Friday, March 27, 2015

BILA HATI PERLU DIRAWAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Masalah 'orang kita' adalah berasa SUSAH apabila melihat orang lain SENANG dan berasa SENANG apabila melihat orang lain SUSAH.

Contoh 1 : Seseorang telah mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburi. Maka, rakan yang lainnya agak berasa iri hati atas kejayaannya. Kalau boleh, nak sangat melihat orang tersebut jatuh.

Contoh 2 : Seseorang yang pernah mengecapi kejayaan tiba-tiba tersungkur dalam bidang yang diceburinya. Maka rakan yang lainnya berasa gembira dengan kejatuhannya itu.

Sekiranya kita ada sifat sedemikian, nyatalah kita mempunyai masalah hati. Dengan hal yang itu, perlulah kita rawat hati kita dengan menempatkan satu pemikiran yang positif di dalam diri kita ini. 

Selain itu, dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. dan banyakkan beristighfar.

Wallahuaklam.

Friday, March 6, 2015

PERKEMBANGAN NIZARRUDDIN, MENCARI RAMLI MUSIM KE-2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dulu aku sering poskan entri berkaitan anak buah aku ni, Nizarruddin Jazi, pemenang program realiti TV Mencari Ramli musim ke-2. Alhamdulillah, dulu dia dapat ganjaran untuk berlatih bersama dengan pelapis Manchester United. Bukan itu saja, dia sekali lagi diterbangkan ke Manchester untuk mewakili Malaysia dalam World Skill Challenge.



Kini dia bersekolah di sekolah sukan Tunku Mahkota Ismail di Johor. sebelum tu dia bersekolah di sekolah sukan di Melaka, Sek. Men. Keb. Seri Kota.

Sekarang dia berada di China, mewakili Malaysia bawah 15 tahun dalam kejohanan China-Asean International Youth Tournament 2015. 



Aku berharap, suatu hari nanti dia dapat menyertai skuad Harimau Malaya dan menjadi kebanggaan keluarga.

Sekian, terima kasih. :)

Ps : Saja aku terbitkan entri ni, kerana ada sesetengah orang berpendapat setakat lahir dalam program realiti TV, takkan kemana-mana bakatnya.

Thursday, March 5, 2015

YAMAHA YZF-R25 MASUK PASARAN MALAYSIA APRIL 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Motorsikal potongan superbike idaman jejaka Malaya, Yamaha YZF-R25 dikatakan bakal memasuki pasaran Malaysia pada April 2015 ini. Lama sudah aku duk perhatikan motorsikal ni, dulu kata keluar pada 2014, tapi tak keluar-keluar juga.

Yamaha R25 ni dikatakan akan memberikan saingan pada Kawasaki dan Honda yang telahpun memasarkan model 250cc di Malaysia. Harganya pula dikhabarkan sekitar RM20k - RM30k.

Doa-doakanlah aku dapat keluarkan sebijik nanti. :)

Tuesday, March 3, 2015

JANGAN SAMPAI GILA BAYANG!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ye... Jangan sampai gila bayang!!! Inilah tag line blog baharu aku yang bertajuk MENGEJAR BAYANG. sebenarnya gambar-gambar tu sudah ada dalam blog ni, tapi aku nak asingkan supaya ia hanya fokus pada gambar-gambar bertemakan bayang-bayang.


Sila-silalah berkunjung ke blog ni ya.

Terima kasih.

Monday, March 2, 2015

ASAL USUL NOMBOR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tahukah anda di mana asal usul nombor moden yang digunakan sekarang? Ia bukanlah berasal dari Barat, sebaliknya ia adalah pertukaran dari Timur ke Barat. Nombor-nombor moden ini dahulunya adalah nombor Arab. Ia adalah sebahagian daripada sistem perpuluhan yang telah diperhalusi di zaman Tamadun Muslim dan telah tersebar ke seluruh Eropah pada abad ke-10.

Nombor moden yang mengalami transformasi dari nombor Arab

Perkembangan nombor Arab dari abad ke-10 hingga abad ke-14 menunjukan bagaimana orang-orang Muslim telah meneraju dalam penciptaan nombor moden iaitu dari nombor 1 hingga 9 yang digunakan sehingga kini.

Bilangan sudut sepadan dengan bilangan nombor

Setiap nombor Arab dari 1 hingga 9 mengandungi sudut yang sepadan dan sudut itulah bilangan nombor dapat diperolehi. Contohnya; nombor 1 mempunyai 1 sudut, nombor 2 mempunyai 2 sudut dan seterusnya.

* Maklumat ini diperolehi dari pameran 1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Muslim yang sedang berlangsung di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka bermula Februari hingga Jun 2015.

** Jumpa di sana...