Friday, December 12, 2014

DI MEDAN INI

 

Di medan ini,
pada ketika hajat tercapai,
nescaya aku genggam tangan-tangan yang hampir tewas,
menarik semula tangan-tangan itu,
biar bangkit,
biar sama-sama merasa kejayaan.

Akan tapi,
Kalau-kalau aku hampir jatuh,
sambutlah tanganku,
jangan sekali biarkanku jatuh,
kecut hatiku untuk jatuh di hujung sana.

Sebaliknya, 
jika tiada mampu menarik aku ke atas,
biarlah aku jatuh,
biarlah aku tewas,
biarlah aku gugur,
biarlah aku berseorangan,
tidakkan kutarik kalian turut gugur bersama,
kerana ia kegagalanku sendiri,
untuk bangkit.

F.B. Mamat
Bandar Hilir, Melaka
12 Disember 2014

14 comments:

  1. Salam hujung minggu...amboi pandai juga fairus berpuisi yer...

    ReplyDelete
  2. http://madey09.blogspot.com/2014/12/ucapan-terindah-untuk-anda-semua.html kenalkan blog Etuza ya

    ReplyDelete
  3. Jentayu... patah sayang bertongkat paruh, patah paruh bertongkat kuku (puisi dari Hikayat Merong Mahawangsa).... bagaimana sekalipun berjuang terus berjuang walau akan tewas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Berjuang dan terus berjuang walau akan tewas" terbaik ayat ni..

      Delete
  4. hebat fairus berpuisi, tak tau nak komen apa..salam dan terima kasih kerana selalu singgah blog pcl.

    ReplyDelete
  5. jatuh.. bangun.. duduk.. bangkit.. biar b'sama.. seiringan..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.