Monday, March 2, 2015

ASAL USUL NOMBOR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahukah anda di mana asal usul nombor moden yang digunakan sekarang? Ia bukanlah berasal dari Barat, sebaliknya ia adalah pertukaran dari Timur ke Barat. Nombor-nombor moden ini dahulunya adalah nombor Arab. Ia adalah sebahagian daripada sistem perpuluhan yang telah diperhalusi di zaman Tamadun Muslim dan telah tersebar ke seluruh Eropah pada abad ke-10.

Nombor moden yang mengalami transformasi dari nombor Arab

Perkembangan nombor Arab dari abad ke-10 hingga abad ke-14 menunjukan bagaimana orang-orang Muslim telah meneraju dalam penciptaan nombor moden iaitu dari nombor 1 hingga 9 yang digunakan sehingga kini.

Bilangan sudut sepadan dengan bilangan nombor

Setiap nombor Arab dari 1 hingga 9 mengandungi sudut yang sepadan dan sudut itulah bilangan nombor dapat diperolehi. Contohnya; nombor 1 mempunyai 1 sudut, nombor 2 mempunyai 2 sudut dan seterusnya.

* Maklumat ini diperolehi dari pameran 1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Muslim yang sedang berlangsung di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka bermula Februari hingga Jun 2015.

** Jumpa di sana... 

6 comments:

  1. wow, bangga juga la no sebenarnya dari bahasa arab.

    ReplyDelete
  2. Baguslah info ni, bunda pun baru tahu...terima kasih berkongsi...

    ReplyDelete
  3. nice sharing Fairus... baru ni lah tau benda ni... memang tamadun Islam banyak membantu tamadun kini bertapak... cuma mereka tak pernah berterima kasih...

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.