Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Indonesia antara negara yang biasa juga aku pergi. Antara tempat yang pernah aku sampai adalah di Batam dan Pekan Baru. Pergi pun kerana urusan kerja, bukan berjalan semata-mata. Kali ini, aku sekali lagi berpeluang untuk ke seberang. Kali ini ialah Jakarta, Indonesia. Tapi taklah lama, hanya 2 hari saja iaitu pada 18 dan 19 Disember 2015 yang lalu.
Pergi ke Jakarta kali ini, aku menaiki kapal terbang MAS. Urusan tempahan tiket kapal terbang, penginapan dan pengangkutan di sana semua telah diuruskan oleh jabatan. Aku hanya bawa badan saja.
Banyak juga aku bertanya-tanya semasa di lapangan terbang KLIA hari tu, maklumlah, aku ni bukanlah selalu naik kapal terbang. Jadi aku bertanya untuk mengetahui prosedur-prosedurnya. Bak kata orang, malu bertanya sesat berjalan. Jadi aku simpan perasaan malu untuk bertanya. Sampai ke satu kaunter, aku bertanya, sampai lagi ke satu kaunter, bertanya lagi.
Di hotel inilah tempat aku menginap, The Media Hotel & Tower. Huh, hotel 5 bintang tu. Bagus betul jabatan aku, beri menginap di situ. Bilik besar, duduk seorang. Best giler le..
Tujuan aku ke sana sebenarnya untuk pergi ke Galeri Melaka @ Jakarta yang terletak di Jalan Malaka, Jakarta. Galeri tu milik Kerajaan negeri Melaka yang dipantau oleh PERZIM dan MBMB.
Selain itu, kami juga membuat satu acara ringkas iaitu memberikan hadiah-hadiah kepada pengunjung bertuah pada hari itu (19 Disember 2015).
Di Jakarta kesesakan lalu lintas memang ketara. Dari pagi hingga ke malam, memang sesak. Diorang sebut jammed tu 'macet'. Jangan katakan kereta, motorsikal pun sukar untuk bergerak. Dalam suasana kesesakan tu, macam-macam ragam pemandu dan penunggang motorsikal aku dapat lihat.
Terfikir dalam benak fikiran aku, bagaimanalah mereka boleh terus bertahan dengan situasi kesesakkan begitu sehari-hari.
Tiada apa yang sangat menarik pun hendak diceritakan lagi. Lawatan aku ke sana pun hanyalah 2 hari. Itupun, masa hari pertama sampai, hari pun sudah tengah hari. Jadi tak banyak tempat yang dapat dilawati. Dapatlah pergi ke Thamrin City sedikit ole-oleh untuk anak-anak. Macam pusat membeli belah biasa saja yang terdapat di Malaysia, kelainannya ialah barang yang dijual.
2 hari di Jakarta belum memastikan aku memahami sepenuhnya suasana di sana. Tidak banyak yang boleh dikongsi, namun ianya tetap boleh dikatakan menarik antaranya ialah makanan. Dari Nasi Padang, Bakso, Mee Jawa dan Nasi Bakar. Tapi semua ini boleh kita dapati di Malaysia, kecuali aku baru terjumpa Nasi Bakar. Pasal itu aku mencubanya. Rasanya boleh tahan. Sedap.
Erm.. Tiada apa lagi nak dikongsikan. Cukuplah sekadar ini. Sekian, terima kasih. :)
upload la gambar ceweknya sekali... takkan simpan sendiri je?
ReplyDeleteTakde gambau cewek nak di upload.. Gambar sendiri pun tak terambil..
Deletebestnya dapat jalan2
DeleteBestlah jugak..
DeleteHi perkongsian menarik, done follow, follow me back :)
ReplyDeleteOhh! terima kasih.
Deletenice picture! well gambar makanan tu menarik minat hehe
ReplyDeletethanks sebab anda diantara blogger yg setia berkunjung ke blog ramaramapendek, really appreciate that! :) keep on blogging!
Ok.. terima kasih juga kerna selalu singgah di blog saya yang tak berapa nak update selalu ni..
Deletesy pun bukan selalu update blog huhu
Delete