Wednesday, September 30, 2015

PELAMIN KAYU PALLET (DO IT YOURSELF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Minggu lepas kami bergotong royong nak menyiapkan pelamin untuk anak buah yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada pertengahan bulan Oktober ini. Aku beserta abang ipar dan anak-anak buah saling membantu untuk menghasilkan pelamin yang dibuat sendiri.

Idea untuk menghasilkan pelamin ini adalah ilham dari si bakal pengantin sendiri. Kami membuatnya dengan menggunakan kayu terpakai iaitu kayu pallet

Ini bukan lakonan semata-mata

Memang banyak jimatlah kalau buat pelamin buatan sendiri. Guna pula kayu pallet boleh dapat dekat kedai-kedai kayu yang menjual kayu terpakai. Kos untuk kayu pallet tak sampai RM10.00 seunit. Jadi dapatlah berjimat, pasal kos pelamin kalau disewa, mahal juga harganya.


Beginilah hasilnya apabila kerja-kerja pemasangan sudah dilakukan. Cuma ia belum siap 100% kerana dibelakangnya perlu lagi dihiasi dengan kain backdrop bagi menyerlahkan lagi pelamin ini.

Sebenarnya idea membuat pelamin dengan menggunakan kayu pallet bukanlah suatu yang baru, sudah ramai juga menggunakan idea ini termasuklah masa perkahwinan anak sepupu aku di Singapura baru-baru ni. 

Jadi, sesiapa yang inginkan kelainan dalam persandingannya, bolehlah menggunakan idea pelamin kayu pallet ini untuk majlis perkahwinan.

Monday, September 28, 2015

PAMERAN SOLO KHALID REJAB : EMOSI 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Kepada peminat seni lukisan tanah air, bolehlah datang beramai-ramai untuk menyaksikan Pameran Solo Khalid Rejab bertajuk Emosi 2. Pameran ini diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 29 September - 25 Oktober 2015
Waktu lawatan : 9.00 pagi - 5.00 petang (setiap hari)
Lokasi : Bastion House, Bandar Hilir, Melaka

Sedikit maklumat mengenai pameran :

Pameran solo "Emosi 2" ditampilkan karya-karya abstrak dengan menggunakan akrilik sebagai medium utama.

EMOSI - suatu luahan perasaan yang spontan dalam masa singkat merangkumi kombinasi perasaan cinta, sedih, takut, pilu, marah dan sebagainya. Begitu juga dengan karya-karya ini, ia bebas menentukan fahaman tentang sesuatu bentuk dalam fikiran, emosi dan naluri lalu dipersembahkan di atas kanvas. 

Ia tidak menentukan aspek formaliti atau gaya konvensional, sebaliknya ia menjurus kepada emosi dan ekspresi di mana memperlihatkan perasaan pelukis dengan cara spontan. Juga sebagai satu proses kreativiti dan imiginasi.

Antara karya yang dipamerkan :







Friday, September 25, 2015

IKLAN LAMA YANG MENGIMBAU NOSTALGIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Terpandang iklan-iklan lama yang dikongsikan di Facebook, teringat kembali nostalgia silam. Memang aku pernah hidup pada zaman ini. 

Individu yang lahir pada tahun 90-an mungkin tidak pernah melihat iklan sebegini. Jadi, aku kongsikan iklan-iklan tersebut di sini untuk tatapan generasi sekarang yang mungkin tidak pernah melihat iklan sebegini.

Dumex memang jenama yang amat popular di Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Sudah lama mee maggi bertapak di Malaysia

Nescafe antara minuman kegemaran rakyat Malaysia dari dulu hingga kini.

Mak aku pernah menggunakan periuk nasi ini suatu ketika dahulu

Serbuk pencuci ni aku tidak pasti, mak aku pernah guna ke tidak dahulu

Arwah sudah Mahmmod June.. Teh Lipton saja belum arwah.

Rumah aku pernah ada TV sebegini tapi jenama National kalau tak silap

SALAM AIDILADHA 1436 HIJRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Di hari yang baik ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca-pembaca blog ini dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Kalau pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang yang menunggu ketibaan kita. 


Yang mana melaksanakan ibadah korban, moga-moga korban kalian diterima Allah SWT dan menjadi tunggangan yang sempurna di akhirat kelak.

Jangan lupa juga bertakbir membesarkan keesaan Allah Taala. 

Allahuakhbar
Allahuakhbar
Allahuakhbar
Walillah Ilham...

Tuesday, September 22, 2015

GAMBAR-GAMBAR LAMA TENTANG KEMERDEKAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sambutan Hari Kebangsaan sudah berlalu. Sambutan Hari Malaysia pun sudah berlalu. Namun, tetap aku nak kongsikan beberapa gambar berkisarkan kemerdekaan negara kita yang tercinta ini.

Gambar-gambar ini aku ambil dari Pameran Gambar-Gambar Kemerdekaan yang berlangsung di Bastion House, Melaka yang telah pun berakhir pada 20 September 2015 yang lalu.

Keratan akhbar The Straits Times tentang perbincangan penubuhan Malaysia

Perarakan Hari Kebangsaan di Melaka 

Perarakan Hari Kebangsaan di Melaka 

Perarakan Hari Kebangsaan di Melaka 

Perarakan Hari Kebangsaan di Melaka. Lihat bendera itu, ia bukanlah dibawa secara terbalik. Memang protokolnya dibawa begitu

Tunku Abdul Rahman berucap

Tunku Abdul Rahman berarak menaiki kereta disambut oleh orang ramai di Melaka

Monday, September 21, 2015

PENDEKAR GASING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari ini aku nak promosikan kebolehan seorang individu bernama Rimy Azizi Abd. Karim atau lebih dikenali sebagai Pendekar Gasing. Beliau berkebolehan untuk membuat dan bermain gasing. 

Beliau juga sering dijemput untuk membuat pertunjukan bermain gasing oleh badan-badan kerajaan dan swasta bagi memeriahkan program-program yang dijalankan.

Bulan Jun yang lepas, aku pernah menyemput beliau untuk mengadakan pameran dan pertunjukan gasing di Muzium Istana Kesultanan Melaka dan kini aku menyemputnya lagi untuk membuat pertunjukan yang sama pada 25 hingga 27 September 2015 ini.

Walaupun beliau merupakan anak jati Melaka, namun pertunjukannya tidak terhad di negeri Melaka saja. Sudah merata negeri beliau telah melakukan pertunjukan.

Sesiapa yang ingin menyemput beliau untuk memeriahkan sesuatu program, bolehlah hubungi beliau :

Rimy Azizi Abd. Karim
Tel : 017-613 4644




APA YANG LEGA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Apa yang membuatkan anda berasa lega? Lega dapat menyiapkan tugasan? Lega selepas keluar tandas? Lega kerana masalah dapat diselesaikan? Macam-macam rupanya perasaan lega ini boleh dirasai.

Ada suatu kelegaan yang biasa boleh kita sendiri rasai iaitu lega apabila dapat menunaikan penuh solat lima waktu. Apabila selesai solat Isya', terasa satu kelegaan. Kelegaan kerana berjaya melengkapkan solat sehari semalam. Kalau tidak, rasa seperti tidak lengkap.

Gambar sekadar hiasan. Sumber >> KLIK <<

Apabila sudah dapat menjalankan suatu kewajipan, yang lain-lainnya sama ada ia diterima atau tidak, kita serahkan saja kepada ALLAH SWT. 

Ayuh rakan-rakan. Sempurnakanlah solat kita setiap hari. Jagalah solat kita. Semoga kita sama-sama tergolong dalam orang yang beriman. 

Friday, September 18, 2015

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN SEMASA JEREBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Teruk juga negara kita terjejas akibat jerebu. Di Melaka sekarang, nampaknya bertambah baik tak macam dua, tiga hari yang lepas hingga sekolah pun terpaksa ditutup.

Sumber gambar >> KLIK <<

Bagi mereka yang kurang sihat, eloklah ambil langkah pencegahan menjaga kesihatan ketika musim jerebu ni. Berikut antara langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :

1. Seboleh mungkin berada di dalam bangunan.

2. Kurangkan aktiviti di luar rumah.

3. Kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian anggota badan yang terdedah dengan jerebu.

4. Banyakkan minum air.

5. Menggunakan penutup hidung dan mulut apabila hendak keluar dari rumah / bangunan.

6. Perokok dinasihatkan berhenti merokok.

7. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang jerebu di media massa dan mengikut nasihat pihak berkuasa.

Jadi, ambillah langkah-langkah pencegahan ini dan sayangilah kesihatan diri anda.

Sekian, terima kasih.

Fairus Mamat
Dr. Cinta Jerebu

Thursday, September 10, 2015

ALUNAN PEPERANGAN DI ALAM MELAYU : MENYINGKAP KISAH DALAM SULALATUS SALATIN - TUN PERAK PATAHKAN SERANGAN SIAM KE ATAS MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

*****

Kerajaan Syahru’n Nuwi atau lebih dikenali sebagai Siam merupakan kerajaan yang besar suatu ketika dahulu. Rajanya bernama Bubunnya. Terdapat beberapa kerajaan di selatan Siam adalah di bawah takluk Paduka Bubunya.

Melaka pada ketika itu juga merupakan sebuah kerajaan yang besar di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Pernah sekali Paduka Bubunnya menghantar utusan ke Melaka menyuruh Melaka menghantar sembah ke Siam namun Sultan Muzaffar Syah enggan berbuat demikian. Hal ini telah menyebabkan Paduka Bubunnya teramat murka.

Justeru, Paduka Bubunnya telah menitahkan hulubalang baginda bernama Awi Cakri bersama-sama rakyat Siam untuk pergi memerangi Melaka. Bilangan rakyat Siam yang dapat dikumpulkan amatlah ramai hingga tidak terkira banyaknya.

Berita Siam hendak menyerang Melaka telah diketahui awal oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah menitahkan segala rakyat jelata untuk berkumpul di Melaka untuk mempertahankan negeri dari serangan Siam. Tun Perak pada ketika itu merupakan penghulu Kelang turut ke Melaka dengan membawa orang-orang Kelang, lelaki dan perempuan beserta anak-anak mereka bagi membantu Melaka menghadapi serangan Siam.

Wajah Bendahara Tun Perak dari gambaran artis

Setelah rakyat Siam menghampiri Melaka, maka berlakulah peperangan di antara kedua-dua belah pihak. Oleh kerana terlalu ramai rakyat Melaka memerangi Siam untuk mempertahankan Melaka, maka tiada upaya rakyat Siam untuk mengalahkan Melaka. Rakyat Siam pun banyak yang mati dalam pertempuran tersebut dan mana yang terselamat telah kembali berundur ke Siam.

Setelah berundurnya Siam, rakyat jelata yang mempertahankan Melaka pun kembalilah ke penempatan masing-masing kecuali Tun Perak. Sultan Muzaffar Syah amat berkenan dengan Tun Perak kerana kebijaksanaannya dan dititah baginda supaya tinggal di Melaka. Tun Perak terus dilantik sebagai bentara Melaka oleh sultan. Tidak beberapa lama kemudian, Tun Perak telah dinaikkan pangkat kepada jawatan menteri seterusnya dilantik sebagai bendahara Melaka dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.

Wednesday, September 9, 2015

ALUNAN PEPERANGAN DI ALAM MELAYU : MENYINGKAP KISAH DALAM SULALATUS SALATIN - AKIBAT BELOT SINGAPURA KALAH KEPADA MAJAPAHIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

*****

Ketika Raja Iskandar Syah memerintah Singapura, terdapat seorang Bendahari bernama Sang Rajuna Tapa. Sang Rajuna Tapa mempunyai seorang anak perempuan yang terlalu cantik yang telah dijadikan dayang oleh Raja Iskandar Syah. Oleh kerana terlalu kasihnya baginda kepada dayangnya itu, dayang-dayang yang lain amat cemburu lalu menfitnah dengan menyatakan beliau telah bermukah. Raja Iskandar Syah begitu murka dan tanpa usul periksa telah menghukum dayangnya itu dengan hukuman sula di hujung pasar.

Hati bapa mana tidak terasa apabila anaknya dimalukan sebegitu. Dalam diam-diam, Sang Rajuna Tapa ingin membalas dendam atas perbuatan Raja Iskandar Syah. Sang Rajuna Tapa telah menghantar surat ke Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura kerana beliau ingin belot kepada Raja Singapura.

Betara Majapahit telah menitahkan mempersiapkan 300 buah jong dengan muatan 200,000 bala tentera untuk menyerang Singapura dengan diketuai oleh Demang Mangku Negara sebagai panglima.

Keberangkatan angkatan perang Majapahit tidak dapat diketahui oleh pemerintah Singapura. Setibanya di Singapura, angkatan Majapahit telah dapat mengepung kota tanpa sempat tentera Singapura membuat persiapan untuk berperang. Kemudian, berlakulah pertempuran yang hebat antara kedua-dua belah pihak. Ramai tentera Singapura yang mati dalam pertempuran itu menyebabkan mereka terpaksa berundur ke dalam kota lantas menutup pintu kota. Peperangan terus berlanjutan selama satu bulan dengan angkatan Singapura menyerang dari dalam kota.

(Gambar hiasan) Singapura dilanggar todak. Sumber >> KLIK <<


Lantaran peperangan yang berlanjutan hingga satu bulan, bekalan makanan di dalam kota telah berkurangan. Raja Iskandar Syah telah menitahkan Sang Rajuna Tapa untuk mencari dan membeli beras, namun tiada siapa yang menjualnya. Akibat dari itu, angkatan Singapura sangat letih dan tidak mampu lagi berperang. Dikesempatan itu, Sang Rajuna Tapa telah melakukan pembelotan dengan membuka pintu kota Singapura bagi memberi laluan bala tentera Majapahit masuk ke dalam kota.

Ekoran pembukaan pintu kota Singapura itu, Raja Iskandar Syah bersama-sama menteri, bentara, sida-sida dan hulubalang serta rakyat jelata telah berundur hingga ke Seletar. Majapahit pada itu juga telah mengisytiharkan kemenangan mereka terhadap Singapura.

Raja Iskandar Syah berundur dan terus berundur dari Seletar ke hulu Muar, ke Simpang Ujong, kemudiannya ke Sening Ujong dan seterusnya kepada pembukaan Melaka serta menjadi raja dan pengasas negeri Melaka.

Bibliografi :

A. Samad Ahmad (pngr.). 1997. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuesday, September 8, 2015

ALUNAN PEPERANGAN DI ALAM MELAYU : MENYINGKAP KISAH DALAM SULALATUS SALATIN - MAJAPAHIT MENYERANG SINGAPURA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

*****

Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang besar suatu ketika dahulu. Seluruh kepulauan Jawa dan sebahagian kerajaan-kerajaan di Nusantara adalah di bawah takluknya. Semasa peristiwa serangan Majapahit terhadap Singapura, pemerintahnya ialah Raden Inu Merta Wangsa yang bergelar Betara Majapahit.

Singapura pula pada ketika itu di bawah pemerintahan rajanya iaitu Paduka Seri Pikrama Wira merupakan antara kerajaan besar yang bukan di bawah takluk dan tidak menghantar sembah kepada Kerajaan Majapahit.

Oleh hal Singapura tidak menghantar sembah kepada Betara Majapahit, baginda telah menghantar utusan ke Singapura dengan membawa sekeping tatal sepanjang 7 depa. Tatal tersebut ditarah tanpa putus dan nipisnya seperti kertas lalu digulung menjadi seperti subang. Peristiwa tatal ini merupakan satu simbolik yang ingin merendahkan  martabat pemerintah Singapura dengan menyatakan bahawa raja Singapura bukanlah seorang ‘anak lelaki’.

Paduka Seri Pikrama Wira amat memahami maksud Betara Majapahit dan murka dengan tatal yang dikirimkan itu lalu membalasnya dengan sebilah beliung. Beliung tersebut telah digunakan untuk mencukur rambut seorang budak kecil yang telah dilakukan dihadapan utusan Majapahit.  Utusan majapahit telah menjadi saksi di mana cukuran rambut tersebut dibuat begitu kemas dan licin tanpa meninggalkan sebarang luka dan garis. Lantaran, beliung yang digunakan itu telah dihantar ke Betara Majapahit sebagai balasan.

Gambar sekadar hiasan

Setibanya utusan yang membawa beliung itu tiba di Majapahit, Betara Majapahit melihatnya lalu berasa teramat murka. Baginda beranggapan raja Singapura begitu biadap kerana menghantar beliung seolah-olah mahu menarah rambutnya. Justeru, Betara Majapahit telah mengisytiharkan perang terhadap Singapura.

Betara Majapahit telah menitahkan untuk menyediakan sebanyak 180 buah jong untuk memerangi Singapura. Setelah siap semuanya, angkatan Majapahit telah belayar ke Singapura. Setibanya di Bintan, telah kedengaran di Singapura bahawa Majapahit telah datang untuk berperang lalu Paduka Seri Pikrama Wira telah mengarahkan bala tenteranya bersiap-sedia untuk menghadapi Majapahit. Baginda telah menitahkan angkatannya menyediakan 400 buah kapal untuk memerangi Majapahit.

Maka berlakulah peperangan yang begitu dahsyat di lautan dengan memakan masa selama 3 hari 3 malam. Oleh kerana angkatan Majapahit tidak mahir dalam peperangan di lautan, maka banyaklah kapal-kapal Majaphit yang musnah diserang oleh Singapura. Banyak kapal-kapal Majapahit telah dirampas dan tenteranya ditawan. Ada juga kapal-kapal yang sempat berundur semula ke Majapahit. Akhirnya kemenangan telah berpihak kepada Singapura.

Bibliografi :

A. Samad Ahmad (pngr.). 1997. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

IMPIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Kata-kata indah ini aku ambil dari buku motivasi bertajuk Menerobos Sempadan Diri yang ditulis oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah bersama-sama Haji Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Mohd Yusof.

Mengikut pemahaman aku, kata-kata ini membawa erti supaya kita harus meletakkan impian kita di tempat yang paling tinggi. Letakkan impian di tempat yang agak sukar dicapai. Setelah itu, perlu ada usaha untuk mencapai impian tersebut. Dengan segenap usaha yang telah dilakukan, pastinya akan peroleh impian tersebut atau sekurang-kurangnya dapat mencapai impian yang hampir dengan impian yang paling utama.

Apa impian anda?

Friday, September 4, 2015

VOLKSWAGEN BEETLE HOT WHEELS UNTUK DIBIDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Kepada peminat-peminat dan pengumpul kereta Hot Wheels, jom sertai bidaan untuk mendapatkan Volkswagen Beetle keluaran khas sempena 40 tahun Hot Wheel. Proses bidaan ini dibuat oleh pemilik blok ni >> KLIK <<



Sekiranya berminat, bolehlah mulakan bidaan sekarang di blog pemilik tersebut. Bidaan bermula serendah RM 15.00. Sebenarnya ada kejutan yang dibuat oleh pemilik blog tersebut. Korang terjahlah blog tu sekarang untuk mengetahuinya lebih lanjut.

>> KLIK <<