Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Sepak raga merupakan permainan yang telah wujud sejak 600 tahun yang lalu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan yang ditimbang dengan menggunakan kaki dan kepala supaya bola tersebut tidak jatuh ke tanah.
Menurut catatan yang terdapat di Sejarah Melayu ada menyebut suatu kisah di mana pada suatu ketika Tun Besar sedang bermain sepak raga. Kebetulan pula pada ketikan itu Raja Muhammad, putera Sultan Mansur Syah berlalu di situ dan bola sepakan Tun Besar telah terkena setanjak Raja Muhammad. Oleh hal demikian, Raja Muhammad menjadi murka lalu membunuh Tun Besar.
Huh.. Pasal sepak raga pun boleh bunuh membunuh. Tapi ok lagilah dari cerita P. Ramlee, pasal sambal belacan pun nak pancung kepala. Hehehe
hubby sy pandai juga main sepak raga ni.. sukan kegemaran dia masa zaman sekolah katanya.. tapi skrg dah kurang kan org main sepak raga ni? huhu
ReplyDeleteSaya boleh main jugak.. Kategori bola menatang bola.. :)
DeleteSepak raga ngn sepak takraw tu same ekk?
ReplyDeleteSepak raga bulatan dan sepak takraw tidak sama.. Harap maklum. :)
Deletehmmm rasanya dah xde anak muda yg kat bandar2 nak main sepak raga dah ni..huhu..semua hadap gadget je..huhu
ReplyDeleteJangankan kata anak muda.. Bapak muda pon duk gadget..
Deleteraja dulu mmg x blh terusik , bunuh saja lah yg dia buat . sekarang dah x de sepak takraw berbanding zmn persekolahan saya . hampir setiap petang tu la mainan org lelaki ...
ReplyDeleteYa betul tu..
DeleteOhhh... Baru deno tahu... Terima kasih bro fairus ats perkongsian ni^^
ReplyDeleteSama-sama..
Delete