Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Menulis entri ini membuatkan aku sedikit sebak. Teringat kisah-kisah lalu. Benarlah hidup ini umpama roda. Ia berputar. Kalau dahulu, abah yang menghantar aku ke sekolah, kini tiba masanya pula aku menghantar anak aku ke sekolah.
Dulu, tiada kereta. Abah hantar dengan menaiki motorsikal Honda kapcai. Sekiranya hujan, dengan plastik abah bungkus aku, untuk mengelakkan dari terkena hujan. Besar penuh pengobanan abah. Namun, anak aku kini agak bernasib baik, pergi ke sekolah dihantar dengan kereta.
Pejam celik, pejam celik, anak sulong aku Muhammad Fahim sudahpun berusia 7 tahun dan memasuki alam persekolahan. Tiada apa yang aku harapkan, cuma dia menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
Aku agak bernasib baik kerana dia minat nak pergi sekolah. Hari tu sudah pergi hari orientasi, nampak dia tak kekok. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan sekolah tadikanya dahulu selama 3 tahun.
Aku agak bernasib baik kerana dia minat nak pergi sekolah. Hari tu sudah pergi hari orientasi, nampak dia tak kekok. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan sekolah tadikanya dahulu selama 3 tahun.
good boyyy belajar rajin2 ye
ReplyDeleteBaik kak...
DeleteSalam... entry ni mengingatkan pengorbanan seorang ayah yg lebih besar lagi masa saya masuk sekolah dulu... sorang kawan yg tak mau pegi sekolah... kalau bapa dia tinggal dia akan lari balik rumah... kerana tak mahu anak dia tercicir sekolah, bapa tu sanggup tunggu di luar bilik darjah sorang2 sampai anaknya balik... kesian dia... kalau lah bapak saya mau dah kena sembelih
ReplyDeleteW'salam.. Kalau kena sembelih dulu, takdelah Najib Ariyan sekarang.. Hehehe
DeleteBelajar rajin2.. kakdeno kem salam kat hero bangffairus :)
ReplyDeleteInsyaAllah..
Deletedah darjah satu dah ye...
ReplyDeletebelajar rajin2 fahim... :)
InsyaAllah..
Deleteselamat kembali ke sekolah.... bagus anak jantan tak menyusahkan bapak dia kan...
ReplyDeleteBuat masa ni dia tak menyusahkan lagi..
DeleteHow time flies. Kejap jer dah darjah 1 kan. Selamat kembali ke sekolah.
ReplyDeleteTQ makcik Fiza.. :)
DeletePengalaman yg hampir serupa. Cikgu tie juga pernah merasai dibungkus dgn plastik ketika ke sekolah di waktu hujan. Tok Wan hantar ke sekolah dgn basikal tua jer dulu. Huhuhu...rindu sgt dgn tok wan.
ReplyDeleteSaya masa TADIKA, arwah atok hantar ke sekolah menaniki basikal tua..
DeleteSalam Jumaat..
ReplyDelete.Alhamdulillah..dah besar anak Fairus...dah sekolah dah...semoga menjadi anak yang soleh..pintar dan sehat...aamiin..
InsyaAllah..
Delete