Tuesday, November 25, 2014

TIPS PENJAGAAN RAY BAN WAYFARER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Wah.. Tips penjagaan kacamata! Ini merupakan tips khas yang dibawakan oleh KACAMATA RAY BAN WAYFARER khas untuk semua peminat-peminat kacamata RAY BAN.



Tidak seperti jenama-jenama pengeluar kacamata yang lain. RAY BAN merupakan jenama yang paling digemari ramai dan sering juga dipilih sebagai aksesori kegemaran selebriti-selebriti antarabangsa untuk tampil bergaya. Antara koleksi kacamata RAY BAN yang paling dikenali ramai adalah KACAMATA RAY BAN WAYFARER.

Namun, tahukan anda mengenai langkah-langkah penjagaan kacamata ini agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tampak baru?



Rata-rata individu memakai kacamata ketika memandu kereta. Oleh yang demikian, pastikan anda tidak meletakkan kacamata tersebut di atas tempat duduk kerana dikhuatiri akan terduduk.



Jika anda ingin membersihkan kacamata anda daripada habuk atau menghilangkan kesan-kesan cap jari pada bahagian cermin, gunakan kain pembersih yang telah disediakan. Elakkan menggunakan kain yang kasar.



Pastikan anda sentiasa meletakkan kacamata anda ke dalam bekas yang telah disediakan untuk menghindari kesan calar pada kacamata anda.

Mudah bukan? Ikuti langkah-langkah penjagaan yang amat mudah ini untuk memastikan KACAMATA RAY BAN WAYFARER anda berada dalam kondisi yang terbaik.

Thursday, November 20, 2014

GUNA TELEFON BIMBIT PUN BOLEH DAPAT DUIT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Rasanya kita tetap akan menggunakan telefon bimbit. Sampai bila? Kita sendiri pun tidak tahu. Tapi yang pastinya kita akan terus menggunakannya dan setiap bulan jugalah kita mengeluarkan duit untuk membayar bil / top up

Atas dasar SAMPAI BILA? SAMPAI BILA? Kita harus membayar bil / top up setiap bulan, aku telah mengambil peluang untuk menukar simcard yang aku gunakan kepada simcard Tone Excel yang telah diperkenalkan oleh seorang rakan.




Kenapa simcard Tone Excel? Dahulunya (bulan April 2014) aku mengambil keputusan untuk menukar ke simcard Tone Excel kerana hanya mahukan pulangan cash back 3% dari nilai yang aku top up setiap bulan. Ya.. Nampak 3% itu macam tak banyak, tapi apabila memikirkan sudah 12 tahun aku menggunakan telco XXXXX namun tiada apa pulangan yang aku dapat. Hanya dapat membuat panggilan, SMS dan melayari internet.

Aku fikirkan, aku akan menjadi sebagai pengguna biasa sahaja, namun dalam bulan berikutnya aku dapat memperkenalkan kepada beberapa orang kenalan dan mereka juga telah bertukar kepada Tone Excel.

Yang menjadikan Tone Excel ni lagi bagus ialah apabila rakan-rakan yang menyertai Tone Excel membuat pembelian top up, aku akan dapat komisen padahal aku tak jual top up pun. Mereka top up di mana-mana, tapi aku yang dapat komisen. Bukan sedikit nilainya, boleh mencecah sehingga 26% komisennya. Selagi mana kenalan itu menggunakan telefon dan top up, selagi itulah dapat komisennya.




Inilah contoh sebahagian data komisen top up yang aku dapat. Kalau nak tunjukan semua, memang takdanlah nak print screen banyak-banyak. Yang pastinya, setiap hari ada transaksi pembelian top up.

Berbaloi-baloi rasanya aku gunakan Tone Excel kerana kini aku tidak lagi keluarkan duit poket untuk membeli top up, aku hanya menggunakan kembali komisen yang aku terima dari Tone Excel untuk membeli top up. Siap berlebih-lebih lagi boleh buat belanja apa yang patut. 



Apa yang aku dapat katakan pendapatan pasif berblog aku selama 4 tahun jauh ketinggalan dengan pendapatan pasif Tone Excel yang aku terima yang baru 6 bulan menyertainya. Sudah boleh bayar ansuran bulanan kereta.

Tak rugi manapun menukar simcard anda ke Tone Excel. Yuran seumur hidup hanya RM 90.00. Orang kata, hilang tak miskin, simpan tak kaya, tapi kalau betul-betul buat, boleh jadi kaya raya hanya kerana dengan sekeping simcard

Kalau berminat, boleh klik pada banner di bawah. Terima kasih. 

Wednesday, November 19, 2014

RINDU SAMA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Agak lama sudah tidak paparkan entri berkaitan koleksi MILO. Bukan dah tak kumpul, cuma macam malas pula nak ambil gambar. 

Tapi malam tadi aku agak rajin. Dah takde buat apa tu, aku belek-belek koleksi MILO agak baru aku dapat, lalu aku ambillah gambarnya satu persatu. 

Ok, taknak cakap banyak. Layan sajalah koleksi MILO yang baru masuk dalam koleksi aku ni.



Cawan MILO keluaran Singapura. Aku beli melalui Facebook. Orang Malaysia yang jual, bukan Singapura. Kalau tak silap aku beli ni RM 20.00 @ RM 25.00 siap dengan pos. Lupa pula harganya.


Bekas pensil MILO. Orang Melaka sebut Lopak atau Pelopak. Ni benda baru. Dapat percuma dengan pembelian 2 pek MILO nuggets.


Kira lama jugalah cawan plastik ni. Mungkin bebudak lahir tahun 80-an dapat melihat cawan ni dulu. Ni beli dengan kawan. Tak mahal sangat, 3 biji RM 10.00.


Ni pula apron MILO. Asal MILO saja aku sebat. Ini pun aku beli melalui Facebook. Tak mahal jugalah, RM 15.00 sahaja siap dengan pos.


Cawan plastik MILO ni aku dah ada. Mak sedara aku yang bagi. Tapi yang ni aku beli lagi, pasal yang dulu takde penutupnya. Kalau tak silap, cawan ni keluaran 80-an @ 90-an.





Keempat-empat patung MILO ni pula dikeluarkan dalam 3,4, bulan yang lepas. Cara dapatkannya ialah menebus dengan mengumpul bar code MILO. Dulu aku dapat tebus 2 patung je, yang 2 lagi aku beli melalui Facebook.

Monday, November 17, 2014

SUBHANALLAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kebesaran ALLAH S.W.T. boleh dilihat dari setiap sudut kejadian yang berlaku di langit dan bumi. Agak mustahil kejadian-kejadian alam yang berlaku ini disebabkan secara semula jadi. Pastinya ada KUASA yang menyebabkan ianya berlaku. Tidak lain tidak bukan, itulah kekuasaan ALLAH S.W.T.


Apabila melihat keindahan alam ciptaan ALLAH ucapkanlah SUBHANALLAH (Maha Suci ALLAH) atau MASYAALLAH (ALLAH Maha Agong). 

Wednesday, November 12, 2014

WORDLESS : MENTARI MUNCULKAN DIRI



Monday, November 10, 2014

CARA MEMBUAT JERUK ASAM BOI PALING SEDAP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Aha!! Sebelum nak buat JERUK ASAM BOI, kenalah jolok buah mangga dulu. Lihat, betapa gigihnya aku menjolok buah mangga yang terdapat di hadapan rumah mak aku.

Sebelum ini, aku asyik ternampak orang lain paparkan gambar JERUK ASAM BOI di dalam Facebook. Dalam banyak-banyak makanan yang dipaparkan di Facebook, aku tak terasa terliur sangat, tapi kalau gambar JERUK ASAM BOI, memang terliur sangat. Dalam fikiran sudah terasa masam manisnya jeruk ni.

Baru-baru ni, ada juga aku beli JERUK ASAM BOI yang dijual oleh kawan aku di Facebook. Boleh tahan, sedap. Melihat pada jeruknya, tidaklah sesukar mana nak membuatnya, cuma rajin atau tidak sahaja.


Inilah ramuan-ramuan yang aku sediakan untuk membuat JERUK ASAM BOI :

1. Buah mangga muda (Jolok depan rumah mak)
2. Cili padi (petik kat belakang rumah mak sedara)
3. Asam boi (beli di kedai runcit kampung sebelah)
4. Gula pasir (Sedia terdapat dalam rumah mak)

Bukan susahpun nak membuatnya. Sudah siap memotong buah mangga, campurkan saja ramuan-ramuan tadi. Selepas itu, masukkan ke dalam balang plastik dan masukkan semalaman ke dalam peti sejuk. Kemudian, sudah boleh makan.


Beginilah rupanya JERUK ASAM BOI yang sudah dimasukkan ke dalam balang plastik. Masa ni aku dapat buat 3 balang. 1 balang aku bawa balik ke rumah dan 2 balang lagi aku tinggalkan di rumah mak aku. Siapa punya rezeki dapatlah merasa JERUK ASAM BOI buatan air tangan aku.

Huh!! Kalau baca tajuk entri, mana datang perkataan 'paling sedap' tu? Emm.. Tolong jangan pertikaikan.., memang aku dah rasa, JERUK ASAM BOI yang aku buat tu rasanya paling sedap dari yang lain. :)

Ini adalah NOT FOR SALE. Untuk makan sendiri-sendiri sahaja. Tolong jangan order atau minta aku jual benda ni. Hehehe...

Friday, November 7, 2014

40 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA - CHINA (1974 - 2014)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

40 tahun sudah lamanya perhubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Itu tidak termasuk perhubungan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, kalau dikira, sudah beratus-ratus tahun lamannya.

Sekran sedang berlangsung di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka pameran 40 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA - CHINA (1974 - 2014). Pameran singkat ini akan berakhir pada 16 November 2014. Bagi yang berminat, silalah kunjungi pameran ini, lambat nanti, tak dapat tengok pula.


















Monday, November 3, 2014

BIAR JAHIL SEKALI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Bukanlah niat untuk menggalakan orang melakukan kejahilan, cuma sekadar mengingatkan bahawa sesuatu kesalahan / kebodohan / kejahilan itu mungkin akan berlaku pada diri kita. bagaimana kita atasinya haruslah ditangani dengan betul.

Apa yang penting di sini adalah, jangan diulangai kesalahan / kebodohan / kejahilan yang sama pada masa-masa akan datang. sekiranya ia berterusan, ia mengambarkan diri kita benar-benar jahil.

Bagi mengelakkan diri terus menjadi jahil, carilah guru, belajar, tuntut ilmu agar diri tidak lagi menjadi jahil.