiri, bukan curi di tapak lama)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah uncle.. Ada undang-undang. Elok maklumkan pada pesuruhjaya warisan atau pegawai daerah masing-masing.

      Delete
  5. Pergi Melaka tak pernah sampai sini. Ada peluang singgah Melaka boleh jengah sini kejap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah boleh merentas negeri, singgah ke ke Melaka

      Delete
  6. jumpa rangka? maknanya situ pernah dijadikan kawasan perkuburan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rangka 1 perempuan dan 3 lelaki. Tak pasti situ kawasan perkuburan ke tidak.

      Delete
  7. Saya lalu tempat ni masa kali terakhir ke Melaka. Bagus usaha JWN pelihara sejarahnya

    ReplyDelete
  8. masih kukuh sampai sekarang..drpd rekabentuk kubu, dapat melihat strategi pertahanan masa dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah bekas runtuhan. Sekiranya tidak dimusnahkan oleh British, kubu ini tinggi.

      Delete
  9. Kalau malam keadaan nampak menyeramkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau atau takut, tempat situ terang benderang.

      Delete
  10. sayang nye sebab tinggal runtuhan jer

    ReplyDelete
  11. Belum berkesempatan sampai ke sini lagi. Dapat bayangkan mesti struktur asalnya tinggi.

    ReplyDelete
  12. Inshaa Allah jika berkesempatan boleh la ke Melaka..tgk depan mata baru syok..tp rentas negeri msh xboleh huhuu

    ReplyDelete
  13. Melaka salah satu tempat nak pergi bila dah boleh rentas negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. πŸ˜…

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.