Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
*****
Ketika
Raja Iskandar Syah memerintah Singapura, terdapat seorang Bendahari bernama
Sang Rajuna Tapa. Sang Rajuna Tapa mempunyai seorang anak perempuan yang
terlalu cantik yang telah dijadikan dayang oleh Raja Iskandar Syah. Oleh kerana
terlalu kasihnya baginda kepada dayangnya itu, dayang-dayang yang lain amat
cemburu lalu menfitnah dengan menyatakan beliau telah bermukah. Raja Iskandar Syah begitu murka dan tanpa usul periksa telah
menghukum dayangnya itu dengan hukuman sula di hujung pasar.
Hati
bapa mana tidak terasa apabila anaknya dimalukan sebegitu. Dalam diam-diam,
Sang Rajuna Tapa ingin membalas dendam atas perbuatan Raja Iskandar Syah. Sang Rajuna Tapa telah menghantar surat ke Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang
Singapura kerana beliau ingin belot kepada Raja Singapura.
Betara
Majapahit telah menitahkan mempersiapkan 300 buah jong dengan muatan 200,000 bala tentera
untuk menyerang Singapura dengan diketuai oleh Demang Mangku Negara sebagai
panglima.
Keberangkatan
angkatan perang Majapahit tidak dapat diketahui oleh pemerintah Singapura.
Setibanya di Singapura, angkatan Majapahit telah dapat mengepung kota tanpa
sempat tentera Singapura membuat persiapan untuk berperang. Kemudian,
berlakulah pertempuran yang hebat antara kedua-dua belah pihak. Ramai tentera
Singapura yang mati dalam pertempuran itu menyebabkan mereka terpaksa berundur
ke dalam kota lantas menutup pintu kota. Peperangan terus berlanjutan selama
satu bulan dengan angkatan Singapura menyerang dari dalam kota.
(Gambar hiasan) Singapura dilanggar todak. Sumber >> KLIK << |
Lantaran peperangan yang berlanjutan hingga satu bulan, bekalan makanan di dalam kota telah berkurangan. Raja Iskandar Syah telah menitahkan Sang Rajuna Tapa untuk mencari dan membeli beras, namun tiada siapa yang menjualnya. Akibat dari itu, angkatan Singapura sangat letih dan tidak mampu lagi berperang. Dikesempatan itu, Sang Rajuna Tapa telah melakukan pembelotan dengan membuka pintu kota Singapura bagi memberi laluan bala tentera Majapahit masuk ke dalam kota.
Ekoran pembukaan pintu kota Singapura itu, Raja Iskandar Syah bersama-sama menteri, bentara, sida-sida dan hulubalang serta rakyat jelata telah berundur hingga ke Seletar. Majapahit pada itu juga telah mengisytiharkan kemenangan mereka terhadap Singapura.
Raja Iskandar Syah berundur dan terus berundur dari Seletar ke hulu Muar, ke Simpang Ujong, kemudiannya ke Sening Ujong dan seterusnya kepada pembukaan Melaka serta menjadi raja dan pengasas negeri Melaka.
Bibliografi :
A. Samad Ahmad (pngr.). 1997. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
inilah akibat tidak usul periksa dan membalas dendam .
ReplyDeleteBegitu juga dengan kejatuhan Melaka. Ada yang jadi pembelot.
DeleteSelalu jatuhnya adalah sbb diri sendiri...
ReplyDeleteBetul tu..
Deletewah bener hebat sekali majapahit
ReplyDeleteYa.. Majapahit dahulu merupakan empayar yang hebat..
Delete