Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Ilha De Pedras.. Inilah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Pulau Upeh. Ilha De Pedras adalah bermaksud Pulau Berbatu. Mungkin kerana terdapat banyak batu-batu laterit di pulau tersebut maka nama itu diberikan kepada Pulau Upeh.
|
Pulau Upeh (Ilha De Pedras) |
Pulau Upeh tidaklah sehebat pulau-pulau lain di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor dan yang lain-lainnya. Namun, pulau ini menyimpan seribu satu sejarah bagi negeri Melaka sejak lebih 500 tahun yang lalu.
Pernah suatu ketika dahulu pulau ini dimajukan dengan adanya chalet-chalet untuk penginapan para pelancong, namun kini chalet-chalet tersebut tidak lagi dibangunkan dan terbiar usang.
|
Chalet yang terbiar usang |
|
Bangunan utama chalet yang tidak lagi dimajukan |
Dijemput untuk bersama-sama mengadakan lawatan kerja ke Pulau Upeh amat menerujakan kerana umurku sudah 35 tahun, tapi inilah kali pertama aku ke Pulau Upeh. Keterujuaan aku nak ke Pulau Upeh kerana aku tahu di sana terdapat tinggalan sejarah yang amat besarnya pada negeri Melaka.
Untuk ke Pulau Upeh, aku menaiki bot di Jeti Nelayan Klebang, Melaka. Laluan masuk ke jeti ini melalui jalan taman perumahan bersebelah Masjid Klebang Besar, Melaka. Aku sendiri sebenarnya tidak tahu adanya jeti di situ, mujur aku bertanya pada seorang petugas di stesyen minyak Petron, dan dia menunjukkan jalannya.
|
Gambar di Jeti Nelayan Klebang |
Perjalanan dari jeti ke pulau tidaklah jauh sangat. Hanya memakan masa 5 minit sahaja. Aku ingatkan lama sangatlah, rupa-rupanya sekejab saja. Sempat juga aku bertanya tambangnya, hanya RM 25.00 seorang pergi dan balik ke Pulau Upeh. Kalau nak memancing di laut pula, bayaran RM 450.00 dikenakan untuk sebuah bot.
|
Menuju ke Pulau Upeh |
Pulau Upeh adalah tempat di mana batu-batu laterit diambil untuk membina Kota Melaka (Fortaleza De Malacca) yang didirikan oleh orang Portugis semasa penjajahannya di Melaka pada tahun 1511. Terdapat banyak kesan-kesan tinggalan pengambilan batu-batu laterit di pulau itu yang dapat dilihat. Selama ini aku hanya dapat melihatnya melalui gambar sahaja, kini aku dapat lihatnya dengan lebih dekat lagi.
Antara kesan-kesan tinggalannya adalah seperti gambar di bawah. Kalau dilihat, memang nampak cantik saja kesan ketukan / pahatan pada batu-batu laterit ini. Aku dapat gambarkan bahawa betapa jerih dan peritnya buruh-buruh paksa tempatan yang dipaksa untuk mengetuk / memahat batu-batu ini kemudian dibawa ke daratan untuk membina Kota Melaka (Fortaleza)
Kini Kota Melaka tiada lagi. yang tinggal hanya pintu gerbang Santiago (Porta De Santiago) akibat dimusnahkan oleh British oleh William Farquhar (residen British di Melaka) pada tahun 1807. Namun, Sir Stamford Raffles dan Lord Minto menghalang pemusnahan kota itu, malangnya ia telah berlaku, hanya pintu gerbang Santiago sahaja yang dapat diselamatkan dan dapat dilihat sehingga kini.
Sempat juga aku merayau-rayau di pulau ini. Boleh dikatakan satu pulau aku berpusing kerana pulau ini tidaklah besar. Dalam memerhati persekitaran pulau ini, aku dapat melihat dua buah kubur yang aku tidak pasti sangat sejarahnya iaitu kubur Datuk Agus dan kubur Datok Panglima Lam Ma Yong Sakti.
|
Batu nisan Datuk Agus |
|
Batu nisan Datok Panglima Lam Ma Yong Sakti |
Aku ke pulau Upeh ni dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Kiranya banyak juga kawasan yang aku dapat terokai. Nasib baiklah ini adalah lawatan kerja, kalaulah dengan kawan-kawan, mahunya aku bawa batang pancing. Nampak macam banyak saja ikan-ikan di sana.
Mungkin satu hari nanti aku ke sana lagi, tapi kali ini untuk memancing. Huh, sudah lama sangat tak memancing.