Friday, December 12, 2014
DI MEDAN INI
Di medan ini,
pada ketika hajat tercapai,
nescaya aku genggam tangan-tangan yang hampir tewas,
menarik semula tangan-tangan itu,
biar bangkit,
biar sama-sama merasa kejayaan.
Akan tapi,
Kalau-kalau aku hampir jatuh,
sambutlah tanganku,
jangan sekali biarkanku jatuh,
kecut hatiku untuk jatuh di hujung sana.
Sebaliknya,
jika tiada mampu menarik aku ke atas,
biarlah aku jatuh,
biarlah aku tewas,
biarlah aku gugur,
biarlah aku berseorangan,
tidakkan kutarik kalian turut gugur bersama,
kerana ia kegagalanku sendiri,
untuk bangkit.
F.B. Mamat
Bandar Hilir, Melaka
12 Disember 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam hujung minggu...amboi pandai juga fairus berpuisi yer...
ReplyDeleteSaja suka-suka menulis..
Deletehttp://madey09.blogspot.com/2014/12/ucapan-terindah-untuk-anda-semua.html kenalkan blog Etuza ya
ReplyDeleteBaik..
Deletedatang ke blog Etuza ya
ReplyDeleteOk baik..
Deletefollower yang ke 443 ya
ReplyDeleteOh. terima kasih.
DeleteJentayu... patah sayang bertongkat paruh, patah paruh bertongkat kuku (puisi dari Hikayat Merong Mahawangsa).... bagaimana sekalipun berjuang terus berjuang walau akan tewas...
ReplyDelete"Berjuang dan terus berjuang walau akan tewas" terbaik ayat ni..
Deletehebat fairus berpuisi, tak tau nak komen apa..salam dan terima kasih kerana selalu singgah blog pcl.
ReplyDeletesesekali berpuisi.. :)
Deletejatuh.. bangun.. duduk.. bangkit.. biar b'sama.. seiringan..
ReplyDeleteYa.. Betul. :)
Delete