Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Dekat Melaka ni ada satu bazaar Ramadhan yang agak glamor dan ramai pengunjungnya iaitu di Taman Seri Cempaka, Peringgit. Disebabkan semalam orang rumah mengidam nak makan murtabak style Murtabak Singapura, jadinya aku pun melangkahkan kaki ke situ, walaupun dalam hati memang malas nak pergi pasal sesak dan susah nak parkir kereta.
Sampai je sana, fuh! bukan sedikit umat, ramai sungguh! Sesak, berhimpit-himpit. Harap-harap tiadalah orang yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan!
Beginilah rezeki Ramadhan. Bak kata orang, jual apa pun laku. Kutip batu kecil-kecil gulung dalam plastik dan bentukkan seperti gula-gulapun rasanya ada yang membelinya. Pada bulan inilah kebanyakkan peniaga kocek seluarnya banyak koyak sebab penuh duit hendak disumbatnya.
Walaubagaimanapun, peniaga harus bertanggungjawab. Jualan makanan biarlah sedap, biarlah bersih dan biarlah ikhlas. Niat menjual sambil menderma itu perlu ada di bulan Ramadhan ni. Lagi satu, jangan pula jual makanan yang tak habis dijual yang dah nak basi. Naya saja siapa yang membelinya nanti. Dan janganlah juga mengambil kesempatan seperti menjual KARIPAP OKSIGEN yang menjadi viral di laman maya sekarang.

setakat ni tak pergi bazar lagi
ReplyDeletememang tak kosser nak bersesak2
singgah tepi2 jalan je
Bagus.. Itu satu usaha mengelakkan pembaziran.. Tahun ini saya pun tak beli banyak pun.. Tak satu je plastik atau dua sahaja.
Deleteklu xsodap, mungkin buleh alter. tp, klu xbersih, maka xdapek la den nak nolong.. hu3..
ReplyDeleteBetul tu..
Deletesemalam baru pergi bazaar kat putrajaya punyalah sesak plus confius nak beli apa sebb bnyak pilihan. haha
ReplyDeletesatu jam tak habis pusing tu.
Delete